Akhir-akhir ini kalimah itu sentiasa berlegar di minda saya. Menyebabkan saya semakin banyak berfikir. Selama ini saya selalu lalai dengan dunia. Kalimah itu seakan menarik kembali insane lalai ini untuk istiqamah di jalan itu. Ramadhan yang telah berlalu, bisa kah ku temui lagi?. Bila kehilangan sesuatu baru kita sedar akan kepentingannya. Selepas pemergian seorang teman lama yang sangat baik pada awal Ramadhan menimbulkan manik-manik keinsafan di dalam diri. Bahawa hayat saya juga belum temtu sampai bila. Hanya Dia yang tahu. Tika itu juga saya selalu ingat kalimah itu. Dia yang pergi bertemu tuhannya didoakan moga ruhnya dinaungi rahmat Allah. Kita yang tinggal perlu jadikannya sebagai peringatan. Selepas itu saya dikejutkan dengan pemergian Tok Alang. Atok saudaraku. Semalam, bapa kepada housemate ku juga telah selamat kembali ke rahmatullah. Dalam sedar atau tidak saya deberi peringatan dengan kematian dalam tempoh yang singkat. Teringat semasa di Muassasah dahulu. Murabbiku selalu pesan supaya kita perlu selalu ingat mati. Sebab orang yang ingat mati sahaja yang akan ingat Allah. Dosa dan pahala. Azab kubur, padang mahsyar, titian siraat, syurga atau neraka. Manusia sekarang ramai yang sudah lupa tentang ini semua. Semuanya sudah di kiblatkan kepada dunia. Akhirat jauh sekali.
Segala yang diceritakan di dalam alqur’an dan hadis tentang kisah-kisah akhir zaman kini kebanyakannya telah berlaku. Namun manusia makin hanyut. Hanyut dalam mendengar kisah-kisah itu sedangkan mereka yang sedang dihanyutkan. Syariat telah dicampur adukkan. Sehingga seperti tiada agama. Jangan sampai ketika nyawa dipisahkan dari jasad baru hendak bertaubat.~ cukuplah dengan kematian sebagai peringatan!
Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peringatan seperti itu. Setiap masa kita akan rasa mahu bersedia untuk mati. Bukan minta untuk dimatikan. Tetapi bersedia buat amal bekal kita disana . Apalah ada pada diri hina ini. Tetapi, ya Allah, sudilah pandang kami…
Segala yang diceritakan di dalam alqur’an dan hadis tentang kisah-kisah akhir zaman kini kebanyakannya telah berlaku. Namun manusia makin hanyut. Hanyut dalam mendengar kisah-kisah itu sedangkan mereka yang sedang dihanyutkan. Syariat telah dicampur adukkan. Sehingga seperti tiada agama. Jangan sampai ketika nyawa dipisahkan dari jasad baru hendak bertaubat.~ cukuplah dengan kematian sebagai peringatan!
Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peringatan seperti itu. Setiap masa kita akan rasa mahu bersedia untuk mati. Bukan minta untuk dimatikan. Tetapi bersedia buat amal bekal kita di
-al Faqirah ila Rabbiha.
# al-Fatihah buat Opah,Tok, k.Hajar, tok Alang, ayah & ibu saudara, bapa saudara housemate, serta arwahul muslimin & muslimat.