Monday, June 29, 2009
Cuti Soifi Lagi...
Sunday, June 28, 2009
Lauhah I'lanaat...
Monday, June 22, 2009
“Rijal Rabbani”, Generasi Berakhlak VS Generasi Bebas Jenayah?
Sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan ini akidah adalah asas kepada keimanan seseorang muslim. Aqidah Islamiah merupakan hakikat fitrah bagi menjalani kehidupan muslim yang sempurna. Persoalan iman dan akidah adalah penyelesai utama bagi segala masalah ummah zaman berzaman kerana ianya adalah asas kepada keperibadian muslim. Namun apa yang berlaku akhir zaman ini ramai yang telah terpesong dan menyesatkan masyarakat dari landasan yang hak.
Scenario negative dengan kebejatan jenayah yang begitu meruncing sekarang ini teruk melanda masyarakat di
Wajarkah apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi baru terfikir untuk mengambil cakna dengan segala yang berlaku?. Padahal sebelum ini mereka sendiri yang membuka dan memberikan ruang dan peluang ke arah jalan kerosakan itu. Kempen GBJ iaitu “Generasi Bebas Jenayah”, adakah ianya merupakan satu alternative yang berkesan untuk mengatasi kes-kes jenayah dan masalah social negative masyarakat kita di Malaysia? Saya tertarik untuk memberikan sedikit komentar daripada senario yang berlaku di Negara kita sekarang.
Apa yang berlaku sebelum ini, sudah berapa banyak perancangan dan kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan namun hasil dan natijahnya tetap sama. Kalau dahulu program Rakan Muda, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), agenda Modal Insane dan macam-macam lagi kempen yang terbaru anjuran dari pihak kerajaan. Namun, masalah social dan kes jenayah masih lagi berleluasa malah bertambah teruk. Mereka perlu sedar bahawa usaha yang dijalankan walaupun dengan menggunakan segala system dan kecanggihan yang ada jika tidak berpaksikan syariat maka segala usaha tersebut sama sekali tidak akan Berjaya. Ini jelas menunjukkan segala kehidupan manusia itu perlulah berpandukan petunjuk syariat.
Penggunaan istilah-istilah kepada perkara yang dasarnya tidak jelas sudah tentu ianya tetap tidak boleh diterima di sisi agama kerana hanya dasar dan matlamat yang jelas sahaja yang akan diterima. Matlamat yang jelas adalah yang berpaksikan kesepaduan Amal Islami yang syumul menggunakan al-qur’an dan as-sunnah sebagai sumbernya. Jadi sesuatu hukum hanya akan diletakkan kepada dasar dan matlamatnya bukan dengan hanya melihat pada nama dan istilahnya sahaja. Berbalik kepada usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan itu adakah ianya mampu mengembalikan dan menjinakkan hati-hati manusia yang sudah rosak dan jauh daripada agama Islam?.
Walaupun
Walau apapun penggunaan istilah yang dibuat, priority yang dituntut dan perlu dilihat adalah dari dasar dan matlamat sesuatu perkara. Pembentukan “Rijal Rabbani” yang dimaksudkan ialah generasi yang tidak terkesan dengan tribulasi dan mampu mentadbir alam ini dengan aqal dan kebijaksanaan. Seterusnya membentuk ummah, mendidik bangsa, mencapai cita-cita dan mendokong prinsip yang jelas dalam perjuangan. Mereka yakin dengan janji Allah subhanahu wa ta’ala di dalam surah Al-Anfal : 29 yang bermaksud;
“ Jika kamu bertaqwa kepada Allah, Allah akan menjadikan bagi kamu pembeza (kekuatan hati yang membezakan di antara yang hak dan batil)”.
A-Anfal :29
Inilah pembentukan saff mukmin yang sejahtera dengan memelihara akidah dan keimanan hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Tidak perlu bersusah payah untuk dipaksa dan diancam dengan 1000 ancaman cukuplah dengan menanam satu sahaja di dalam hati-hati mereka iaitu ketauhidan kepada Allah. Secara automatic apabila hati sudah suci maka seluruh anggota dengan mudah taat dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Namun berapa ramai yang mahu memikirkan dan kembali kepada Islam? Sedangkan ramai yang mendustakan alqur’an… sedarlah, bahawa;
** “kejayaan hakiki bukan sesuatu yang Gratis!”. **
Friday, June 19, 2009
Katarsis Sebuah Rasa
Petang itu saya, mama Uz, kak Sall dan kak Chik telah bercadang untuk keluar ambil angin petang dan bersiar-siar sekitar Souq Hamidiyah dan Jami’e Umawi. Suasana di sekitar souq yang sesak dengan orang ramai kerana cuti soifi telah bermula. Tidak kurang juga pengunjung yang bersiar-siar bersama keluarga serta pelancong yang datang dari dalam dan luar
with Uzlifatil Jannah at Jami'e Umawi
Sementara menemani mama Uz di jami’e kerana menunggu baba Uz untuk pulang bersama ke Mujtahid kami sempat juga makan-makan dan berposing. Hehe. Uz memang hepi..ramai kawan baru yang dia dapat berkenalan. Sepanjang perjalanan pun sudah ramai orang arab yang menegur Uz. Nak tahu kenapa? Sebab uz adalah satu-satunya kanak-kanak yang memakai tudung.
Di dalam jami’e sedang berlangsung dars umumi bersama sheikh yang kalau tak salah sangkaan saya ini, sheikh tersebut adalah Sheikh Muhammad Abul Huda yang pernah saya ikuti dars beliau di Jami’e Hasan, Abou Remmaneh. Kerana saya tidak dapat melihat wajah sheikh dengan jelas. Saya hanya memerhatikan dars umumi tersebut dari kejauhan sahaja sambil mengambil berkat dan sempat juga saya berdoa di situ. Tapi dars tersebut dapat didengari sekitar kawasan jami’e kerana speaker yang dipasang sekitar jami’e.
Jami’e Umawi
Merupakan masjid terbesar dan tertua di
Souq Hamidiyyah
Telah berusia 500 tahun dan dimajukan semula pada tahun 1873 di bawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah-sultan ke -34 (Sultan Abdul Hamid II 1876-1909). Panjang Souq Hamidiyyah ialah 1.5 km. di dalam Souq Hamidiyyah juga terdapat Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hamam (ruang mandi) al-Malik az-Zahir.
Uz & Syrian gurlz..
Jami'e Umawi, Damascus, Syria
Thursday, June 18, 2009
Itqan… ITQAN

Sekarang, akan datang siapa tahu??. Bermula dari artikel “Pandang-Pandang Syria Kita” saya telah meneruskan aktiviti penulisan sehingga keluaran edisi terbaru dengan artikel focus yang bertajuk “ Peranan Gerakan Islam Di Era Pemerintahan”. Walaupun penyusunan bahan artikel yang masih banyak kekurangan itu saya masih mahu meneruskan perjuangan di medan penulisan ini. Bagi saya kesilapan di alam pembelajaran merupakan perkara biasa dan kita perlu mengambilnya sebagai pengajaran pada masa yang akan datang.
Saya amat mengharapkan sokongan padu dari krew itqan dan semua ahli PPMS agar dapat menyumbangkan buah fikiran serta teguran bagi melancarkan lagi pembikinan majalah ITQAN . Saya bukanlah yang terbaik dan masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbetulkan. Kepada krew majalah ITQAN yang kebanyakannya adalah wajah baru di dalam team ini, agar dapat memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan agenda PPMS.
ITQAN, Aktif-Kreatif-Dinamik.
Tuesday, June 16, 2009
Saya Anak Seni…
Semasa di sekolah rendah saya selalu mendapat A+ dalam pendidikan seni. Tapi sebenarnya mak yang selalu menolong dan mengajar saya melukis di rumah. Hehe. Ayah mengajar dan mengajak saya menolongnya bekerja di bengkel. Mencetak design pada tembikar hasil kraft tangan ayah dan mak.
Jadi bertambah lagi kesan-kesan seni pada jari-jemari ini. Di sekolah juga saya aktif dengan kegiatan nasyid dan juga selalu dipuji apabila bersajak. Kenangan manis apabila saya diminta oleh ustazah untuk menyampaikan sajak semasa menyertai persembahan kanak-kanak di dalam program amal nisa’ di sekolah saya iaitu Madrasah Ulum Syar’iyah Wal-Qur’aniyah, Lubuk Merbau, Perak. Saya juga aktif bersukan. Sukan yang paling saya minati ialah bola jaring dan merentas desa. Saya adalah naib johan bertahan pada setiap tahun kerana selalunya kawan saya yang mendapat tempat johan pertama.;-) akhirnya saya diberi penghargaan oleh pihak sekolah sebagai pelajar cemerlang pada tahun akhir persekolahan.
Apabila meningkat sekolah menengah, saya masih aktif dengan kegiatan seni. Seperti nasyid, sajak, pantomim, seni khat, menulis cerpen dan juga esei. Saya juga aktif dengan aktiviti sukan bola jaring dan pidato juga debat. Kenangan indah pada tahun akhir di Sek. Men. Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah,saya telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan debat, tempat pertama dalam pertandingan pantomim dan tempat pertama dalam pertandingan sajak. Inilah antara serba sedikit pengalaman aktiviti seni saya semenjak kecil sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Sebenarnya minat saya itu masih segar lagi hingga sekarang. Namun sekarang ini kesemua minat saya itu telah saya jadikannya lebih serius dan bermatlamat. Saya lebih banyak menumpukan dalam bidang penulisan dan aktiviti yang boleh menambahkan keperibadian seorang da’ie. Minat saya dalam seni dan karya penulisan kreatif telah saya gabung jalinkan dengan tulisan ilmiah yang lebih agresif. Dalam seni lukis pula saya selalu mempraktikkan suntikan seni itu pada design-design yang saya sumbangkan untuk sesiapa yang meminta pertolongan dan banyak juga koleksi simpanan peribadi. Seni suara pula bagaimana? Hehe.. yang ini saya sedang belajar dengan Anisah Arab (Ummu Muhammad) bagi memperbetulkan bacaan al-qur’an saya. Kerana bagi saya suara yang paling elok dan lunak adalah apabila kita berupaya memperelok dan melunakkan bacaan ketika kita membaca al-qur’an dengan bertajwid juga bertaranum. Saya juga telah berjanji dengan ayah yang saya akan pastikan bacaan saya lebih baik dari sebelum ini kerana ayah mahu mendengar bacaan saya bila pulang nanti…
N3 ini saja saya publishkan untuk berkongsi minat dengan para pembaca. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi supaya kita sama-sama menilai dan memikirkan bahawa kita semua sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semua kelebihan itu pula datangnya dari Allah subhanahuwata’ala. Jadi peliharalah dan jagalah ia dengan sebaik mungkin mengikut cara dan kehendak agama. Seperti doa yang diajarkan oleh Sheikh Ratib Nablusi di dalam kuliahnya dan supaya diamalkan bagi melahirkan rasa syukur di atas segala pemberian Allah kepada kita ;
اللهم ما رزقتني مما أحب، فاجعله قوة لي فيما تحب، اجعله عونا لي على طاعتك، وما زويت عني مما أحب، فاجعله فراغا لي فيما تحب.
Mafhumnya: Apabila Allah mengurniakan apa yang kita sukai, mintalah kebaikan dan ditambahkan ketaatan kepadaNYA. Jika sebaliknya, maka mintalah supaya diberi peluang pada apa yang diredhai olehNYA buat kita…
*Amen ya Rabb*