Friday, May 29, 2009

The Right Path.. “Muslimah Mujaddidah”


Saya pernah bertanya kepada beberapa orang yang apabila berbicara bersama mereka berkenaan dengan topic siapa ingin menjadi isteri solehah? Wah, apabila mendengar topic “isteri solehah” yang saya timbulkan sejurus mata masing-masing sudah mula bersinar menunjukkan bahawa semua orang mengidamkan “title berharga” itu. Tetapi cuba kita tanyakan soalan mengenai anak solehah. Sudah pasti keadaannya berbeza berbanding respon kepada topic yang pertama tadi. Masing-masing terpinga seolah-olah soalan itu asing dan bukan masanya untuk kita fikirkan tentang title “anak solehah” ini lagi.

Adakah dengan meningkatnya usia kita menjadikan title “anak solehah” itu tidak begitu sinonim lagi? Sedangkan seorang muslimah itu walaupun dia sudah baligh dan dewasa sekalipun, selagimana dia belum berkahwin maka tanggungjawabnya, kepatuhannya, hanyalah kepada ibu bapanya selepas Allah dan Rasul. Namun scenario yang berlaku sekarang ini sudah berubah dan ramai yang mengabaikan tanggungjawab tersebut.


Muhasabah diri.

Berapakah tempoh usia kita hidup di dunia ini?. Siapakah yang telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga Berjaya ke tahap sekarang?. Jawapan bagi persoalan tersebut adalah ibu bapa kita. Adakah kita sering memikirkan sudahkah kita menjalankan amanah yang telah ditaklifkan ke atas kita terhadap mereka?. Sudah kuatkah keyakinan kita bahawa mereka meredhai kita?. Sepertimana yang kita ketahui, redha ibu bapa adalah redha Allah jua bagi hambanya. Jika perbuatan kita tidak diredhai oleh mereka bagaimana jadinya?. Muhasabahlah…

Saya sangat tertarik dengan budaya masyarakat arab di Syria kerana mereka sangat menghormati kedua ibu bapa mereka. Inilah asuhan yang telah diajar kepada mereka sejak dari kecil. Cara mereka bermua’malah dengan ibu bapa meraka tidak dapat ditandingi oleh kita orang melayu. Kalau di Malaysia berapa ramai kita jumpa anak derhaka menengking, mengherdik ibu bapanya. Tetapi keadaannya amat berbeza di sini. Sehingga kita tidak dapat menyangka bahawa yang berada di hadapan kita adalah bapa dengan anak kerana perhubungan mereka yang rapat dan sangat baik. Jika dilihat di kedai-kedai dan juga gerai-gerai di sini pasti diletakkan frame atau steaker bertulisan khat arab dengan ungkapan “birrul walidain” iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Inilah bi’ah solehah yang kita inginkan.


Mendamba untuk menjadi isteri solehah.

Sebelum seseorang muslimah itu melangkah ke dunia baru kehidupannya pastikan bahawa tanggungjawabnya di kehidupan lalu sudah di selesaikan. Adakah tanggungjawab kepada ibu bapanya sudah lepas?. Sedang dia akan bermusafir ke alam baru yang akan mengubah segalanya. Keta’atan yang selama ini hanya kepada ibu bapanya akan bertukar arah kepada suaminya. Ianya adalah suatu yang memberi kesan mendalam bagi yang mampu menghayatinya. Bertukar milik barang yang kita miliki pun sudah merasa suatu kehilangan. Inikan kita yang menjadi pertukaran tersebut. Namun pertukaran itu bukan sebarang pertukaran, tetapi pertukaran bagi meneruskan perjalanan di jalan-Nya. Bukanlah pertukaran itu hanya menurut kata hati dan cinta kosong duniawi semata-mata. Cinta kita adalah cinta ukhrawi.

Saya melihat bahawa konflik rumahtangga yang sering berlaku ini adalah berpunca dari masalah didikan dan persediaan seseorang sebelum memasuki alam tersebut. Menyingkap dari aspek mengapa ramai isteri yang derhaka kepada suami, isteri nusyuz dan sebagainya, ini adalah berpunca daripada kelalaian ketika membentuk jatidiri menjadi “anak solehah” sebelum menjadi “isteri”. Bagaimana mahu menjadi isteri solehah jika sebelumnya dia pernah menjadi anak derhaka? Tambahan pula jika rumahtangga yang didirikan tidak mendapat redha kedua ibu bapanya.


Agama adalah asas kehidupan.

Seseorang yang tidak mengikut jalan agama maka rosak dan pincanglah kehidupannya. Walaupun seolah-olah dia mengecapi kebahagiaan dari apa yang diusahakannya, namun kebahagiaan itu bukanlah kebahagiaan hakiki. Ianya akan hilang dan pergi bila-bila masa sahaja jika Allah berkehendak maka semuanya akan terjadi. Saya amat berharap supaya para muslimat yang membaca N3 ini dapat mengambil istifadah dari respon yang serba kekurangan ini. Sebelum kita mendamba menjadi “isteri solehah”, persiapkanlah diri dengan sebaik persiapan. Rawatlah segala luka, perbaiki yang rosak, jagalah peribadi dan akhlak sebagai seorang muslimah. Muslimah yang bernilai di sisi agama adalah yang menjaga tingkahlaku dan akhlaknya. Kecantikan bukan pada wajah dan yang zahir semata-mata tetapi ia dinilai mengikut tahap ketaqwaan kita kepada Allah subhanahu wata’ala. Situasi kemungkaran dan sahsiah tempang penuh kebejatan masalah social yang mengepung serta menekan dan ancaman kelahiran gejala negative perlu dibasmi segera. Bentuklah diri kita mengikut acuan Allah iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat…


** Tajdid Wa’ie~ Islam itu fitrahnya sentiasa ke hadapan, jadi teruskanlah langkahmu ke hadapan dan tidak berganjak walau sedikitpun…IHSH! **

1 pendapatan:

Insyirah on December 7, 2009 at 3:09 AM said...

Assalamu'alaikum. Jazakillah ukhti atas pengisian yang sangat bernas!

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie