Orientalis barat pernah menyebutkan tentang kehebatan umat Islam iaitu di dalam kata-kata beliau :
2 batu besar itu adalah :
1. Al-Qur’an: kerana ianya adalah mukjizat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang tidak boleh dihapuskan sampai hari kiamat.
2. Kaabah: adalah qiblat umat Islam.
Kaum kuffar tidak akan takut sama sekali dengan ulama yang hanya mengajar ilmu fardhu ain, ibadah sahaja tanpa membawa seruan dakwah Islam yang sebenar. Tetapi yang mereka takuti adalah ulama yang membawa mesej dakwah Islam sebenar iaitu “al amru bil makruf wannahyu a’nil munkar”. Maka sekiranya kita hanya menyeru umat ini dengan melakukan perkara makruf tanpa melarang dan mencegah kemungkaran ianya masih belum mencukupi syarat-syarat dakwah sebenar.
Hakikatnya segala perancangan dan ideologi-ideologi barat gagal untuk melumpuhkan kebangkitan Islam. Kerana Islam menguasai pemikiran dan hati-hati manusia. Sehinggalah berlakunya kebangkitan kepada Islam sepertimana yang berlaku di Palestin, Turkey, Iran, Lubnan dan Malaysia. Perjuangan Islam itu sendiri berasaskan dengan maudhu’ Islam yang mana perjuangan wajib diteruskan sampai Islam berdiri dan ditegakkan.Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Hajj-41:
Ayat ini telah menjelaskan beberapa ciri yang perlu ada pada pemimpin yang dipilih bagi memerintah dan memimpin umat ke jalan yang diredhai Allah. Ciri-ciri tersebut adalah :
1. Mereka yang mendirikan sembahyang.
2. Mereka yang memberi zakat.
3.Mereka yang menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran
Firman Allah s.w.t lagi di dalam surah an-Nuur – 55:
Pernah diriwayatkan di dalam sebuah hadis dari kitab riyadussolihin di dalam bab as-sobru daripada abu Abdullah khabbab bin al-arat bahawa mereka(para sahabat) pernah mengadu kepada rasulullah supaya didoakan agar meminta kemenangan bagi umat Islam. Lalu dijawab permintaan para sahabat dengan tazkirah bahawa perlu bersabar di dalam menegakkan agama Allah. Sesungguhnya demi Allah, bahawa Allah akan menjadikan agama ini (Islam) akan menang!. Inilah yang dikatakan Islam itu memerintah dan berdaulat. Untuk menunaikan perkara ini iaitu perjuangan menegakkan Islam tentulah akan berhadapan dengan kezaliman. Perjuangan Islam perlu didokong sampai ke puncaknya dan tidak akan berhenti walaupun ditekan dan dizalimi dengan teruk. Sedarlah bahawa, Perjuangan ini bukan mudah! Tanpa kekuatan dan tamkin yang dikurniakan oleh Allah serta kesabaran dalam menghadapi mehnah ini kita tidak akan dapat melihat Islam itu tertegak di muka bumi. Wahai umat dakwah, tahsinkanlah jiwa dan hati-hati agar roh Islam terus membentuk jatidiri mukmin sejati..




Semalam merupakan hari terakhir ‘Ma’rad Kutub Ad-Du’ali’ ataupun pesta buku yang diadakan di madinah ma’rad Damascus, Syria. Saya sempat pergi ke sana sebanyak 2 kali bersama achik dan ahlulbayt. Alhamdulillah, dapat juga saya membeli beberapa kitab yang telah disenaraikan sebelum ke sana. 
