Assalamualikum,
Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk memberikan sumbangan artikel bolehlah menyerahkan kepada wakil-wakil kami seperti yang tertera di bawah ini ;
Sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan ini akidah adalah asas kepada keimanan seseorang muslim. Aqidah Islamiah merupakan hakikat fitrah bagi menjalani kehidupan muslim yang sempurna. Persoalan iman dan akidah adalah penyelesai utama bagi segala masalah ummah zaman berzaman kerana ianya adalah asas kepada keperibadian muslim. Namun apa yang berlaku akhir zaman ini ramai yang telah terpesong dan menyesatkan masyarakat dari landasan yang hak.
Scenario negative dengan kebejatan jenayah yang begitu meruncing sekarang ini teruk melanda masyarakat di
Wajarkah apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi baru terfikir untuk mengambil cakna dengan segala yang berlaku?. Padahal sebelum ini mereka sendiri yang membuka dan memberikan ruang dan peluang ke arah jalan kerosakan itu. Kempen GBJ iaitu “Generasi Bebas Jenayah”, adakah ianya merupakan satu alternative yang berkesan untuk mengatasi kes-kes jenayah dan masalah social negative masyarakat kita di Malaysia? Saya tertarik untuk memberikan sedikit komentar daripada senario yang berlaku di Negara kita sekarang.
Apa yang berlaku sebelum ini, sudah berapa banyak perancangan dan kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan namun hasil dan natijahnya tetap sama. Kalau dahulu program Rakan Muda, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), agenda Modal Insane dan macam-macam lagi kempen yang terbaru anjuran dari pihak kerajaan. Namun, masalah social dan kes jenayah masih lagi berleluasa malah bertambah teruk. Mereka perlu sedar bahawa usaha yang dijalankan walaupun dengan menggunakan segala system dan kecanggihan yang ada jika tidak berpaksikan syariat maka segala usaha tersebut sama sekali tidak akan Berjaya. Ini jelas menunjukkan segala kehidupan manusia itu perlulah berpandukan petunjuk syariat.
Penggunaan istilah-istilah kepada perkara yang dasarnya tidak jelas sudah tentu ianya tetap tidak boleh diterima di sisi agama kerana hanya dasar dan matlamat yang jelas sahaja yang akan diterima. Matlamat yang jelas adalah yang berpaksikan kesepaduan Amal Islami yang syumul menggunakan al-qur’an dan as-sunnah sebagai sumbernya. Jadi sesuatu hukum hanya akan diletakkan kepada dasar dan matlamatnya bukan dengan hanya melihat pada nama dan istilahnya sahaja. Berbalik kepada usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan itu adakah ianya mampu mengembalikan dan menjinakkan hati-hati manusia yang sudah rosak dan jauh daripada agama Islam?.
Walaupun
Walau apapun penggunaan istilah yang dibuat, priority yang dituntut dan perlu dilihat adalah dari dasar dan matlamat sesuatu perkara. Pembentukan “Rijal Rabbani” yang dimaksudkan ialah generasi yang tidak terkesan dengan tribulasi dan mampu mentadbir alam ini dengan aqal dan kebijaksanaan. Seterusnya membentuk ummah, mendidik bangsa, mencapai cita-cita dan mendokong prinsip yang jelas dalam perjuangan. Mereka yakin dengan janji Allah subhanahu wa ta’ala di dalam surah Al-Anfal : 29 yang bermaksud;
“ Jika kamu bertaqwa kepada Allah, Allah akan menjadikan bagi kamu pembeza (kekuatan hati yang membezakan di antara yang hak dan batil)”.
A-Anfal :29
Inilah pembentukan saff mukmin yang sejahtera dengan memelihara akidah dan keimanan hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Tidak perlu bersusah payah untuk dipaksa dan diancam dengan 1000 ancaman cukuplah dengan menanam satu sahaja di dalam hati-hati mereka iaitu ketauhidan kepada Allah. Secara automatic apabila hati sudah suci maka seluruh anggota dengan mudah taat dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Namun berapa ramai yang mahu memikirkan dan kembali kepada Islam? Sedangkan ramai yang mendustakan alqur’an… sedarlah, bahawa;
** “kejayaan hakiki bukan sesuatu yang Gratis!”. **
with Uzlifatil Jannah at Jami'e Umawi
Sementara menemani mama Uz di jami’e kerana menunggu baba Uz untuk pulang bersama ke Mujtahid kami sempat juga makan-makan dan berposing. Hehe. Uz memang hepi..ramai kawan baru yang dia dapat berkenalan. Sepanjang perjalanan pun sudah ramai orang arab yang menegur Uz. Nak tahu kenapa? Sebab uz adalah satu-satunya kanak-kanak yang memakai tudung.
Di dalam jami’e sedang berlangsung dars umumi bersama sheikh yang kalau tak salah sangkaan saya ini, sheikh tersebut adalah Sheikh Muhammad Abul Huda yang pernah saya ikuti dars beliau di Jami’e Hasan, Abou Remmaneh. Kerana saya tidak dapat melihat wajah sheikh dengan jelas. Saya hanya memerhatikan dars umumi tersebut dari kejauhan sahaja sambil mengambil berkat dan sempat juga saya berdoa di situ. Tapi dars tersebut dapat didengari sekitar kawasan jami’e kerana speaker yang dipasang sekitar jami’e.
Jami’e Umawi
Merupakan masjid terbesar dan tertua di
Souq Hamidiyyah
Telah berusia 500 tahun dan dimajukan semula pada tahun 1873 di bawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah-sultan ke -34 (Sultan Abdul Hamid II 1876-1909). Panjang Souq Hamidiyyah ialah 1.5 km. di dalam Souq Hamidiyyah juga terdapat Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hamam (ruang mandi) al-Malik az-Zahir.
Uz & Syrian gurlz..
Jami'e Umawi, Damascus, Syria

اللهم ما رزقتني مما أحب، فاجعله قوة لي فيما تحب، اجعله عونا لي على طاعتك، وما زويت عني مما أحب، فاجعله فراغا لي فيما تحب.
Mafhumnya: Apabila Allah mengurniakan apa yang kita sukai, mintalah kebaikan dan ditambahkan ketaatan kepadaNYA. Jika sebaliknya, maka mintalah supaya diberi peluang pada apa yang diredhai olehNYA buat kita…
*Amen ya Rabb*
Selesai sudah ghazwah di
Tapi saya telah berazam untuk mengisi cuti soifi ini dengan amal yang berfaedah. Schedule untuk cuti soifi ini telah saya sediakan sejak sebelum final exam lagi. Setiap pagi saya isikan dengan kelas talaqi dan tasmi’e al-Qur’an bersama Anisah Arab. Sebelah malamnya saya akan mengikuti pengajian di jami’e-jami’e yang berhampiran. Jika ada program yang dianjurkan oleh pihak PPMS saya akan turut serta untuk menjayakan program tersebut. Planning untuk tambahkan thaqafah juga tidak akan saya tinggalkan. Beberapa kitab akan saya
Biasanya kalau selesai sahaja exam di mujamma’ fatah ada sahaja anisah-anisah arab akan menjemput semua akhwat
saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie