Thursday, July 12, 2007

Jalan Pulang

Oleh :saffa_atma
Bayt Fath,Solahiyyeh Syarkasiyyeh,
9.40malam ,10 Julai 2007.

mengayuh perahu di muara
saujana mata memandang
Kerana sungai dalam
Bahaya menanti pasti

Jangan lupa menoleh
Menuju satu arah
Jika tersalah
Jangan takut berpatah

Kayuhan laju
Menongkah arus masa
Takut ditinggal
Aku sendiri..

Tercicir di tengah arus…
Menyerah diri kalah!
Melangkah terus susah!
Sekali melangkah
Usah berpatah

Di pinggir kehidupan
Menanti pulang
Penuh harap
Usah gundah membawa diri
Jika jiwa milik sementara
Susuri muara kehidupan
penuh pergantungan
Pada Al-Khaliq, Rabbul Izzati.


1 pendapatan:

CerminDiri on July 16, 2007 at 8:35 PM said...

salam kehidupan,

cuma bertanya,
bagaimana untuk mendapat idea melakar kata sedemikian rupa. sudah cuba.....tapi tak berjaya.

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie