Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Menuju Ruuhul Jaded


Insya Allah saya akan berpindah dari Fathul Mubin ke Ruuhul Jaded hari ini. Fathul Mubin akan ditinggalkan dan mungkin tidak ada lagi Bayt Fathul Mubin selepas ini. Kenangan bersama teman-teman akan tersemat di ingatan. Selamat tinggal Fathul Mubin.. semoga semuanya selamat dan berbahagia di destinasi yang dituju.

Banyak peristiwa dari kisah salafussoleh di bulan zulhijjah ini yang boleh sama-sama diambil iktibar darinya. Bagaimana pengorbanan siti hajar tika ditinggalkan oleh suami di gurun sahara.. tabah sungguh hatinya, keimanannya hanya kepada Allah~. Kerana pemberi rezeki bukan dari manusia, tetapi semuanya datang dari Allah. Kalau mahu berjuang sudah pasti menghadapi susah dan keperitan dalam hidup. Itulah jalan perjuangan sebenar. Hamba, bila mahu berada dijalanNYA pasti diuji bagi melihat sejauh mana benarnya keimanan dan ketaqwaan. Itulah “tarbiyah dari Allah” namanya..

Gambar sekitar perjalanan ketika urusan untuk berpindah…


Wednesday, October 28, 2009

Tunggu, Singgah Kejap!

~Jika Aku Jatuh Hati~

“Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku menyintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh akudalam jurang cinta nafsu...
ya rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah, jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu,jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakanku
pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu”.
Amin..
Doaku..moga kita sama-sama
berjaya di dunia dan akhirat..
berjaya dalam mengharungi
segala dugaan dan cabaran..
yang sememangnya
menguji kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah yang
menemukan cinta yang selama ini telah hilang...
SUMBANGSIH : JUNIOR_BAHTERA

Thursday, September 24, 2009

Sinar Syawal Di Bumi Syam


Salam Aidil Fitri 1430 H.
Maaf Zahir & Batin.

Min: saffa@srar,
Damascus, Syria.


Kini hampir 4 tahun saya menyambut hari raya di perantauan. Kerinduan pada tanah air Malaysia terpaksa ditahan demi perjuangan untuk menuntut ilmu di bumi ini. Kerana inilah cita-cita dan perjalanan perjuangan yang telah dipilih. Kepada Allah diserahkan taqdir agar perjalan hamba berakhir dengan “husnul khatimah”. Amen ya rabb. Alhamdulillah, sambutan raya kali ini meriah juga dengan kehadiran kak Ida dan anak-anaknya yang tinggal sementara bersama kami. Kebetulan saya dan ahli bayt hanya tinggal 3 orang sahaja oleh kerana yang lain telah pulang bercuti / balik Malaysia.


Ramadhan telah berlalu jua. Perasaan sedih, pilu dan sebak mula dirasai apabila saya mendapat berita bahawa raya di Syria jatuh pada hari ahad. Bulan barakah itu akan saya tinggalkan. Kembali kepada fatrah biasa yang penuh dengan dugaan dan ujian. Adakah masih ada peluang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang? Wallahu a’lam.


Pagi syawal saya tidak terlalu sibuk dengan persiapan jamuan raya kerana semuanya telah diselesaikan sebelum malam raya lagi. Pagi itu saya mengikuti jemaah solat raya di Jami’e Khair Wa Yaasin. Antara khutbah menarik dari imamnya ialah saranan daripada beliau agar kita banyak berdoa pada Allah supaya dikurnikan ISTIQAMAH dalam agamaNYA dan terus mentaati ajaran nabiNYA, Muhammad sallallahu alaihi wasallam.


Disamping itu, dalam keseronokan kita beraya keadaan umat Islam yang ditindas, dihina dan dizalimi juga jangan kita lupakan. Contohnya umat Islam di Palestin terutamanya Gaza, di Mindanou, Pattani dan banyak lagi yang raya mereka dihujani dengan serangan bom dan peluru. Teruskanlah sumbangan dan doa yang tidak putus-putus untuk kesejahteraan umat Islam sejagat. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi adalah mustajab. Sedarlah bahawa anti kezaliman itu adalah daripada cabang iman.

Baru-baru ini saya juga berpeluang berkenalan dengan Ummu Azhar (zaujah sheikh Kuraiyim Rajih (qurra’ syam) setelah menziarahi sheikh pada bulan ramadhan. Perkenalan dengan beliau begitu bermakna buat saya kerana bukan mudah untuk mendekati orang-orang hebat macam ni. Banyak pengalaman baru yang saya dapat dari perbualan bersama ummu Azhar. Semoga ikatan ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirat. Amen.

Monday, August 17, 2009

Medium Pembentukan Fikrah

Membaca Medium Pembentukan Fikrah

Semalam merupakan hari terakhir ‘Ma’rad Kutub Ad-Du’ali’ ataupun pesta buku yang diadakan di madinah ma’rad Damascus, Syria. Saya sempat pergi ke sana sebanyak 2 kali bersama achik dan ahlulbayt. Alhamdulillah, dapat juga saya membeli beberapa kitab yang telah disenaraikan sebelum ke sana.


Tetapi kitab yang saya beli kesemuanya kitab mua’sirah bukan turath dan bukan kitab untuk di kuliah. Kerana bagi membeli kitab kuliah lebih sesuai dibeli setelah bermulanya pengajian untuk melihat dahulu kitab yang dipilih oleh pensyarah. Kadang-kadang jika kita membeli sebelum pengajian bermula agak mengecewakan kerana pensyarah belum tentu lagi akan menggunakan kitab yang sama dengan tahun sebelumnya.


Agak kelakar kerana kitab-kitab pilihan saya kali ini banyak juga yang menjurus ahwal mar’ah dan usrah muslimah. Walaupun pada asalnya saya tidak berniat untuk membeli kitab yang membincangkan isu yang sama (kerana saya sudah ada banyak) kitab yang membincangkan mengenai isu tersebut. Pada awalnya saya ingin membeli kitab ‘Mufassal fi ahkamil mar’ah wa baytul muslim fi syari’ah Islamiyah’ karangan Dr. Abdul Karim Zaidan yang mempunyai hampir 10 jilid kalau tidak silap. Tetapi kitab tersebut telah habis dicetak dan cetakannya akan dikeluarkan beberapa bulan selepas ini.


Pada kali ini saya banyak membeli kitab dari pengarang yang bernama Dr. Solah Abdul Fatah Al-Khalidi kerana berminat dengan tulisan beliau setelah saya membaca kutaib beliau yang bertajuk ‘Khittatul barraqah lizin nafsit tauwaqah’ merupakan bacaan motivasi bagi yang mahu melahirkan anjakan padadigma selaku talibul ilmi yang ingin berjaya.



Apa-apa pun saya berpuas hati dengan kitab-kitab pilihan yang telah dibeli itu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat untuk saya meneruskan perjuangan ini. Membaca merupakan salah satu hobi saya dimasa lapang selain daripada menulis. Dengan membaca akan melahirkan percambahan fikrah yang begitu banyak dan bermanfaat.

Ahlan Ya Ramadhan...1430 H

Tuesday, July 28, 2009

Tatkala Yang Indah Bersemi



Jam di tangan saya menunjukkan waktu sekarang tepat pukul 11.00 p.m. Saya dan fizah sedang menuju ke Damascus international airport ditemani oleh mas’ul. Kami ke sana untuk menyambut kedatangan tetamu yang ingin berziarah ke Syria. Mereka adalah tetamu yang datang dari Cairo. Penerbangan dari cairo berlepas lebih kurang pukul 10.30 p.m. kenangan lalu kembali semula di ingatan bagaimana pertama kali saya menjejakkan kaki di sini.


Saya, sarah dan adik lelaki saya menguruskan sendiri penerbangan kami dari Cairo ke Damascus. 18 ogos 2005 adalah tarikh saya mula menjejakkan kaki di bumi Syam ini. Waktu itu hati saya sangat gembira dan berbunga sekali apabila akhirnya dapat juga saya jejakkan kaki ke bumi ini. Tempat yang diidam-idamkan untuk diziarahi dan harapan untuk dapat belajar ke sini sejak dari sekolah rendah lagi. Saya sangat bercita-cita untuk datang ke sini. Alhamdulillah, Allah maqbulkan permintaan saya dengan berkat doa mak dan ayah…terima kasih.


Malam itu kami menaiki bas menuju ke airport dengan tambang yang berharga 45 lera Syria. Ketika dalam perjalanan saya sempat melihat ke luar tingkap bas. Kelihatan lampu-lampu yang berkilauan di luar terutama pemandangan di jabal qasiyun yang sangat cantik dan indah. Bak kata fizah, cantik sangat! Macam lu’lu’ wa marjan!. Udara pada waktu malam yang panas di musim soif ini menyebabkan orang ramai ke luar mengambil udara malam di luar rumah yang lebih nyaman. Kelihatan agak kelakar bila melihat orang arab yang boleh picnic satu family di tepi-tepi jalan raya tanpa menghiraukan apa-apa pun. Bagi mereka ini adalah suatu kebiasaan kerana keadaan di sini tidak sama dengan Malaysia. Janji dorang hepi takpe la…


Hmm, Syria.. apa yang indah di sini? Bagi saya di sini adalah segala-galanya. Penghijrahan yang sangat bermakna dalam hidup saya. Damsyik tetap di hatiku! Jangan jeless..










Friday, June 19, 2009

Katarsis Sebuah Rasa



Souq Hamidiyyah

Petang itu saya, mama Uz, kak Sall dan kak Chik telah bercadang untuk keluar ambil angin petang dan bersiar-siar sekitar Souq Hamidiyah dan Jami’e Umawi. Suasana di sekitar souq yang sesak dengan orang ramai kerana cuti soifi telah bermula. Tidak kurang juga pengunjung yang bersiar-siar bersama keluarga serta pelancong yang datang dari dalam dan luar Syria. Setelah penat berjalan sekitar souq dan melayan kerenah uz (my niece in usraty) mama uz mengajak saya masuk berehat di jami’e sementara menunggu baba uz yang sedang mengikuti pengajian di jami’e. manakala kak Sall dan kak Chik masih mahu meneruskan projek mereka. Orang nak balik Malaysia lah katakan..shoppinglah. apa lagi??

with Uzlifatil Jannah at Jami'e Umawi

Sementara menemani mama Uz di jami’e kerana menunggu baba Uz untuk pulang bersama ke Mujtahid kami sempat juga makan-makan dan berposing. Hehe. Uz memang hepi..ramai kawan baru yang dia dapat berkenalan. Sepanjang perjalanan pun sudah ramai orang arab yang menegur Uz. Nak tahu kenapa? Sebab uz adalah satu-satunya kanak-kanak yang memakai tudung. Ada yang memuji tak habis.. “Subahanallah, masya Allah..”. kata mama arab yang bertemu dengannya. Tak kurang juga ada yang marah. Kata mereka tak baik bagi anak kecil pakai tudung dan macam-macam lagilah. Tapi majority menyukai cara kita yang foreigner sebab kita ajar anak pakai tudung dari kecil lagi.


Di dalam jami’e sedang berlangsung dars umumi bersama sheikh yang kalau tak salah sangkaan saya ini, sheikh tersebut adalah Sheikh Muhammad Abul Huda yang pernah saya ikuti dars beliau di Jami’e Hasan, Abou Remmaneh. Kerana saya tidak dapat melihat wajah sheikh dengan jelas. Saya hanya memerhatikan dars umumi tersebut dari kejauhan sahaja sambil mengambil berkat dan sempat juga saya berdoa di situ. Tapi dars tersebut dapat didengari sekitar kawasan jami’e kerana speaker yang dipasang sekitar jami’e.

Jami’e Umawi

Merupakan masjid terbesar dan tertua di Damascus yang terletak di akhir jalan Souq Hamidiyyah. Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Pernah diserang oleh Mongol sehinggalah ditimpa gempa bumi dan kebakaran pada tahun 1893M. terdapat mozek yang menghiasi di dinding-dinding masjid. Tiada unsur kemanusiaan yang wujud pada dinding-dingding masjid, Cuma corak-corak tanaman dan ladang, Bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran..

Souq Hamidiyyah


Telah berusia 500 tahun dan dimajukan semula pada tahun 1873 di bawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah-sultan ke -34 (Sultan Abdul Hamid II 1876-1909). Panjang Souq Hamidiyyah ialah 1.5 km. di dalam Souq Hamidiyyah juga terdapat Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hamam (ruang mandi) al-Malik az-Zahir.

Uz & Syrian gurlz..

Jami'e Umawi, Damascus, Syria


gatoo..nyum nyum...


Friday, June 12, 2009

Ahlin.. ya soifi! + muktamar yang berlalu..


Selesai sudah ghazwah di medan ilmu bagi sesi ini.. semoga mujahadah saya dan semua penuntut ilmu di bumi syam ini akan memperoleh natijah yang terbaik serta ganjaran di sisiNya. Bila exam sudah tamat menandakan cuti soifi akan bermula.. masa inilah yang paling disukai oleh semua pelajar..CUTI!!! Ada yang sudah menempah tiket untuk pulang ke Malaysia, melancong di Negara sekitar Asia Barat, sekitar syam, boleh dikatakan time ni la orang syok bersiar-siar..


Tapi saya telah berazam untuk mengisi cuti soifi ini dengan amal yang berfaedah. Schedule untuk cuti soifi ini telah saya sediakan sejak sebelum final exam lagi. Setiap pagi saya isikan dengan kelas talaqi dan tasmi’e al-Qur’an bersama Anisah Arab. Sebelah malamnya saya akan mengikuti pengajian di jami’e-jami’e yang berhampiran. Jika ada program yang dianjurkan oleh pihak PPMS saya akan turut serta untuk menjayakan program tersebut. Planning untuk tambahkan thaqafah juga tidak akan saya tinggalkan. Beberapa kitab akan saya cuba khatamkan sepanjang tempoh cuti soifi ini.


Biasanya kalau selesai sahaja exam di mujamma’ fatah ada sahaja anisah-anisah arab akan menjemput semua akhwat Malaysia untuk berehat dan bersantai di mazra’ah. Memang meriah dan menyeronokkan! Mazra’ah yang mempunyai sebuah villa, kebun-kebun buah yang sedang masak ranum, Siap ada swimming pool lagi.. Cuma agak rugi la sedikit..sebab saya tak pandai berenang..he2. saya ingat lagi tahun lepas semasa pergi ke mazra’ah bersama anisah qur’an yang tasmi’e bacaan saya. Anisah berulang-ulang kali untuk mengajak saya turun sama ke dalam masbah.. “ ta’ali ya Nur...la tuhibbina an tasbahin?? Am takhafin??” hu2…anisah tahu juga yang saya tak pandai berenang..


Malaysia mesti masih panas lagi dengan suasana muktamar PAS Pusat yang berlangsung di Selangor baru-baru ini. Saya hanya menyaksikan perjalanan muktamar melalui berita dan video di internet. Namun saya sentiasa berdoa agar muktamar yang berlangsung itu berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan pertolongan dan bantuan pagi pejuang agamaNYA. Kepada semua pejuang agama Allah di seluruh dunia, Teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir! Allahu Akbar!!!




di Mazra'ah arab


pokok peach & lemon



maisa' & nabhan kat villa anisah..


Aisya Sofea... me & hammudey!


cute x baby ni?? kat jami'e Zainal Abidin, Mujtahid


- Bersama Kepimpinan Ulama -



saff kepimpinan DMPP..
saya akan pastikan suatu hari nanti saya mampu berada di saff ini!

* Insya Allah *

Saturday, March 21, 2009

Al-kisah...Student di Syria


Kisah ini naqal dari housemate saya yang kelakar n kering orangnya. Huhu. Orangnya Nampak pendiam, tapi bila bersembang suka buat kelakar n x kering gusi! Itulah, setiap orang kan ada kelebihan n kekurangannya. Inilah keadilan ciptaan Allah kepada manusia. So, al kisahnya begini…

Solahiyah, makcik hamidiyah dan makcik sarijeyah…

Suatu petang solahiyah ni keluar berjalan-jalan bersama sahabatnya ambil angin petanglah katakan. Lalu bertemu dengan dua orang makcik arab di pertengahan perjalanan. Mereka ni beramah mesrala dengan kedua-dua makcik itu. Makcik sorang ni bertanyakan nama kedua-dua sahabat saya ni…mereka pun memberitahu nama masing-masing. Biasanya orang arab akan pelik bila dengar nama orang Malaysia. Mana tidaknya nama orang Malaysia ni macam-macam dan panjang-panjang. Kalau nama arab tu pendek je. Rama, rima, rumu? Eh takdelah, rama dan rima je..lepas tu kalau nama lain pula hana’, wafa’, asma’, kiranya nama-nama yang pendek dan mudah untuk dipanggil. Bila makcik ni tau yang nama sahabat saya ni solahiyah, dia dan kawannya pandang sesama sendiri. Lalu sahabat saya ni bertanyakan nama makcik tu.. dengan selamba makcik menjawab namanya hamidiyah dan kawannya sarijeyah..wahaha. Nampak sangat makcik-makcik tu buat lawak. Setakat ni mana ada lagi orang arab yang saya jumpa nama macam tu..

Solahiyah: biasanya nama bagi pangkal kepada nama jalan/ nama tempat
Hamidiyah: nama “suq hamidiyah” merupakan tempat membeli belah terkenal di Damascus.
Sarijeyah : nama “ suq sarejeh” pasar yang berhampiran dengan rumah kami.;-)

Syai-thani! Syaithan??;-p

Saya telah bertanyakan kepada kawan saya mengenai trip mereka baru-baru ini ke halab (Aleppo) kerana saya tidak turut serta dalam trip tersebut. Sambil saya melihat gambar-gambar sepanjang trip itu. Memang best. Macam rugi pula tak pergi. Saya demam masa tu jadi tak boleh nak ke mana-mana. So, kawan saya ni pun ceritalah tentang kisah syai-than! Huhu. Saya ni agak terkejutlah kerana tiba-tiba nak cerita kisah syaitan. Sebelum itu dia bercerita tentang mat’am (restoran) yang bagi dorang syai free (air teh). Katanya driver coster yang mereka naiki pun selalu singgah ke mat’am tersebut untuk minum syai free tersebut. Berkali-kali jugakla mereka turun ke mat’am tu. Kawan saya pun cakap kepada saya, “kami pun apa lagi, nak syai-than la jugak!”. Saya ingatkan apa yang syai-than-syai-than ni?. Rupa-rupanya dia nak buat lawak!perghh. syai-than tu…syai-thani! Itu yang mereka berulang-ulang cakap kepada tuan mat’am..disebabkan kerana air teh itu free mereka suka-sukalah nak minta lagi…huhu. Nakal-nakal dorang ni. Lagipun masa tu musim sejuk, dapat air teh panas free plak ape lagi…
Syai -thani! : nak air teh lagi!


Jadual kita jadual orang!

“ esok awak ada kerja apa-apa tak?” Tanya saya kepadanya.
“setakat ni takda apa-apa, tapi tak tau la jugak…kita ni kalau buat schedule pun last-last orang jugak yang tolong susun kat kita. Pastu satu pun schedule kita tak boleh buat!” balas solah.
“huhu. Besalah adat duduk dengan orangkan..kena sabarla sikit..” balas saya selamba.
Memang kalau saya bersembang dengan dia tentang schedule hari minggu itulah jawapannya. Kesian pulak. Katanya bila dia susun schedule je, datang sorang bagitau ada meeting, datang lagi sorang cakap ada diskusi, datang lagi sorang cakap ada kerja lajnah..BAKAN..lagi apa lagi entahla..macam-macam. Lastly, katanya semua sechedule sendiri tak sempat buat. Mujurlah dia ni bukan jenis yang memberontak. Kalau tak habisla “orang-orang” yang mengacau schedule dia. Huhu. Lastly, jadual kita jadi jadual orang…( saja je selit kisah ni..takde kena mengena dengan fikrah..Cuma suka-suka je..yang penting masing-masing sudah faham)


"yesterday is a history, tomorrow is a mystery, and today..is a gift!"- turtle sifuu

Thursday, January 29, 2009

Da Cute, I Mizz So Much!


Akhirnya, dapat juga saya menatap pix my cute babies...hehe..windu2. Comel jugak dorg pakai baju syria tu..tengok la sape yg pilih..acik la..sape lagi??..thanks k.Tie coz mailkan pic bebudak ni..Memang so sick skrg ni..SICK3!..sok sek sok sek..Dah besar pun dorg..Nanti acik balik Malaysia mesti dah tak kenal dah..Ling..Ling..Long!



>>>>>>>>>>>> HEPI BUFDAY 4 MUHAMMAD NABHAN COMOT!

Thursday, December 18, 2008

Tadabur Alam..

SUATU PETANG DI JAMI’E UMAWI


Selepas selesai membeli beberapa kitab dan kutaib di Halabuni saya terus menuju ke Suq Hamidiyah. Bukan mahu membeli-belah di sana. Tetapi saya mahu pergi ke Jami’e Umawi untuk menziarahi Baytullah juga maqam- maqam. Saya telah membuat keputusan untuk solat maghrib berjemaah di situ. Jam di dinding Jami’e menunjukkan pukul 4.25 petang. Beberapa minit sahaja lagi akan masuk waktu maghrib. Adik Amira yang bersama menemaniku dari tadi sedia untuk bersama-sama berjemaah di Jami’e. Setelah selesai menziarahi maqam-maqam di situ saya terus masuk ke Jami’e lalu mengambil tempat duduk di saff muslimat. Di sebelah saya dua orang wanita Syria sedang membaca al-qur’an. Saya hanya memberikan senyuman buat mereka kerana tidak mahu mengganggu pembacaan mereka.












Saya tundukkan wajah sambil cuba membayangkan bagaimanakah tempat ini ketika zaman Khilafah Umawiyah suatu ketika dahulu. Bagaimana umatnya yang bertamadun serta hidup dalam keadaan aman di bawah Daulah Islamiyah. Bagaimana budaya ilmu yang sangat menakjubkan dengan para ulamaknya yang masyhur. Tentu sekali masyarakat pada waktu itu aman di bawah pemerintahan Islam. Saya rasa teruja dengan kekuatan umat terdahulu. Bagaimana mereka boleh mentaati Allah sepenuhnya tanpa ragu-ragu. Saya, juga generasi umat Islam sekarang di tahap manakah keimanan kita kepadaNYA.

~ Perjalanan Masih Jauh.


REHAT MINDA DI JISR RA’IS


















Petang itu saya sudah berjanji bersama beberapa orang sahabat untuk menziarahi rumah sahabat kami di Abou Nour. Rumahnya terlatak di atas bukit berhampiran dengan Jami’e Buthi. Nama Jami’e ini bersempena nama pengasasnya iaitu Sheikh Buthi. Kami telah memilih untuk menaiki servis menuju ke Jisr Ra’is kemudian mengambil servis kedua di situ. Ketika menunggu servis sampai, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar. Pemandangan pada waktu malam dengan simbahan lampu neon yang mengasyikkan. Tiba-tiba rasa rindu untuk pergi ke Jabal Qasiyun. Di sana kita dapat melihat pemandangan kota Damascus yang indah pada waktu malam. Itulah ciptaan Allah yang tiada tandingan. Servis sudah sampai. Saya pergi dahulu!

~ Allahumma Barik Lana Fi Syamina, Wa Fi Yamanina.

Monday, August 18, 2008

Pucuk Anggur di Ribaan

Polisi 2 B : Bijak berfikir, Berani bertindak!

Polisi 2 S : Senyum Sokmo!

Bekerja untuk Islam. Bila kita fikirkan begitu, insya Allah segala kerja buat kita mendapat keredhaan dari NYA. Saya sudah pulang semula ke Syam. Kalau tidak ada kerja lain yang perlu dibereskan di sini, sudah pasti saya masih lagi di sana. Tapi kalau duduk sana lg, bukannye ade org dah! Huhu ;-p..poyo je!


Photobucket

Seperti N3 saya sblm ni, PCDII- Alhamdulillah, saya jumpa lg hikmah yang tercicir di sana. Walaupun saya bukan peserta program, tapi saya rasa seperti saya diprogram sekali lagi. Saya rasa sangat bersyukur! Sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta. Sehingga saya sendiri cemburu melihat apa yang mereka dapat! Setiap slot jadi muhasabah buat diri saya yang seringkali lalai ini. Sedang masyarakat menanti kita. Sedang medan jihad menanti srikandi yang tabah dan berani. Di mana aku ketika ini?


Kembali kepada diri. Adakah saya sudah bersedia? Apa bekal yang saya ada? Apa senjata yang akan saya bawa? Banyak lagi yang belum saya bereskan di sini. “ Ya Allah, buka kan lah jalan keredhaanMu buat kami”- amin.

Photobucket

Saya suka tengok pohon anggur tu. Jadi pic pucuk anggur ni saya jadikan title N3 saya. Hehe. Cuba anda fikir-fikirkan. Apa pengajaran dari sepucuk anggur? Ade tak? Kalau x de, bagitau saya ya! Haha. K, selamat menikmati pic anggur yang sedang masak ranum yang telah abis di telan oleh ktorg semua kt sane!- ittekimass!
Photobucket
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie