Sunday, May 24, 2009

Hakaza Takuun Al Ummahaat { II }


﴿ وَمَنْ أحسَنُ قولاً مِمَّنْ دَعآ الى الله وعَمِلَ صالِحاََ وقال انَّنِى مِنَ المُسْلِمِيْنَ

سورة فصلت أية ۳۳


“ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : “sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.
(Surah Fussilat : 33)

Semalam saya sempat bermuzakarah ringkas bersama ahli bayt selepas kami sama-sama menunaikan solat isya’ berjemaah. Saya rasa tertarik dengan kisah sahabat radiallahu anhum dari tulisan seorang pautan blogger :

(http://www.fahinsproperty.blogspot.com/2009/05/al-waqieyyah-al-mithaliyyah-antara.html)

lalu saya menceritakan kisah pendek pengorbanan para zaujaat(sahabiyah) itu kepada mereka. Sehingga ada yang menyatakan bahawa tidak sanggup untuk mendengar kisah tersebut. Perasaan sedih dan pilu sebagai seorang muslimah yang mempunyai naluri dan hati nurani wanita yang begitu mendalam dapat merasakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabiyat tersebut.

Manusia mana yang tidak sayangkan orang yang dicintainya? Ibu mana yg tidak sayangkan anak, Isteri mana yang tidak sayangkan suami, sehingga sanggup melepaskan orang yang disayangi dan dicintai demi sebuah balasan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan maknawi ini?

Sudah tentu ianya memeritkan dan menghiris jiwa raga. Namun jika dilihat pada hakikatnya, itulah pengorbanan yang besar kerana memperjuangkan segenap kehidupan hanya dengan matlamat yang satu iaitu meraih redha Allah.

Al waqi'eyyah wal mithaliyyah yang telah diterangkan oleh penulis dan telah saya olahkan semula dengan membawa maksud seperti berikut :

Al waqi'eyyah(Realiti) : Menjalani kehidupan di dunia mengikuti ketetapan Allah tanpa menyempitkannya dengan mengetahui matlamat sebenar kehidupan adalah menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Al Mithaliyyah(Contoh Tauladan) : Mengamalkan Islam(Amal Islami) mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai tauladan kepada semua.

kedua-dua aspek tersebut merangkumi kesyumulan Islam dan ianya mempunyai perbahasan yg panjang. Ianya juga merupakan aksesori-aksesori khusus yang ada di dalam agama Islam sepertimana yg telah dibahaskan oleh Dr Abd karim zaidan di dalam kitabnya: Usul Dakwah.

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas panjang mengenai perbahasan tersebut kerana kefahaman saya mengenainya yang masih belum membumi ini.

Namun saya suka mengulas mengenai bagaimana Al Mithaliyah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dari kisah tersebut. Pandangan saya ini lebih menjurus kepada ”ahwal muslimat” khususnya dan semua peringkat secara umum. Mengulas mengenai pengorbanan besar muslimat(sahabiyaat) di zaman dahulu mencerminkan bagaimana nilaian ketaqwaan yang ada pada diri mereka kepada Allah s.w.t sehingga mampu meletakkan segala ketentuan di dalam kehidupan ini di bawah ketetapan Allah.

Oleh yang demikian wajarlah kita menjalankan segala tuntutan kehidupan di dunia ini tanpa meninggalkan hakikat kewujudan sebenar kita. Saya amat bersetuju mengenai idealisme dari penulis bahawa, dua entiti (dunia dan akhirat) tersebut dijalin dan disistemkan dalam satu ikatan yang satu untuk membentuk jatidiri Insan muslim yang sempurna.

Itulah nilaian sebenar kesempurnaan di dalam Islam. Berbalik kepada tajuk n3 ini iautu “Hakaza Takuun al Ummahaat”- ciri ibu mithali, telah dijelaskan melalui pandangan ringkas juga artikel link blogger yang telah saya paparkan di atas. Kita sering mendengar bahawa wanita ataupun muslimat merupakan sayap kiri perjuangan. Tapi adakah cukup sekadar kewujudan sayap kiri bagi menampung kekosongan pada sayap kanan untuk menghilangkan kecacatan dari zahirnya sahaja tanpa menilai dari aspek-aspek yang membawa ke arah kesyumulan?. Mari kita koreksi bersama apakah yang dimaksudkan dengan sayap kiri tersebut?. Pada hakikatnya sayap kiri tersebut bukan sekadar perhiasan tetapi ianya adalah keperluan bagi mengimbangi perjalanan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini. Begitu juga jika sebaliknya. Jika salah satu sayap tersebut tidak benar-benar ampuh maka akan terkandaslah di pertengahan perjalanan.

Begitulah hakikat kehidupan selaku hamba Allah yang dituntut di dalam Islam bagi membuktikan kecintaan kita kepada Agama dengan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab bersungguh-sungguh. Mujahadah dalam beramal tanpa mengeluh walau sedikit juga terus bersabar atas apa jua ujian di dunia ini. Keyakinan dan keimanan yang dipupuk bukan untuk diri sendiri namun merasa tanggungjawab untuk disampaikan kepada semua. Teruskanlah perjuangan bagi menyeru manusia kepada Islam sehingga seluruh alam dapat merasakan keamanan dan keindahan apabila berada di bawah naungan kebesaran Islam.

** fikrah pertama dari ayat alqur’an tersebut dipetik dari kutaib yang bertajuk: “Al Mar ah Ad Da’iyah”- Dr. Muhammad Musa As Syarif(www.altareekh.com). Kutaib hadiah dari seorang sahabat yang begitu berharga buat saya. “Nas alullah an yaj’alana minallazina yastamiuu’nal qaula wa yattabi’uuna ahsanah”.**

Monday, May 18, 2009

Hakaza Takuun Al Ummahaat

Alhamdulillah, kesyukuran dirafa’kan buat RABBUL JALIL atas segala pemberian nikmatNya. Pada N3 kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang telah selesai dibaca baru-baru ini.


“Bidadari Dari Timur”

Memoir kehidupan isteri seorang Tok Guru yang begitu mengujakan. Sesuai untuk bacaan semua golongan kerana di dalamnya juga menceritakan bagaimana peribadi Tok Guru bersama keluarga, masyarakat dan perjuangan. Membacanya dapat meniupkan semangat… perajurit dan serikandi ISLAM!



“ KESENANGAN adalah apabila berada dalam IMAN, PENYEJUK HATI tersimpan dalam SOLAT, KESELAMATAN KALBU ialah REDHA, KECANTIKAN WAJAH muncul apabila TERSENYUM, KETENANGAN dengan banyak BERZIKIR”.
“ Sentiasa bersedia demi SEBUAH PERJUANGAN yang dituntut oleh ALLAH”.
“Nyalir cinta antara dua hati..” “ Perjuangan tanpa noktah..”.
-Pondok Cinta Kami -
“ Pandanglah hidup dengan kacamata CINTA dan OPTIMIS”.
“… dan semoga berdirinya aku di belakang dia akan terus mampu menjadi nyalir nyali yang terus membuatkannya tega merandai segala cabaran dalam perjuangan ini.
“ TERSENYUMLAH, cukuplah kepahitan itu di atas langit”.
– Bidadari Dari Timur –





Muslimah Pemangkin Ummah
(sedikit perkongsian ilmu sempena hari ibu)



Zainab Al-Ghazali pernah menyatakan IMAN adalah KUASA PEMBINA , membangkitkan KEHIDUPAN yang membawa seseorang dari ALAM MANUSIA kepada ALAM TANGGUNGJAWAB YANG BESAR.- Nahwa Ba’si Jadid -


Mempunyai sifat KESABARAN dan KETAHANAN dalam menghadapi ujian dan rintangan. Sifat ini banyak membantu individu ke arah pembinaan peribadi yang baik juga melahirkan insan mulia dan tahan lasak.



SESEORANG MUSLIMAH yang MANTAP AKHLAKNYA mempunyai SIFAT IKHLAS YANG BAIK. Keikhlasan dalam setiap kelakuan KERANA ALLAH SWT adalah KEMUNCAK KEJAYAAN INSAN. Sifat ini amat perlu dalam mujahadah menentang hasutan dan was-was syaitan serta hawa nafsu amarah. Sekiranya terjadi sedemikian, ianya dikira sebagai perbuatan yang benar-benar suci dan ikhlas kerana Allah swt. - Abdullah Nasih Ulwan “Sifatud-Dai’yah an-Nafsiah”-



JIWA YANG SENTIASA BERTAUBAT juga melahirkan peribadi yang murni dan tinggi di sisi Allah swt. Al-Ustaz Said Hawa menyebut bahawa manusia sering melakukan kesalahan yang tidak ma’sum melainkan para anbiya’, mereka dituntut supaya BERTAUBAT DI ATAS SEGALA MAKSIAT SEKALIPUN BERULANG KESALAHAN ITU.- Said Hawa – “Jundullah Thaqafah Wal Akhlak” –



SETIAP MUSLIMAH MESTI BERILTIZAM DENGAN SIFAT KEBENARAN yang merupakan asas utama dalam taqwim SAKHSIAH INSANIAH. Perbuatan yang dilakukan atas jalan kebenaran adalah bertepatan dengan Allah swt, Firmannya yang bermaksud:




“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar”.
Surah at-Taubah ayat :119



** langkah ini tidak akan berpatah semula..nekad,..fahamilah, maafkanlah..**

Tuesday, May 12, 2009

Allahu Akbar! Alhamdulillah, ALLAH~


Assalamualaikum w.b.r,

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، بلّغ الرسالة وأدى الأمانة..ونصح الأمة..وجاهد في الله حق جهاده، ونحن على ذلك من الشاهدين.


وبعد : فاِن هذا النصر هو من الله رب العباد و نجب علينا أن نعود الشكر كله لله...إن دعاة اسلام، وهم يكابدون ويجاهدون علاء كلمة الله، لرفع راية الحق، قامة دولة القرآن ..يجب أن يدركوا حقيقة أساسية أشار إليها إمام من أئمة الهدى في هذا العصر ألا وهي قوله :


( أيها اخوان : أقيموا دولة القرآن في قلوبكم تقم على أرضكم ).


و أخيراً .. فاِننا نسأل الله تعالى أن يرزقنا العمل، واخلاص في العمل، والثبات على العمل :


“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahaadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah Al-Taubah: Ayat 105)


Saturday, May 09, 2009

Tautan Ukhuwah, Tahniah Sahabatku!

3 Thanawi Bukhari 04 saat akhir bersama almarhumah ukh siti hajar izham-alfatihah

Baru-baru ini saya mendapat mesej di YM yang ditinggalkan oleh kak fiza (he2) dari mesir. Address blogger sahabat ustaznya(http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/laskar-pelangi-mengimbau-kenangan.html). Kak fiza menyuruh saya membaca N3 yang bertajuk “Laskar Pelangi”. Bersungguh benar dia menyuruh saya membaca N3 tersebut. Oleh kerana saya agak sibuk dengan study dan masa yang sudah nazak ini, saya tangguhkan dahulu untuk melihat apa yang ada pada “Laskar Pelangi” tersebut. Tetapi bila saya online di YM, kak fiza bertanya lagi adakah saya sudah membacanya. Bila saya lihat kak fiza exited menyuruh saya membacanya, saya terus membuka blog tersebut.


Setelah membaca N3 tersebut baru saya tahu kenapa kak fiza bersungguh menyuruh saya membacanya. Penulis blog menceritakan mengenai pengalamannya mengajar di SMIDU sebagai guru sementara di sana. Idealism yang di sebutkan oleh penulis sangat bagus dan saya juga berharap agar pelajar-pelajar lepasan MUASSASAH terutamanya SRIDU,SMIDU atau KIDU dan juga pelajar-pelajar agama yang lain dapat mengambil istifadah dari apa yang telah disampaikan. Bagi saya kita sewajarnya membangunkan sekolah-sekolah agama rakyat yang kian ditindas ini. Terutamanya sekolah yang ditubuhkan oleh jemaah hasil titik peluh para pejuang yang ikhlas di jalan Allah. Tertegaknya sekolah agama rakyat adalah hasil kesedaran para ulama dan masyarakat yang sedar tentang Islam juga mahukan Tarbiah Islamiyah yang syumul bagi mendidik anak bangsa.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai N3 tersebut di sini. Saya yakin sekiranya yang membaca N3 saya adalah di kalangan pelajar-pelajar agama mereka sudah pasti tahu apa yang harus dilakukan bagi menyelamatkan keadaan itu. “Tepuk Dada Tanyalah Iman!”. Semalam saya teleh dikejutkan dengan pertemuan yang tidak diduga bersama sahabat yang sekian lama tidak ketemu. Walaupun pertemuan kami hanya di alam maya, tetapi bagi saya ia adalah satu kurniaan Allah. Sumaiyah akhirnya telah Berjaya menjejaki saya melalui blog ini. Gembira dan berbunga di hati ini. Kami berbual tidak lama melalui YM. Rupa-rupanya sumaiyah telah tamat pengajiannya di peringkat diploma Lughah Arabiyah di UDM dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Katanya dia akan melanjutkan pengajian di salah sebuah Negara di asia barat( nak tau tanya dia sendiri..he2). Tetapi apa yang membanggakan saya kerana esok dia akan menjadi ustazah. Ustazah Sumaiyah!(fighting!) Sumaiyah insya Allah esok akan mula mengajar di SMIDU sebagai guru sementara di sana. Dia bertugas di sana sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya akhir tahun ini.
Tahniah Sahabatku, Ustazah Sumaiyah!

Enti, adalah perintis bagi perjuangan ini daripada ramai-ramai lepasan SMIDU dari batch kita yang telah keluar ke destinasi masing-masing, entilah yang Berjaya sampai ke sana. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh enti dapat membuka luas mata-mata yang masih tertutup. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu sahabat..walau kita terpisah jauh, namun kita punya ikatan ukhuwah yang tidak akan terputus dan asalnya kita dari tarbiyah yang satu…~ALLAH~

Monday, April 27, 2009

Segera Menongkah Arus.

Hajat di hati saya memang mahu meninggalkan “alam blogger” ini buat beberapa tempoh. Namun, jari ini terasa gatal sahaja untuk terus menaip dek kerana idea yang datang ini tidak boleh disekat-sekat. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai boleh makan kan? Dalam sibuk-sibuk membaca untuk “final exam” ini saya sempat lagi memilih satu buku untuk dijadikan bahan bacaan bagi mengisi masa rehat setelah penat mentelaah kitab. Buku hasil tulisan Said Nursi iaitu “Panduan Para Pemuda” yang telah diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Beliau menceritakan mengenai pelbagi masalah pemuda-pemudi Islam dan penyelesaiannya. Sebenarnya segala permasalahan dan kerosakan di dunia ini terjadi adalah disebabkan aqidah umat Islam yang sudah rosak. Tidak akan berlaku kerosakan apabila seseorang itu beriman kepada Allah.

IMAN.
Kita mudah sahaja mengungkap perkataan IMAN di bibir namun untuk menunaikannya belum tentu lagi. Saya lebih suka menyentuh tentang pemuda-pemudi sekarang kerana mereka yang akan mencorak dunia akan datang untuk mewarnakannya dengan warna IMAN atau KUFUR. Kerana saya juga salah seorang yang tergolong dalam golongan pemudi. Zaman muda ini adalah zaman yang penuh dengan fitnah. Tetapi inilah juga zaman yang paling manis untuk beribadah. Mengapa mesti ada sangsi dalam beragama dan pada janji Allah? Cuba kita lihat pemuda-pemudi sekarang. Masya Allah! Tidak kasihankah kepada mereka? Tidak kira lelaki dan perempuan semuanya tenggelam dengan kefana’an dunia. Itu tidak termasuk yang songsang gender dan banyak lagi yang songsang dalam dunia ini. Tersesat jalan di jalan raya boleh bertanya dengan orang, tetapi sesat dari jalan Allah sendiri mau ingatla!

LEMAH.
Mengapa pemuda Islam sekarang sangat lemah? Terlalu lemah sehingga mereka tiada pergantungan. Sanggup berjalan membontoti nafsu yang tidak pernah puas. Ditiup ke kanan melayang, ke kiri terterap!suka melayan perasaan yang sedikit pun tidak memberikan faedah kepada diri. Sepatutnya umat Islam adalah umat yang paling berkualiti dan berprinsip. Kita biasa mendengar bahawa pemuda adalah harapan bangsa, mencorak masa depan dan etc… Ke mana hilangnya keizzahan umat Islam yang pernah kita agungkan suatu ketika dahulu?

KEMBALI.
Mengapa kita tidak kembali kepada asal? Berjalan di jalan yang lurus tanpa menyimpang ke jalan yang curam dan merbahaya. Bukankah itu namanya menempah maut? Manusia ini apabila ada di depan mata dia selalu abaikan benda itu. Dia akan teringat atau berduka bila ia sudah tiada lagi. Jangan tunggu sampai kita sudah tua baru hendak menyesal akan zaman muda yang kita khianati dahulu. Sepatutnya zaman muda dipenuhkan dengan beribadah sepuas-puasnya. Mengambil dunia bukan dengan meletakkannya di hati. Tetapi mengambil dunia mengikut kadar yang sesuai dan menjadikan ia sebagai ladang tempat kita menanam segala jenis tanaman untuk diambil hasilnya di akhirat kelak. Tanda keimanan seseorang apabila ia melihat dunia dengan maknawi dan akhirat adalah yang hakiki. Mungkin ada yang merasakan ianya terlalu tinggi. Itulah pandangan sebenar yang perlu kita pupuk bagi menghakis sedikit demi sedikit dunia yang kian bersarang di hati.

PIL PENENANG JIWA.
Seseorang yang jiwanya kosong pasti sentiasa ingin mencari “sesuatu” untuk di isi bagi menghadapi “tsunami ganas” yang melanda perasaan. Jadi tidak mustahil ramai yang tersalah isi. Kenderaan yang sepatutnya diisi dengan minyak tetapi telah ditukar dengan air tentulah akan rosak. Begitu juga jiwa dan hati kita. Kita perlu ada benteng yang kukuh bisa melindungi diri dari segala kerosakan. Di sini saya sertakan beberapa idealisme untuk panduan bersama:

- Menyayangi masa muda anda dengan menjaganya mengikut panduan agama.
- Memupuk kekentalan IMAN dan berprinsip dalam beragama.
- Menyibukkan diri dengan perkara berfaedah antaranya; beriltizam dengan Jemaah Islam yang syumul, mengikuti siri usrah dan tarbiah, menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat.
- Belajar dan mendalami ilmu agama sebagai asas kehidupan.
- IKHLAS dan SABAR dalam melakukan segala amalan kerana Allah.
- Mencari murabbi, sahabat yang baik, mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah.
- Yakin dan beriman bahawa dunia hanya tempat persinggahan, akhirat yang kekal abadi.

Ummah sekarang menantikan sinar kebenaran itu kembali menyinari dunia yang kegelapan ini. Kita harus bingkas bangun mengatur langkah bagi menongkah arus deras yang sedang melanda ini. Kita bina kembali ruh Serikandi Mujaddidah Islam bagi menyeru manusia kepada Islam.
“ Di Mana Ku Temui Cinta-NYA, Di Situ Hatiku KIBLATkan!” – bleach/“new spirit”-

Tuesday, April 07, 2009

Jejak Perantau...




“.. Sebarkanlah ucapan salam di antara kamu.”- Riwayat Muslim.


As salam adalah pembukaan kepada kasih sesama mukmin dan ianya dicernakan daripada iman. Ia merupakan kunci kasih sayang sesama mukmin. Apabila kita menyebarkan salam maka akan timbullah kasih sayang antara kita. Dengan ucapan salam boleh menzahirkan bagaimana Islam mengajar umatnya supaya saling berhubung antara satu sama lain dengan adab kesopanan. Hukum memberi salam adalah sunat namun menjawabnya adalah fardhu. Cara memberi salam yang disyariatkan adalah dengan lafaz: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ucapan salam bukan satu adat tetapi ianya sunnah Rasulullahi sallallahu alaihi wasallam. Setiap ucapan salam itu adalah doa bagi saudaranya yang lain. Maka berusahalah menghidupkan sunnah dan menyebarkan kebaikan kepada semua. Perlu diingatkan juga di antara tanda kasih buat saudara kita adalah dengan membawanya kepada kebaikan walaupun di sana kita terpaksa berterus terang untuk menegah kejahatan yang dilakukannya. ~ salam imtihan…



“..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..”- Surah Az-Zumar :53


Sesungguhnya rahmat Allah itu bagi hambanya sangat luas. Berusahalah untuk menjadi hambanya yang soleh dan sentiasalah memohon keampunan daripadaNya. Tiada sebaik-baik tempat kembali bagi seorang hamba melainkan kepada Allah. ~ salam imtihan.


Blog ini akan ditinggalkan buat beberapa tempoh…saya akan menghadapi exam tidak lama lagi. Doakan kejayaan buat saya demi Islam! semoga n3 ini akan memberi manfaat kepada semua. Saya hanya mencoretkan, namun DIA yang memberikan ilham kepada saya untuk disampaikan kepada semua. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunanNYA-amen.
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie