Thursday, December 20, 2007

Salam Aidil Adha

Monday, November 26, 2007

Malaysia Tanah airku...




Thursday, October 11, 2007

Sajak Aidilfitri

EidKu dan EidMu-{buat saudaraku di bumi quds}
Oleh : sisSenSei
Bayt Fath, Damascus.
Ba’da tarawih, 28 ramadhan 1428 H

Hari itu aku gembira

Berpakaian baru
Semua serba baru
Tiada yang lama

HariMu tetap sama
Senandung duka
Menyalut setiap jiwa
Tiada yang gembira

Hari itu aku gembira
Punya keluarga
Sanak saudara
Semua dapat bersua

Harimu tetap sama
Tiada keluarga
Sanak saudara
Pergi menghadapNya
Hari itu aku gembira
Hidup aman damai
Tanpa gangguan
Tanpa ancaman

Harimu tetap sama
Dalam ketakutan
Tiada pembelaan
Menangis sendiri

Eidku dan eidmu
Seharusnya tiada beza
Kerana kita sama
Saudara seagama
Saudaraku,
Usah sedih lagi
Kerana janji tuhan itu pasti
Syahid itu manis
Bagi yang merasainya
Ayuh!kemenangan menanti..

Thursday, September 13, 2007

Catatan Baharu “ terusik”

“Yallah, uud ya amm!”. “La’, maa’laisy!.allahumma solli a’la Muhammad”. Lalu lelaki tua itu terus bertingguang di dalam servis. Mujur ada seorang lelaki yang duduk di tempat hadapan menawarkan tempatnya kepada lelaki tua tadi. Lelaki tua itu terus mengambil tempat dengan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi. Wajahnya girang kerana ada yang sudi memberikan tempat kepadanya. Kasihan…lalu aku terfikir sejenak. Membayangkan keadaanku bila sudah berumur nanti. Bagaimana agaknya? Dan saat itu kematian semakin hampir… mudah-mudahan lelaki yang memberi tempatnya kepada lelaki tua itu diberi ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. “ Sayangilah yang kecil, dan hormati yang lebih tua”. Kepada anak kecil perlu disayangi. Kerana Rasulullah S.A.W sangat sayangkan kanak-kanak. Baginda seorang bapa yang penyayang dan suami mithali. Contohilah akhlak junjungan besar kita. Menghormati yang tua daripada kita sangatlah dituntut oleh agama. Dengan sifat mahmudah yang kita lakukan, akan menyebabkan semua orang kasihkan kita. Hubungan kita dengan Allah juga tidak diabaikan. Bila tuhan sudah kasihkan kita, secara “ automatik” semua makhluk yang ada di muka bumi ini akan kasihkan kita.

sedar atau tidak, bulan rejab dan sya’ban telah berlalu. Kini, ramadhan pula menjelma. Ya Allah, serasa tidak layak untuk mengharungi ramadhan ini…jika tanpa persediaan yang mencukupi. Harap-harapnya ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Wahai saudara seIslamku! Sama-samalah kita menambah amal! Bermujahadah dalam melayari bahtera menuju CINTA Ilahi. Menyeberangi lautan dalam. Mampukah melawan ombak deras?....

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan Kreem...ya akhwaati..kullu muslimina wal muslimat..

BRING BACK PALESTINE

penawar hati

"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan...... "




Thursday, August 02, 2007

Ku Kembali Dengan Nafas Baru

“ menggamit sinar kehidupan”
Siapa tahu janji tuhan?? DIA maha membolak-balikkan hati hamba-hambaNYA…kasih sayangNYA sangat ‘UNIK’..tiada terungkap dengan kalimah..”pergi mencari diri”- tema yang amat bermakna dalam hidupku..mukadimah pada semangat baru…nikmat yang dikurnia untuk dimuliakan atau ujian buat hambaNYA?? Fikirkanlah.. betapa berat untuk tunai harapan insane-insan yang mengharap.. sedang diri masih belum bersedia?Ya Allah bantulah hamba-hambaMU dalam melantas perjuangan suci ini…berikanlah kekuatan buat kami..perjuangan mesti diteruskan!!

NASYID TEMA KLKH

Epilog Perjuangan

Kamilah srikandi Islam
Yang ikhlas berjuang
Siap siaga berkorban

Untuk Islam tercinta

Sebelum kita Berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah srikandi Islam
Menuju medan bakti

Andai kami syahid di medan juang
Lantaskan perjuangan suci ini
Janji Allah kan terbukti
Kemengan kan pasti
Bergema laungan takbir
Islam pasti dijulang…

Thursday, July 26, 2007

Pergi Mencari Diri…

Lastly…aku pergi jua…itu yg terungkap di bibirku ketika aku berlepas pergi menuju ke bumi ini…kini aku di sini..skrg akan pergi jua..ke satu daerah jauh..daerah cinta yg perlu aku jelajahi..daerah asing buatku…sangat asing..mampukah aku??
Sedang muhasabah mencari diri…aku dikurnia petunjuk dari – NYA...aku redha..pasrah dlm ketentuan..walau pedih dan terluka…ahh..aku ini, seringkali kecundang!mengapa begitu?ke mana akal warasmu?
Gerak hati…rasa naluri…payah utk dirungkai..kekadang lupa siapa yg menentukan taqdir..lupa asal kejadian…jgn mudah putus asa!masih ada jalan utk kembali…
Bibir mudah menutur kata…tapi hati yg merasa siapa tahu?diri yg sengsara siapa sedar?

Friday, July 20, 2007

sajak di musim putih..

Pilu yang pergi-bantu mereka!
Oleh : saffa_atma
Abou nour,Damascus.
6.45 pagi,3 Julai 2007.

Kegelapan itu mencengkam
Menarik jiwa sayu
Terus tertindas di bumi sendiri
Cuba hidup berlandas agama




Penderitaan,
Penindasan,
Kekejaman,
Dahsyat dan buas!

Bergelut untuk hidup
Akal hidup yang sudah mati
Dirampas rakus maruah diri
Bagai tiada harga diri

Dimensi kekejaman kuffar
Musnah segala harta
Diragut nyawa suci
Dibakar rumah Allah

Menghurai penderitaan
Menjerit minta dibantu
Dunia terus sepi
Biar saudara mati!

Ke mana tangan imanmu?
Di mana kau hulurkan?
Tali persaudaraan Islam
Atau hubungan kuffar Laknatullah?

Penindasan ke atas umat Islam minoriti



Thursday, July 12, 2007

Jalan Pulang

Oleh :saffa_atma
Bayt Fath,Solahiyyeh Syarkasiyyeh,
9.40malam ,10 Julai 2007.

mengayuh perahu di muara
saujana mata memandang
Kerana sungai dalam
Bahaya menanti pasti

Jangan lupa menoleh
Menuju satu arah
Jika tersalah
Jangan takut berpatah

Kayuhan laju
Menongkah arus masa
Takut ditinggal
Aku sendiri..

Tercicir di tengah arus…
Menyerah diri kalah!
Melangkah terus susah!
Sekali melangkah
Usah berpatah

Di pinggir kehidupan
Menanti pulang
Penuh harap
Usah gundah membawa diri
Jika jiwa milik sementara
Susuri muara kehidupan
penuh pergantungan
Pada Al-Khaliq, Rabbul Izzati.


Thursday, June 07, 2007

Sajen


Naik kapal
oleh:saffa_atma
Tobiq thani,solahiyyeh syarkasiyyeh.
4.05 petang,7 jun 2007.

Kapten kapal berdiri tegak
Tubuh sasa dada bidang
Tiada senyuman terukir
Menimbul gubra di jiwa

Kapal besar mewah
Ghairah sendiri memanjat anak tangga
Mahu jadi johan panjat tangga
Lihat saujana pantai indah

Sedang galak merarau
Ditegur keras kapten kapal
Kecut perut darah hilang
Muka pucat bagai mayat

Turunnn!

Ini kapal tentera!


*catatan naik kapal Dam 2 Cai.
#kejadian seperti ini kemungkinan boleh terjadi ke atas atoks yang jakun..keke



Sajak

Ceritera manusia
oleh:saffa_atma
Bayt fath,Damascus.
7.15 pagi,7 jun 2007.


Membuka kisah terbuku di garisah
Meluah rasa terperosok jauh
Mengubat jiwa yang kian parah
Merana sendiri menanggung derita

Dicarik-carik secebis hati
Insan lemah tidak berdaya
Menghempas bala derita
Menghayun sengsara memapah jiwa

Digagahi jua walau lemah
Tidak segagah kudratmu
Tiada pedang Salahuddin al-Ayyubi
Hanya menanggung luka di hati

Terhambur sudah kalam dusta
Kalam ciptaan makhluk yang lemah
Sedang yang Haq itu tahu
Duduk sebenar seorang hamba

Mengulit rasa pada makhluk
Menghilang resah seketika Cuma
Kesan duka tetap terpalit
Pada diri yang merasa

Jangan diturut nafsu amarah
Mahu menghunus pedang tajam
Biar berhenti dari memamah jiwa
Itu dosa yang dimurkai-Nya

Membuka kantung ceritera manusia
Terlepas azab di dunia fana’
Kerna di akhirat belum pasti
Dengan maqbulnya doa yang dizalimi.

Buat diriku yang sering alpa:
“Barangsiapa yang menutup keaiban saudaranya di dunia,maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.”

Tuesday, June 05, 2007

LAMBAIAN CINTA DI JABAL QASIOUN

oleh: saffa_atma
“Menggamit rasa, menghulur cita..”

Tenang sungguh suasana petang itu.mataku tertumpu pada sang camar yang berterbangan riang.sang camar pulang petang selepas mencari secicip rezeki buat yang sedang rindu menanti.suasana petang itu sungguh indah bersama tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menembusi denai hatiku.serasa hilang sudah segala kekusutan yang menyelirat di fikiran.petang-petang begini bersantai di sutuh rumah sambil menghirup udara segar, sangat mendamaikan.langit biru dengan gerombolan awan putih bersih musim bunga menyejukkan pandangan mata.Aku berpaling ke belakang, pandangan mataku tertancap pada Jabal Qasioun yang masih berdiri teguh.ah, bila lagi akan ku daki bukit itu!

Ting tong..ting tong..kedengaran loceng rumahku dipetik dari luar.dua kali pula tu.mutazawij!masakan aku sudah dapat meneka, kerana bait kami telah melekatkan label bilangan untuk memetik loceng bagi sesiapa yang datang.1x untuk akhwat,2x untuk mutazawij dan 3x untuk shabab.aku terus meluru ke bawah untuk membuka pintu."min?""assalamualaikum".aku segera menjawab salam.eh,akhwat rupanya..kenapalah petik loceng ni 2x?setelah berbual seketika dia memperkenalkan dirinya sebagai Fatimah.orang Pattani rupanya.teman sekuliah ahli baitku Raihana.mahu murajaah pelajaran katanya.

Bait al- Faizzin riuh rendah pagi itu.Ilyana menjerit bagai dirasuk berlari dari ruang dapur terus menuju ke dalam bilik."kenapa ni?terjerit-jerit pagi-pagi hari ni?mengganggu ketenteraman awam betullah yana ni!"tegas ritma suaraku menegur.aku sudah mula naik berang apabila masa studyku diganggu.aku pula mushrifah bait ini, perlu tegaslah."k.anim,ada tikuslah kat dapur tu…eee gelila..macam mana nak buat sarapan ni?""apa, tikus?dari mana pula datangnya ni..sepanjang akak tinggal kat sini tak pernah la pula ada tikus."kena panggil mushrif ni..pagi itu mushrif kami ustaz shahri telah berjaya menangkap seekor anak tikus.terkial-kial dia mencari tikus di dapur tadi.aku mengetap bibir.gelihati juga bila dikenangkan.tapi nak buat macam mana?dah semua penakut.

Perkenalan yang singkat dengan Fatimah akhwat dari Pattani itu membuahkan bibit-bibit ukhuwah.walaupun baru sekali bertemu,tapi kami seperti sudah lama kenal.dia seorang yang peramah dan sangat merendah diri.aku masih ingat kata-katanya.dia sangat cemburu melihat orang Malaysia, kerana Malaysia Negara merdeka.sedangkan Pattani masih di bawah jajahan Thailand.sampai sekarang mereka masih tidak mendapat hak mereka.rasa belas kasihan kepada rakyat Pattani amat menyentuh hatiku. Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 80% adalah Muslim.masyarakatnya berbangsa melayu.mengikut sejarah,asalnya Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berada di bawah pengaruh kerajaan Siam Sukhothai dan Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Siam sewaktu pemerintahan Raja Rama I.Hak mereka sebagai rakyat merdeka telah dirampas selepas berlakunya Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909.Pattani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam.

Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu.melalui perjanjian bangkok 1909 itu,kerajaan siam menyerahkan negeri-negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan inggeris.perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson(gabenor negeri-negeri selat) dan setiausaha luar negeri Siam.kerajaan melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand/Siam.padahal kerajaan melayu Pattani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.bermula dari sejarah hitam itulah penduduk Islam Pattani ditindas oleh kerajaan siam yang bukan beragama Islam.agak zalimlah kita membiarkan saudara seIslam kita ditindas.jangan mimpilah untuk selamatkan umat Islam di Palestin,Afghanistan,Iraq,Chechnya,Kashmir dan banyak lagi Negara umat Islam yang ditindas.sedangkan umat Islam di Negara jiran kita sendiri diabaikan.

Petang itu aku bertemu Fatimah beringan dengan Raihana di tingkat dua kuliah syariah, Universiti Abou Nour.mahu pergi membeli makanan barangkali.aku segera menghampiri meraka.sebungkus jajan yang dipegang ditangan kanan Raihana disuakan kepada ku.”rezeki jangan ditolak”.ritma suaranya lembut dengan senyuman sinis memandangku.”anim tak akan menolak kecuali hana yang akan menarik.”tawa kami bertiga berderai di situ.aku mengkhabarkan berita kepada Raihana bahawa malam ini kami akan pergi ke jabal Qasioun kemudian terus ke mat’am ruzz mandi hadhra maut di masakin barzakh.hatiku disuntik ghairah untuk menikmati sinar lampu malam Bandar Damascus.bukan tidak pernah melihat lampu malam sewaktu di Malaysia dahulu.tapi di sini lain.di sini lampunya banyak yang berwarna hijau.lampu-lampu daripada menara masjid.sinarnya melambangkan sinar Islam serta tamadun yang masih segar di bumi barakah ini.bumi syam, bumi para anbiya’,para auliya’ dan juga ulama’.aku juga menjemput Fatimah untuk turut serta bersama kami malam ini.Fatimah nampaknya tidak keberatan untuk bersama-sama kami.Rehlah kami adalah untuk meraikan kepulangan k.Lija ke Malaysia setelah 3 bulan berada di sini kerana mengikuti kursus bahasa Arab.

Jabal Qasioun ini tidak perlu didaki dengan berjalan kaki.tidak seperti Jabal Musa di semenanjung Sinai,mesir. Jabal Qasioun merupakan sebuah banjaran tempat untuk melihat Bandar Damascus,Syria. Aras ketinggiannya menjangkau 1,153 meter.di sana ada deretan restoran-restoran.kita boleh melihat pemandangan Bandar Damascus dari setiap arah.setelah Bandar ini berkembang maju,beberapa kawasan di kaki bukit itu telah dijadikan tapak pembinaan bagi menampung sebilangan penduduk Bandar yang semakin bertambah.Di sana juga terdapat maqam arba’in ataupun,the mihrabs of 40 saints.dikatakan bahawa mereka ini ialah para wali yang berjaga malam untuk bersolat pada setiap malam di tempat tersebut.sejauh mana kebenaran kisah ini wallahu a’lam.kami hanya perlu menyewa sebuah kenderaan awam yang dipanggil servis.Rupanya seperti sebuah van.Servis itulah yang kami tunggangi sehingga ke puncak bukit.kawasan yang disediakan untuk pengunjung melihat pemandangan Bandar Damascus.Subhanallah! kekaguman menjentik atma masing-masing.sungguh indah ciptaan tuhan.akulah yang paling seronok apabila dapat datang ke sini.sampai ada yang menyuruh supaya aku berkampung sahaja di sini.ah,siapa tidak kenal dengan perangai Tasnim,suka yang pelik-pelik.sejeda aku menghela nafas,melepas lelah yang tidak seberapa.aku melabuhkan punggung melihat saujana pemandangan Bandar Damascus dari puncak Jabal Qasioun,tiba-tiba aku terkenangkan nasyid yang pernah didendangkan oleh akhwat Pattani ketika program sehari bersama IPAS,iaitu ikatan pelajar Asean yang terdiri daripada Malaysia,singapura,Indonesia dan Pattani.program yang telah berlangsung selama sehari di dewan kuliah Niqabah Muallimin,Jami’ah dimasyq.nasyidnya menyentuh kalbu setiap yang mendengar serta bagi yang menghayati bait-bait liriknya."Fatimah,boleh tak anti nasyidkan nasyid Pattani Darussalam tu?kami nak dengar lagi.sambil kita hayati ciptaan tuhan ini, sambil memikirkan masalah ummah."

Darussalam bumi bertuah
Negeri Fathoni sebelum terjajah
Sebelum siam menabur fitnah
Fathoni tegak berdiri megah
Bumi subur amat terindah
Negeri bergelar serambi Mekah



Disambung pula dengan nasyid berjuanglah, dendangan kumpulan Jilul Qur’an yang dipasang di mp4 yang aku bawa ke mana-mana.

Berjuanglah,berjihadlah,
Bersama menghapuskan segala kemungkaran..
Jangan gentar wahai jundul muslimin..
Nikmat syahid menanti..
Rahmat tuhan bersemi…

Semua ahli bait al- Faizzin termasuk k.Lija menitiskan air mata setelah mendengar nasyid itu."kita doakan agar Pattani memperoleh kemerdekaan suatu hari nanti.jangan sedih Ima!kami sentiasa bersama kalian.doa orang yang dizalimi itu mustajab!kita perlu terus melangkah.teruskan perjuangan kalian dan jangan cepat mengeluh ya!"k.Lija menyuntik motivasi berguna buat Ima dan juga kami untuk membantu umat Islam di Pattani.aku teringat sepotong hadis diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir.


“ perumpamaan bagi orang-orang yang beriman itu umpama satu jasad, apabila sakit satu anggota maka sakitlah seluruh jasad.”

Di situ kami mengikat janji akan mencurahkan bakti untuk Islam agama yang shumul.k.Lija menyatakan bahawa setelah dia menamatkan pelajarannya dalam jurusan syariah perbankan Islam,peringkat master di universiti Malaya, dia akan membuka syarikat sendiri.bisnes woman katanya.syarikat yang mengamalkan sistem jual beli mengikut hukum Islam.mamnuk riba’-iaitu tidak mengamalkan sistem riba.aku pula akan melanjutkan pelajaranku ke peringkat master, kerana cita–citaku untuk menjadi seorang peguam syariah.Amal,Solehah,Raihana dan Ilyana masing-masing menyatakan cita-cita mereka. Semuanya bercita-cita tinggi.Ima juga tidak ketinggalan,katanya dia akan membuka pusat tuisyen bahasa Arab dan Alqur’an di Pattani.mudah- mudahan cita-cita kami tercapai.

Malam sudah merangkak pergi membiarkan waktunya berlalu.nampaknya kami harus pulang.mushrif yang membawa kami telah lama tercegat di tepi servis.sudah bosan barangkali.meraka berdua, apalah sangat yang boleh mereka lakukan.servis meluncur laju membawa kami terus ke mat’am ruzz mandi di Masakin Barzakh.rehlah kami malam itu memberi kenangan indah.Mengajar erti persahabatan, mengambil berat terhadap masalah yang melanda umat Islam sedunia.aku masih memerhati kerlip lampu neon di Jabal Qasioun.Ada sinar yang menanti.Rindu lagi untuk ke sana.Bukan kerana suka sangat melihat lampu-lampu sekitar Bandar Damascus.Tapi di sana pemandangannya luas.kenangan lama yang ku simpan rapi terhimbau di garisah.ada yang menanti lambaianku di sana.Qasiounn, “ menggamit rasa,menghulur cita..”


Glosari:
Ø Sutuh: ruang yang lapang dan tidak berbumbung di bahagian atas rumah yang bertingkat.
Ø Mutazawij: pasangan yang sudah berkahwin.
Ø Bait: rumah.
Ø Akhwat: siswi.
Ø Shabab: siswa.
Ø Min?: siapa? dalam bahasa ammiyah Syria.
Ø Muraja’ah: ulangkaji.
Ø Mushrifah: ketua ( bagi perempuan).
Ø Mushrif: ketua ( bagi lelaki).
Ø Jabal qasioun: bukit qasioun.
Ø Anbiya’:nabi-nabi.
Ø Auliya’:wali-wali.
Ø Ulama’:para ilmuan islam.
Ø Mat’am ruz mandi: restoran nasi mandi.
Ø Masakin barzakh: nama tempat.
Ø Jami’ah dimasyq: universiti Damascus.
Ø Shumul: sempurna.
Ø Mustajab: diterima oleh Allah.

Sumber Rujukan:
http://www.harunyahya.com/
http://ms.wikipedia.org/


Monday, May 21, 2007

Mercy Like The Rain




Mercy like the rain is falling down
Mercy like the rain is falling down
Can you feel the rain is falling down, falling down?
Mercy like the angels in the rain
Mercy like the sun, the moon, the stars
Blossoming flowers, bearing fruits
Showing us the greatness of Allah




Mercy like the faith that shines within us
Mercy like the prayers that Allah answers
How it gives purpose to our lives
Helping us strive for paradise

Mercy like the smile for one another
Mercy like the kindness for each other
O how it takes sadness from our hearts
Spreading God's love throughout the world

Mercy like the Messenger of Allah
Mercy like the Qur'an from Allah
Truthful, generous, wise and kind
Bringing Allah's words to mankind








by: shaam

Saturday, May 19, 2007

Poster fighting!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friday, May 18, 2007

Dedikasi buat teman-temanku…

Selamat berjuang

Malam siang berlalu Gerhana kesayuan
tiada berkesudahandetik masa berlalu
tiada berhenti oh syahdunya….
Sejenak kuterkenang Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran Bersama teman-teman
Harungi kehidupan Oh indahnya…


Berat rasanya di dalalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua…
Kasih dan cinta yang terbina Iakan selamanya…
Selamat berjuang sahabatku Semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu takkan kubiar ia berlalu…
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita…

Hati ini sayu mengenangkan Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta
Mengharapkan kedamaian Dan jua ketenangan
Tetapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan i-m-a-n…

brothers

Lagu indah ini kutujukan khas buat
teman-teman seperjuanganku…



Teman, Walau kita terpisah jauh…
Walau kita sudah sekian lama tidak bertemu…
Percayalah bahawa dalam setiap doaku…
Ku nukilkan nama-nama kalian…

Teman, betapa manisnya perjalanan kita
Sewaktu kita sama-sama bermujahadah…
Sewaktu kita susuri jalan-jalan sufi itu…
Tika kita tidak kenal rasa penat…
Tidak ada rasa putus asa…
Kerana kau dan aku…
Telah dapat merasainya…
manis beramal bersama-sama

Tika itu…kita sama-sama bermujahadah…
Kita sama-sama di majlis taman-taman syurga…
Majlis-majlis zikir…munajat kita…
Tenang..damai…bersama bimbingan seorang murabbi..
Tiada dihatinya melainkan mendidik jiwa kita..
didikan asuhan taman sufi
cinta Ilahi..cinta abadie…

Aku sangat gembira…
Punya teman-teman seperti kalian
Kini aku pergi jauh dari kalian…
Bukan ingin mengubah haluan…
Tapi, ku harap satu kejayaan…
Hijrah ku ini ke ardhul barakah…
Semoga ia dapat menambahkan lagi rasa
Kehambaanku…kepada-Nya…

Teman.andai diri ini tersasar…
Jangan kau takut untuk sedarkanku…
Jangan kau biar syaitan laknatullah bergembira
Kerna aku juga insane biasa…
Masih mengharap bantuan-Nya…
Dan jua hidayah-Nya…
Kerna teman, engkaulah temanku dunia dan akhirat!

Sunday, May 13, 2007

Kembalikan Hak Kami!!- anak palestina..

Kembalikan ibu-bapa kami…
Kembalikan keluarga kami…
Kembalikan adik-beradik kami…
Kembalikan rumah kami…
Kembalikan tanah kami…
Kembalikan tempat kami bermain..
Kembalikan kunci keamanan hidup kami..
Kembalikan kesemua hak kami…

Wahai Tuhan kami…
Hancurkanlah laknatullah itu…
Hapuskanlah mereka daripada terus menjajah
Bumi kami…
Bersihkanlah al-quds dari noda kafir durjana..
Kembalikan tanah suci itu…
Tanah itu sangat suci untuk diberikan kpd mereka..
Khaibar-khaibar ya Yahud!
Jaisyu Muhammad saufa ya’uud!

Tuesday, May 08, 2007

Tazkiyatun Nafs


Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu melahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

( Surah al-Baqarah: 284-286 )

Sunday, May 06, 2007

Anda ingin kelihatan lebih cantik??amalkan petua mujarab ini..






  • Jadikanlah Gaddhul Basor ( menundukkan pandangan ) sebagai “ Hiasan Mata “ anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.



  • Oleskan “Lipstick Kejujuran” pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.



  • Gunakanlah “Pemerah Pipi” anda dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu yang dibuat di salon iman.



  • Pakailah “Sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.



  • Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.



  • Hiasilah kedua tangan anda dengan “Gelang Tawadhuk” dan jari jemari anda dengan cicin Ukhuwwah.



  • Sebaik-baik kalung anda adalah kalung “Kesucian”.


  • Bedakilah wajah anda dengan “Air Wudhu’” nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.


Rasulullah S.A.W bersabda:

“ harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang Solehah.”

(HR Muslim)

dipetik dari puteriku,

Negeri Akhirat....


Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, Yang Kami wahyukan kepada mereka. maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan Bagaimana akibat orang-orang kafir Yang terdahulu dari mereka? dan (ingatlah) Sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, mengapa kamu (Wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

(Surah yusuff:109)


Jalan - Jalan Di Bab Sarijeh...

Petang-petang begini…selalu sahaja rasa puas duduk di rumah..ade-ade shj idea nak jalan sane dan sini…maklumlah org tak boleh duduk diam.ade-ade shj kerje yg nak dibuat.tgh hari tadi ade juga sembang-sembang dgn ahli bait.nak pergi ziarah kakak “mutazawijah” kat sini.emak dan ayahnya baru datang dari Malaysia.bestnye klu yg datang tu mak ayah sensei.ade juga kalau..kalaunye…ustazah??”ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah” kata-kata itu selalu terngiang2 di telingaku..suara Sheikh Ratib Nablusi yg sudah agak berumur itu masih terus dengan kerjayanya.seorang pendidik berhati mulia.

Seusai solat asar,sensei terus keluar rumah kerana ingatkan janji teman2 tadi..”lepas liqa’ selesai,m.call ye..pastu kite pergi rumah kakak tu sama2..”.cuaca panas sudah menjangkau 25 darjah Celsius.servis adalah kenderaan awam di sini.tidak sampai 5 minit sensei menunggu di mauqif servis pun tiba.tanpa berlengah terus melangkah masuk ke dalam.seronok juga jalan-jalan di waktu petang.boleh hilangkan penat study…cari idea baru…lalalaa..

Perjalanan menuju ke rumah kakak tu ambil masa lebih kurang 30 minit dari rumahku.jam di tangan menunjukkan pukul 5.00 petang.ahh masih awal lg…nak pergi mana ya?mata ligat melihat ke kiri dan ke kanan.tiba-tiba rasa macam nak pergi ke satu tempat dulu..hmm lama x pergi jalan – jalan kat sane.”bab sarijeh”.best jugak jalan kat sane…

Suasana di suq tidaklah sesak sgt..mungkin musim panas agaknya.cuaca panas begini menyebabkan org arab di sini lebih suka membeli-belah di waktu malam.sensei sempat juga singgah dibeberapa buah kedai.bezanya suq di sini dan di rumah sensei kerana kat sini barang2 dapur ada yg lebih murah.lagi satu sensei memang suka jalan kat sini.teringat atok...sakit lutut lagikah?gerai-gerai di sini nampaknya makin bertambah.baru 2 minggu x dtg sini…

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar suq sarijeh baru teringat janji dgn teman2 tadi.sambil tu,terus belikan burtuqal untuk dibuat buah tangan bawa ke rumah akak tu nanti..x sabar nak jumpa baby girl dia yg
cute







masjid Zaid berhampiran pintu masuk suq Sarijeh.



gerai "jeruk Arab" di suq Sarijeh.

Iftitah



Firman Allah s.w.t bermaksud:

“sesungguhnya,sebaik-baik bekalan adalah taqwa”

Telah bersabda nabi Muhammad sallallahhu alaihi wasallam:

“yg terbaik di kalangan kamu ialah siapa yang mempelajari al-qur’an dan ilmunya.”

(hadis syariff)

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie