Tuesday, August 23, 2016

Seruan Korban & Aqiqah 2016


Seruan Korban & Aqiqah di Sudan, RSS, Darfur, Ethiopia.


TOLONG BACA SEKEJAP..SEKEJAAAAP SAHAJA. PLEASE..JANJI TAK RUGI!!..

Oleh: Imam Muda Fakhrul
📢📢📢
السلام عليكم ورحمةالله

MISI QURBAN, AQIQAH, DAKWAH &KEMANUSIAAN

🐂🐂🐂🐂🐂🐐🐐🐐🐐

YAYASAN AMAL MALAYSIA
Bagi menyempurnakan amanah qurban/aqiqah tuan puan, saya sekali lagi (buat kali ke 13 brturut-turut) insya Allah akan bersama misi Qurban /Aqiqah Yayasan Amal Malaysia (Pusat Dakwah Serantau) melalui program qurban bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan (kebuluran /peperangan/IDPs/pelarian/ penyisihan) lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam dll) dipelbagai pelusuk dunia hasil perancangan jahat musuh-musuh Islam. Program ini juga disertakan dengan gerakkerja dakwah, perubatan, kebajikan & membina rangkaian kerja dakwah ummat.
*KEMANA KAMI AKAN PERGI??.*
Missi Qurban & aqiqah kemanusiaan kali ini kami tumpukan ke Darfur, Sudan. (antara kawasan paling bergolak dan miskin). Begitu juga kawasan krisis perang terbaru di sempadan antara Sudan dan Sudan Selatan yang jaraknya 200km dari Khartoum. Terdapat hampir 50,000 pelarian dari Sudan Selatan yang mencari perlindungan dari perang saudara di sana. Rata-ratanya tidak ada rumah dan hanya berlindung di bawah pokok dan dan kanvas-kanvas buruk. Kami juga akan ke kawasan Sabata, Ethiopia. Tempat kawasan majoriti muslim dengan kadar kemiskinan yang teramat tinggi. Team kami juga akan ke Uganda (12% muslim) di kawasan pulau di tengah-tengah tasik Victoria di mana terdapat kawasan majoriti muslim yang sangat miskin dan masih ramai yang tidur di bawah-bawah pokok. Allahurabbi!.
Sedikit pengalaman, kami sendiri pernah terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak madrasah tahfiz sedang mengerumuni dan mengikis tulang lutut lembu korban tanpa sebarang daging yang disembelih semalam sekadar untuk mengecapi rasanya sahaja. Makanan harian mereka hanya semata-semata shogum rebus tanpa campuran garam atau gula apatah lagi bawang dan lauk. Itupun hanya sehari sekali kalaupun ada. Lantaran kemiskinan, sebahagian orang Islam menggadai aqidah untuk mendapat makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih lalu bertukar agama menjadi kristian.نعوذ بالله من ذالك. 

Keberadaan kami disana melalui pertolongan tuan dan puan paling kurang menutup sangkaan tiada saudara-saudara seIslam mereka yang peduli. Paling kurang boleh menjawab realiti dakyah kristianisasi yang cukup hebat disana!!!..~Allah~...

Kami yakin Tuan/Puan bersedia bersama kami menjayakan hasrat murni ini dengan turut bersama menunaikan ibadat qurban atau aqiqah Tn/Pn dibumi tempat berteduhnya ibu, ayah, anak-anak dan keluarga kita yang kurang bernasib baik & tertindas ini. Tidur mereka hanya beralaskan tikar lusuh berlantaikan tanah dirumah-rumah yang dibina dari ranting-ranting pokok dan kanvas buruk. Sepanjang hari di tanah tandus yang kering kontang..
Sekurang-kurangnya kita umat Islam di Malaysia turut menyatakan rasa kebersamaan kita dengan mereka walaupun setahun sekali.
InsyaAllah kami sendiri akan mengendalikan sembelihan Qurban dan aqiqah Tn/Pn.
*HARGA QURBAN/AQIQAH:*
Lembu : *RM350*/ 1 bhg
Kambing : *RM450*/ 1 ekor
Sila bank in ke akaun:
*YAYASAN AMAL MALAYSIA*
*MAYBANK*
No AC : 5530-1012-2090
Atau

*BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD*
No AC: 1305-3010-003149
Atau

*BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD*
No AC : 1301 0002 4997 15
Atau

*CIMB BANK*
No AC : 1468 0000 1911 08
*SILA MASUKKAN BAYARAN KEMANA-MANA BANK DIATAS. AMBIL GAMBAR SLIP BANK TERSEBUT DAN HANTARKAN KEPADA SAYA MELALUI TALIAN DIBAWAH*
HP/whatsapp/SMS saya:
+6011 3305 6619
atau email:
imammudafakhrul@gmail.com
Nyatakan nama:
*Tuan /puan dan peserta qurban/aqiqah kumpulan.
Kami akan segera email atau whatsappkan resit sijil penyertaan tuan /kumpulan insyaAllah
*SEBARANG PERTANYAAN*
Sila hubungi saya
PADA BILA2 MASA
📢
 mohon viralkan kepada sahabat dan kenalan juga

Allah SWT menegaskan kepada kita.
يأيها الذين ءامنوا اركعوا واسجدوا واعبدوا ربكم وافعلوا الخير لعلكم تفلحون
_Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta kerjakanlah AMAL-AMAL KEBAJIKAN supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Al Hajj 77_
 Pesan Rasulullah SAW
والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه
_Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya itu menolong hamba Allah yang lain_
Semoga pertolongan kita melalui ibadah dan sunnah yang Rasulullah tidak pernah tinggalkan ini menjadi asbab diberikan keberkatan, punca rezeki dan keredhaan Allah SWT.

Sahabat Qurban mu,
Mohd Fakhrurrazi bin Hussin

Imam Muda Fakhrul Astro Oasis
Yayasan Amal Malaysia
&Pusat Dakwan Serantau


Turut serta,
Nur Syuhada Binti Mad Isa
Volunteer Yayasan Amal Malaysia

Monday, October 29, 2012

Lama ku tinggalkannya.."tanpa bertuan".

Saffa@srar...

Hari ini hujan lagi dari petang hingga ke malam. Cuaca sejuk dan dingin sekali. Maysaa pun tidur awal dari biasa. Sejuk.. memang sedap tidur. Tapi ummi perlu meneruskan beberapa agenda hari ini yang masih belum selesai. Al maklumlah.. imtihan nisfi dah nak dekat.. Ummi kena baca kitab sayang..!

Makin meningkat usianya semakin banyak kerenahnya. Kadang-kadang ummi sendiri bingung mencari penyelesaian untuk mendidik anak kecil ini agar ia dapat didikan yang betul. Cabaran mendidik anak buat pertama kali memang banyak. Kalau tersalah langkah mungkin kita akan memarahinya tanpa kita sedari. Ya Allah, Ya Latif... Ultuf binaa..~

Kuliyah...

Lama sangat rasanya tak sibuk begini.. Lama dah tak pegang buku, belek kitab, buka kamus..Rindu yang amat.. Hanya Allah yang tahu. betapa di dalam hati ini membara semangat yang dipendam sekian lama.. Akhirnya berjaya ku keluarkan juga..

Alhamdulillah, dengan iziNya suamiku bersedia untuk memberikan ku jalan terus menuntut ilmu dan kejar cita-citaku. Ilmu ini bukan hanya untuk segulung ijazah malah azamku akan mendapatkan bergulung-gulung kalau boleh. Semuanya demi agama demi Islam, untuk suamiku dan anak-anak kami nanti.


Suamiku naik Haji...

Alhamdulillah, selesai sudah urusan ibadahnya di sana. Aku bersyukur ya Allah kerana dijemput suamiku ke sana.. Ke rumahMu. Walaupun perginya tanpa aku bersama namun aku pasti suamiku pasti mendoakan kebaikan untukku. Redhanya kunci SyurgaMU..

Berbaki lagi beberapa hari saja lagi Abang di sana. Harapnya Abang dapat menikmati dan menghayati sirah Baginda sallallahu alihi wasallam dan menjadikannya sumber kekuatan untuk terus bernafas dengan nafas perjuangan. Ketahuilah bahawa isterimu ini akan sentiasa berada disampingmu ketika mana Abang terus memperjuangkan Islam dan berdakwah untuk agamaNYA. 

Selamat pulang Abang...!


# ok lah nak sambung baca kitab balik.. Good luck 4 allz..!



Tuesday, February 28, 2012

Bersukan Bersama Isteri Dan Keluarga

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat.

Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.


Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus, selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dan sorih.

Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ

Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”

(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh Nabi SAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.

Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

سَابَقَنِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَقْتُهُ فَلَبِثْنَا حَتَّى إِذَا رَهِقَنِي اللَّحْمُ سَابَقَنِي فَسَبَقَنِي فَقَالَ هَذِهِ بِتِيكِ

Maksudnya;
“Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba[1].

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi SAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya, pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka. hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.



[1] Musnad Ahmad : 22989.

Sunday, February 26, 2012

وصية أم لابنتها ليلة زفافها

Sharing is caring... Jadi n3 kali ini saya letakkan nasihat yang dipetik dan dikutip buat tatapan dan panduan diri saya juga sahabat-sahabat yang mendamba mardhatillah. Semoga kita akan tergolong bersama-sama golongan yang sedikit dan mendapat " title SOLEHAH ". Insya Allah. Ameen~


أوصت امرأة ابنتها وصية ليلة زفافها

فقالت لها :

أي بنية ! إن المرأة لو استغنت عن الزوج

بسبب غنى أبويها ، وشدة حاجتهما إليهما
لكنت أغنى الناس عن ذلك ، ولكن للرجال
خلقنا كما خلق لنا الرجال .



أي بنية ! إن الوصية لو تركت لفضل أدب ,
أو لتقدم حسب ، لتركت لذلك منك ، ولكانت
أبعد شيء عنك ، ولكنها تذكير للعاقل ، وتنبيه للغافل .



أي بنية ! إنك تركت البيت الذي فيه نشأت ،
والعش الذي فيه درجت ، إلى بيت لم تعرفيه ،
وقرين لم تألفيه . قد أصبح بملكه عليك
اليوم مليكا ، فكوني له أمة ، يكن لك عبدا
وشريكا . واحفظي له مني خصالا عشرا ،
تكن لك ذكرا وذخرا .


أما الأولى والثانية : فهي الرضى بالقناعة ،
والمصاحبة له بحسن السمع له والطاعة .

وأما الثالثة والرابعة : أن تتفقدي موضع
عينيه ، وتتعهدي موضع أنفه ، فلا تقع عينه
منك على قبيح ، ولا يشم منك إلا أطيب ريح .


وأما الخامسة والسادسة : فالتحري لوقت
طعامه ، والهدوء عنه حين منامه ؛ فإن
حرارة الجوع ملهبة ، وتنغيص النوم مغضبة .


وأما السابعة والثامنة : فالحفاظ له على
خصوصيته وماله ، والاهتمام بحشمه
وعياله ؛ فإن الخصلة الأولى من التدبير ،
والثانية من حسن التقدير .


وأما التاسعة والعاشرة : فألا تفشي له سرا ،
ولا تعصي له أمرا ؛ فإنك إن أفشيت سره ،
أوغرت صدره ، وإن عصيت أمره لم تأمني غدره .


ثم اتقي مع ذلك الفرح عنده إن كان ترحا ،
والحزن بين يديه إن كان فرحا ؛ فإن الأولى
من التقصير ، والثانية من التكدير . واعلمي
يا بنية ! أنك أشد ما تكونين له إعظاما ، أشد
ما يكون لك إكراما . وأشد ما تكونين له موافقة ،
أطول ما تكونين له مرافقة

.


Thursday, December 15, 2011

✿•*¨Maysaa ♥ Al Quran¨*•✿


حديث أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه). (صحيح مسلم)

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara : Kecintaan kepada Nabi, kecintaan kepada keluarga Nabi dan Al Quran. Sesungguhnya para pembawa (penghafaz) alQuran itu berada di bawah naungan singgahsana Allah pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naunganNya bersama para Nabi dan manusia-manusia pilihannya."

(Thabrani dan Ibnu Najar)

Monday, May 09, 2011

Berukhuwah Di Mana Sahaja



Akhir-akhir ini saya agak sibuk menguruskan berbagai-bagai urusan peribadi dan seisi rumah. Seisi rumah tu!. Sibuknya seorang aku..! Sebenarnya tidaklah sesibuk YB malah ketua kampong sekali pun.. ketua muslimat, lagi-lagilah jauh… Ada hati tu nak jadi ketua muslimat!!

Bukan isu kesibukan yang melanda yang nak saya ceritakan di sini. Tapi coretan jaringan ukhuwah yang saya temui sepanjang saya di driving school. Pergi driving school pun saya tetap pakai jubah dan tudung labuh saya ni..Bukan tak nak tukar pakai t-shit labuh dgn seluar panjang sahaja ke…tapi sebab dah biasa dengan pemakaian sebegini dan ianya lebih selesa untuk saya bergerak..apa salahnya kan? Lagi pun saya berseluar panjang juga Cuma tidak Nampak sebab jubah labuh yang saya pakai menutupi seluar. .

Apa yang menggembirakan saya bila dapat berkenanalan dengan orang. Saya lebih suka untuk berkenalan dengan muslimah lah. Kerana saya ingin mengenali dan mendekati kaum hawa ini dengan lebih dekat lagi. Ingin tahu sendiri permasalahan dan kehendak mad’uu terutamanya “muslimah”. Sambil-sambil mengumpul dan berkongsi pengalaman masing-masing. Kadang-kadang orang lain lebih jauh hebat dari kita walaupun pada luarannya Nampak macam biasa-biasa sahaja.

Hakikatnya saya gembira dapat berkenalan dengan mereka. Suatu hari saya dapat berkenalan dengan 3 orang kenalan muslimat yang sempat saya berbual agak panjang dengan mereka. Gara-gara menunggu giliran dengan tempoh yang agak lama di pejabat driving school kami dapat berbual macam-macam topic. Kena-kena pula mereka juga peramah…

Salah seorang yang sempat saya berkenalan ialah seorang muslimah dari Sudan yang sedang menuntut di UIA, MA dalam bidang arkitek. Namanya Hanan, ibu kepada 5 orang cahaya mata. Mula-mula saya menyangkakan hanan warganegara Malaysia. Tapi bila saya cakap bahasa melayu dia tak faham. Saya Tanya dia dari mana?. Jawabnya dari Sudan. Bila saya mendengar dari Sudan, apa lagi gembiranya dapat jumpa dengan Arabian..! lama tak cakap arab… bila dapata berbual dengan Hanan semua nostalgia menuntut ilmu di Bumi Syam bermain di ingatan…Rindu Bumi Syam…SYRIA..!

Di akhir perbualan ketika saya bertanya berapa umur hanan, dia tidak menjawab tetapi mahu saya meneka umurnya dulu. Saya cuba meneka yang umurnya 30’an… dia ketawa apabila saya memberikan jawapan. Rupa-rupanya umur dia sudah 49 tahun. Hihi. Salah teka…! Katanya, rahsia nak Nampak muda ni kena amal selalu ambil wudhuk. Dia tidak mengenakan melainkan sedikit celak di mata kerana itu sunnah. Itupun sudah cukup memadai kerana sebaik-baik hiasan diri seorang wanita adalah menjadi “SOLEHAH” jika seorang isteri ia perlu menjadi “ISTERI SOLEHAH” kerana itulah perhiasan dunia yang paling indah..~


Wednesday, April 20, 2011

Mohon kekuatan, Ya Allah..


Di perjalanan penuh ranjau ini
ku melangkah dan terus melangkah
walau kepayahan sering menjelma
hati ini ku serahkan padaMu Allah

sedang mereka menempuh ujian
terkadang lebih berat dariku
apakah layak untuk aku mengeluh?
sedang aku tidak seperti mereka

laungan perjuangan sentiasa menyeru
marilah menuju kejayaan
lalu apalagi duhai jiwa
kita teruskan perjuangan ini

kita genggam bara api
kita teguhkan pendirian
walau susah, walau sendiri
Allah sentiasa bersamaMU


** muslimah mujaddidah~ teruskan perjuangan ini agar fikrah kita dapat disalurkan...jom kita buktikan..bersiap sedia jiwa raga untuk sama-sama bertemu di muktamar nanti...insya Allah.
walau suami tercinta tiada di sisi ketika ini, sebagai isteri yang bercita-cita untuk menjadi yang solehah penyejuk mata hati..akan terus berjuang di sini.


Friday, April 01, 2011

Degupan Jantungmu Pengubat Segala Rasa

Inilah pemberian dan kurniaan Allah yang tidak terhingga buatku dan suami tercinta. Anugerah cahayamata yang kian membesar di dalam rahimku ini. Apa yang kami dambakan semoga Allah sudi pandang kami dan terus mentarbiyah hati-hati kami agar tetap istiqamah di jalannya. Semoga usrah kami menjadi “ usrati jannati” yang di dalamnya tersemat kalam penawar dan penyejuk mata hati. Insya Allah.
















Syukran ya Habiby Albiy~=)

Duhai anakku, tiada yang terindah di dunia ini melainkan ummi dan abi dapat melihat dan menyentuhmu, mengucup dahi dan pipi gebumu nanti. Semoga anakku sihat dan sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat-NYA. Pertama kali mendengarkan degupan jantungmu terus hilang segala rasa yang terpendam di jiwa ummi…

semasa bayiku berusia 2 minggu

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan seorang senior yg berada di Syria melalui ruangan chatting YM. Alhamdulillah senior saya juga sedang menantikan kehadiran cahayamata pertamanya. Rupa-rupanya jangkaan tarikh kelahiran bayi kami dekat-dekat saja. Katanya, “tak seronokla sikit sebab baby lahir masa raya.. tak boleh makan makanan sedap-sedap..”. Jawab saya mudah saja kepadanya, “ takpe akak.. masa tu nanti kita dah x ingat kot makanan-makanan tu semua..tengok baby yang kat depan mata tu lagi sedap dari segalanya..”. Ada dah sifat keibuan ni kan..hehe =)

Apa-apa pun semoga kalian semua berbahagia walau di mana kita berada dan siapa kita asalkan semua yang kita lakukan mengikut garis panduan dan Redha Allah.~

Thursday, December 09, 2010

Indah Lukisan Dengan Warna



"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Moral: Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.


" Kadang-kadang masalah dan ujian yang berlaku bukanlah untuk diselesaikan tapi untuk kita merubah sikap dan tingkahlaku ".

^_^ v


Tuesday, November 09, 2010

Jangan Kecil Hati


kenangan dari gabungan 3 keluarga

Berkali-kali saya memikirkan tentang pesanan seorang ukhti kepada saya satu ketika dahulu. saya perlu berusaha untuk menjadi insan yang berhati besar. beliau siap memberi pendapat dan menceritakan tentang beberapa icon seniorku untuk dijadikan contoh. sekali dengar nampak mudah saja. tapi agak payah untuk dilaksanakan. bukan mudah nak bagi hati ni jadi besar senang-senang macam tu saja. betul tak? agak-agak anda juga nak sokong saya atau saya ni seorang yang berhati kecil?. kalau ia benar jadi saya harapkan bantuan daripada sahabat-sahabat untuk memberikan nasihat dan pendapat agar dapat saya perbaiki kelemahan diri.

Apabila saya fikir-fikirkan terkadang dirasakan diri ini memang punya hati yang kecil. lemahnya seorang hamba yang selalu bercita-cita nak jadi mujahidah!. saya ada terbaca tajuk artikel di dalam sebuah majalah, " benci tapi rindu ". saya bertanya kepada suami, " ada juga ke orang yang benci tapi rindu?". suami menjawab, " ya, ada lah..". Saya biarkan topik soalan itu begitu saja. Baru-baru ini saya terfikir untuk membaca semula artikel tersebut. setelah membaca baru saya faham apa maksudnya...

kita perlu buang sikap negatif dalam diri. perlu sentiasa optimis dalam banyak perkara. sentiasa berfikir untuk memberi bukan hanya menerima. sentiasa memaafkan orang lain kerana kita juga sering melakukan kekhilafan. kerana kemaafan adalah keperluan jiwa dan emosi.

" Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam file di hati sanubari kita. Delete segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita..".

" Jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan ". -petikan dari artikel


saya amat kagum melihat insan-insan yang hampir dan berada dalam hidupku kini. mereka yang berhati besar, jiwa besar, semangat dan jiwa kental... namun, nun jauh di lubuk hati dan perasaan wanita itu siapa tahu?. kalau nak diikutkan hati dan rasa sakit yang ditanggung badan ini sudah tentu lama lagi tarik diri atau bunuh diri dari kehidupan ini. semua kesenangan dan kehidupan yang selesa tidak pernah dikecapi kerana semuanya telah dikorbankan untuk anak-anak dan keluarga tercinta. terkadang terpaksa melawan fitrah menjadi ketua rumahtangga menguruskan segala-galanya. kalau mereka boleh dan mampu untuk tabah begitu mengapa tidak saya?, anda, dan semua yang membaca entry ini.

bukan mudah nak dapat syurga Allah. jalannya penuh onak-duri, ranjau yang kadang-kadang tidak diduga. jadi, moralnya jangan jadi muslimat manja! ( ayat pimpinan muslimat terengganu di ijtimak). walaupun saya masih dalam kategori manja jugalah 20 sen sebab masih banyak bergantung dengan orang. nak kena balik syria semula kot baru jadi lasak balik. =p

mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keampunanNya buat insan-insan yang ku sanjungi kerana pengorbanannya ini... " Allah yujzikumul khair...".

semoga ikatan ukhuwah sebagai suami&isteri setelah kami diijab kabulkan ini berkekalan hingga ke syurga nanti... Insya Allah.

~Baarakallahu lakum wa lana..~

Wednesday, July 28, 2010

Jodohku Dengan Perjuangan


Suasana pagi selepas waktu dhuha pada pagi ini sangat tenang. Sambil-sambil itu saya menjamah beberapa potong kek pisang dan segelas air sirap selasih. Ermm, memang menyelerakan. Macam berada di Malaysia pula bila disebutkan menu tadi. Sedar ataupun tidak tempoh saya di sini semakin singkat. Setiap hari dalam fikiran saya apa yang akan saya bawa pulang ke tanah air nanti?. Apa yang akan saya sampaikan kepada masyarakat nanti?. Sedang mereka menantikan kepulangan kita dengan ilmu. Ilmu yang bakal merubah dan membawa kepada Islam.

Oleh kerana isu keselamatan yang melanda sekarang ini beberapa kelas talaqi khususi bersama anisah terpaksa ditangguh, banyak aktiviti-aktiviti ilmu yang dirancangkan selama ini terbengkalai. Suatu yang amat menyedihkan apabila memikirkan amanah yang harus dilunaskan ini. Akan ku saman kerajaan-kerajaan zalim ini di hadapan mahkamah Allah kelak!!. Sentiasa mahu menyusahkan dan memang mereka sedaya upaya mahu menghapuskan proses melahirkan ulama.

Mungkin jodoh saya dengan bumi Syam ini tidak lama, tetapi kesyukuran yang tidak terhingga buat Rabbul Izzaty kerana telah mendidik jiwa dan hati saya di bumi barakah ini. Di sini saya bertemu dengan hikmah ujian, keberkatan ilmu, kerendahan diri, kekuatan diri untuk terus bangkit dan berjuang walau kepayahan sentiasa menjenguk. Di sini saya diuji dan terus diuji dengan bermacam ujian. Namun siapa lah saya untuk mengeluh?. Berat manakah ujian itu sehingga mahu menyalahkan sesiapa?. Ya Allah, aku hambaMu ini mahu meletakkan sepenuh keyakinan terhadap janji-janjiMU…BANTUILAH AKU..

Agenda pembentukan muslimah juga masih banyak yang perlu dikaji dan memerlukan tenaga serta kerjasama dari semua pihak. Ini sesetengah pihak hanya tahu mengkritik daripada mengkaji. Sedangkan mereka sendiri masih belum jelas dengan isu dan keadaan tersebut. Saya memandang ianya perlu diperbincangkan dengan suasana yang baik dan bertoleransi dalam meletakkan hukum. Kenapa kita boleh bertoleransi dalam satu hal yang melibatkan diri kita tetapi tidak kepada orang lain?. Itu juga perlu dirujuk kembali dan kita diskusikan bersama-sama di medan dan gelanggang yang sebenar.

Ini antara isu yang dicanangkan dan ada juga yang seolah-olah mahu mencabar muslimat agar menjawab dan menyatakan hujah keberadaan muslimat di sini. Isu feqh mar’ah dibangkitkan bahawa siapa yang lebih perlu mendalaminya?. Muslimin atau muslimat?. Bagi saya isu siapa itu bukan isunya, tetapi semua perlu mendalaminya dan menjadi fardhu ain apabila tiada yang faqih dalam ilmu tersebut. Kadang-kadang seronok juga bermain dengan isu ni. Secara tidak langsung menajamkan fikiran dan otak kita akan ligat berfikir mencari hujah bagi menjawab persoalan yang telah ditimbulkan.

Keadaan begini menjadi biasa kerana lumrahlah ada pro dan kontra dalam sesuatu perkara. Kalau semuanya sama sudah tentu kehidupan menjadi static. Hidup ini kalau tak advanture tak best lah kan?. Apa fungsi mazhab kalau tidak kerana ada khilaf di kalangan ulama. Selagi masih ada hujah dan dalil yang kuat maka kita boleh mengambilnya sebagai sumber.

Pahit manis menjadi perantau yang singgah sebentar di bumi Syam ini tidak akan saya lupakan. Semuanya menjadi I’brah berharga buat bekalan untuk terus bernafas dengan nafas tarbiyah walau di mana sahaja saya berada. Mungkin takdir jodohku dengan perjuangan dan kerana perjuangan….

YA ALLAH, YA TUHANKU…KURNIAKANLAH KEPADAKU KEBAHAGIAAN DAN CINTA DARI CINTA PARA PENCINTAMU…~AMEN

Tuesday, June 29, 2010

Dakwah : Antara Hakikat Dan Dramatik

Mengungkap kalimah dakwah memang mudah tapi siapakah yang mampu menyampaikan kebenaran hakiki dan istiqamah mengikut manhaj sunnah nabawiyah?. Para pendakwah ini perlu lebih serius dan menggunakan uslub yang baik dengan mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk ”.

(An-nahl :ayat 125)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri ”.

(surah al-ankabut : ayat 46)


Hikmah atau kebijaksanaan itu ialah menjadikan (meletakkan) sesuatu pada tempatnya, teliti memilih masa, tempat, kata-kata dan cara mengemukakannya, menepati Islam sebagai agama fitrah yang tepat dengan fitrah manusia yang di dakwah.

Bagi mencapai realiti dan hakikat dakwah, para pendakwah memerlukan hujah dan manhaj yang jelas serta mampu menahan dan menolak paluan ombak kekufuran yang deras melanda ummah. Membuat persediaan bagaimana untuk menyampaikan medium dakwah berpandukan syariat Allah. Sumber-sumber yang diperlukan bagi pendakwah adalah :

1. Al-Qur’anul Karim : Penentu kepada dasar dakwah yang dilakukan, menjadi pengawalnya agar tidak terpesong dari tajuk yang sebenar. Jadi rujukan utama pendakwah.

2. Sunnah Rasulullah SAW : Di dalam sirah rasulullah SAW samada di mekah atau di madinah, menghadapi Ahli kitab, pimpinan masyarakat atau badwi yang paling keras itu, semua menjadi contoh praktikal kepada uslub dakwah.

3. Sirah salaf soleh : Para sahabat dan tabi’in yang melihat dari dekat ketika dakwah dimulakan serta pengalaman mereka yang banyak menjadi contoh, dan ilmu mereka yang mendalam memahami ketika hokum Islam itu diwahyukan dan cara penyampaian yang sebenar perlu dikaji sedalam-dalamnya.

4. Pengalaman : Pengalaman juga menjadi guru yang berkesan samada dari kejayaan atau kesilapan dan kegagalan, samada dari kita atau orang lain, sehingga membina kematangan pendakwah dan membentuk keperibadian yang menjadi asas kepada kemampuan memikul amanah dakwah ketika mengharungi perjuangan atau setelah mencapai kemenangan dan ia menjadi proses tarbiyah yang berkesan kepada pendakwah ke arah menanamkan keteguhan iman dan kematangan menterjemahkan uslub dakwah dengan penuh kebijaksanaan.

Dakwah Dan Tribulasinya : Ombak Kuffar Berpalu Deras Terhadap Islam


Di dalam kehidupan pendakwah terdapat banyak halangan dan rintangan yang menggugat nasib pejuang-pejuang Islam. Tetapi persediaan yang baik, dan bimbingan yang betul beserta dengan sikap yang berhati-hati dapat menjaga dan memelihara para amilin dari penyelewengan dan terjerumus ke lembah kehancuran.

Hasil dari konspirasi yang dilakukan oleh kuffar terhadap umat Islam menjadikan sasaran aqidah sebagai sudut pertama untuk melumpuhkan kekuatan Islam dan Umatnya. Islam itu pernah menjadi sasaran mereka, maka pendokongnya juga turut menjadi sasaran yang lebih terdedah dengan melemparkan tuduhan dan fitnah yang bertujuan menghilangkan kepercayaan orang yang didakwah terhadap pendakwah.

Di dalam al-Qur’an juga mendedahkan contoh yang banyak bagaimana tuduhan terhadap pendakwah yang dikemukakan oleh musuh Islam, di antara firman Allah SWT :

“ Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat). Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya Kami nampakmu (Wahai Nuh) berada Dalam kesesatan Yang nyata".

(surah al-A’raf : ayat 59-60)


“ Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, Bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. dan mereka Yang kafir itu berkata: "orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta ”.

(surah Shaad : ayat 4)


“ Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah Engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa Yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap Menguasai (menundukkan) mereka".

(surah al-A’raf : ayat 127)


Proses pembentukan fokus dakwah


Serangan yang bertubi-tubi dan palu-memalu terus mengena kepada umat Islam secara fizikal dan mental. Para pendokong agama Allah ini perlu mengenali bagaimanakah cara dan politik dalam menolak tentangan yang dahsyat ini. Pada hari ini kita bertemu dengan pelbagai bentuk tuduhan yang dilemparkan terhadap Islam dengan menyatakan ianya tidak sesuai, hukum syariatnya tidak munasabah dengan keadaan semasa dan ada pula yang menyatakan keadaan yang ada ini diwarisi sejak turun temurun, parti tidak ada di zaman dahulu dan sebagainya.

Oleh itu pendakwah hendaklah menghadapi dengan uslub yang tidak merugikan dakwah disamping jawapan-jawapan secara lisan dan tulisan maka uslub membentuk jatidiri adalah cara yang paling berkesan bagi membatalkan langkah-langkah musuh. Sebagai pendukung gerakan Islam hendaklah melengkapkan diri dengan sifat-sifat keIslaman yang teguh di antaranya; memahami agama, menjadi tauladan yang baik, sabar, berlemah-lembut, bersikap pemudah bukannya pemayah, merendah diri, beramah mesra dan pemurah.

Akhirnya, secara tuntas walaupun berdakwah itu menjadi kewajipan kepada setiap anggota ummat Islam menurut kemampuan dan kadar masing-masing tetapi ianya mestilah dilaksanakan dengan berorganisasi. Wajibnya ada jamaah, parti atau pertubuhan yang membawa wadah perjuangan menyebarkan Islam dan mendaulatkannya di atas muka bumi kerana kesyumulan Islam dan penyampaiannya secara menyeluruh juga cabaran yang mesti dihadapi memestikan wujudnya jamaah atau parti, bukan sahaja menjadi hakikat yang disedari apabila kerja dakwah itu dilakukan, tetapi itulah juga perintah Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum…”.

(surah al-Ma’idah : ayat 54)


“ Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang ”.
(surah al-Ma’idah : 56)


Sabda Rasulullah SAW : “ التزم جماعة المسلمين وٳمامهم ”

“ Lazimilah jamaah orang Islam dan pemimpin mereka ”.


وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.~
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie