Thursday, December 18, 2008

Tadabur Alam..

SUATU PETANG DI JAMI’E UMAWI


Selepas selesai membeli beberapa kitab dan kutaib di Halabuni saya terus menuju ke Suq Hamidiyah. Bukan mahu membeli-belah di sana. Tetapi saya mahu pergi ke Jami’e Umawi untuk menziarahi Baytullah juga maqam- maqam. Saya telah membuat keputusan untuk solat maghrib berjemaah di situ. Jam di dinding Jami’e menunjukkan pukul 4.25 petang. Beberapa minit sahaja lagi akan masuk waktu maghrib. Adik Amira yang bersama menemaniku dari tadi sedia untuk bersama-sama berjemaah di Jami’e. Setelah selesai menziarahi maqam-maqam di situ saya terus masuk ke Jami’e lalu mengambil tempat duduk di saff muslimat. Di sebelah saya dua orang wanita Syria sedang membaca al-qur’an. Saya hanya memberikan senyuman buat mereka kerana tidak mahu mengganggu pembacaan mereka.












Saya tundukkan wajah sambil cuba membayangkan bagaimanakah tempat ini ketika zaman Khilafah Umawiyah suatu ketika dahulu. Bagaimana umatnya yang bertamadun serta hidup dalam keadaan aman di bawah Daulah Islamiyah. Bagaimana budaya ilmu yang sangat menakjubkan dengan para ulamaknya yang masyhur. Tentu sekali masyarakat pada waktu itu aman di bawah pemerintahan Islam. Saya rasa teruja dengan kekuatan umat terdahulu. Bagaimana mereka boleh mentaati Allah sepenuhnya tanpa ragu-ragu. Saya, juga generasi umat Islam sekarang di tahap manakah keimanan kita kepadaNYA.

~ Perjalanan Masih Jauh.


REHAT MINDA DI JISR RA’IS


















Petang itu saya sudah berjanji bersama beberapa orang sahabat untuk menziarahi rumah sahabat kami di Abou Nour. Rumahnya terlatak di atas bukit berhampiran dengan Jami’e Buthi. Nama Jami’e ini bersempena nama pengasasnya iaitu Sheikh Buthi. Kami telah memilih untuk menaiki servis menuju ke Jisr Ra’is kemudian mengambil servis kedua di situ. Ketika menunggu servis sampai, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar. Pemandangan pada waktu malam dengan simbahan lampu neon yang mengasyikkan. Tiba-tiba rasa rindu untuk pergi ke Jabal Qasiyun. Di sana kita dapat melihat pemandangan kota Damascus yang indah pada waktu malam. Itulah ciptaan Allah yang tiada tandingan. Servis sudah sampai. Saya pergi dahulu!

~ Allahumma Barik Lana Fi Syamina, Wa Fi Yamanina.

Wednesday, December 10, 2008

Perubahan & Pengorbanan Agenda Bersama.

Manusia yang hidup di dunia ini mempunyai berbagai tanggungjawab. Namun di sana tujuan sebenar manusia dihidupkan di muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba Allah yang taat serta patuh kepada perintahnya dan meninggalkan larangan-Nya. Jika menyebut mengenai perubahan dan pengorbanan kedua-duanya terpundak di atas bahu kita. Kita perlu sedar bahawa perubahan perlu dilakukan. Daripada keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah dari zulmat kepada kebenaran yang hakiki.

Perubahan yang dibawa oleh Islam dari utusan Allah junjungan mulia qudwah terulung umat Islam nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam menyeru agar umatnya kembali kepada Allah. Kita semua dituntut agar segera sedar akan tanggungjawab masing-masing di dunia ini. Antara tanggungjawab kita ialah melakukan perubahan. Perubahan yang perlu difokuskan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Perubahan tidak akan berlaku jika diri kita masih berada di dalam zulmat. Bagi merealisasikan sesuatu perubahan, di sana pastinya ada pengorbanan. Inilah tema utama yang mahu kita ungkapkan iaitu “Perubahan Dan Pengorbanan Agenda Bersama”.

Dalam konteks kita selaku siswa dan siswi Islam tuntutan ini amat jelas menunjukkan bahawa kita yang patut melakukannya. Kerana kita adalah harapan Islam. Kita jangan mudah merasa cukup dengan perubahan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain. Tetapi kita perlu sentiasa merasakan bahawa kita semua punya tanggungjawab yang sama. Mahupun muslimin atau muslimat kedua-duanya tidak berbeza dari sudut perikemanusiaan kerana asal usul kejadian meraka adalah satu. Seperti mana firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud:

“ Hai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu(bermula)dari (adam)dan yang menciptakan daripada(adam)itu pasangannya(isterinya hawa)dan yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya,dan peliharalah hubungan silaturrahim(kaum kerabat)kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati(mengawasi)kamu.”
(An-Nisa’ :1)



Senario manusia akhir zaman sepatutnya tidak menyebabkan kita terheret sama ke kancah yang hina. Namun, kita perlu melakukan perubahan di atas permasalahan umat. Tuntutan agama dari penuntut ilmu juga bukan semata-mata menjaga diri dan keluarganya sahaja malahan perlu kembali melakukan perubahan kepada masyarakat. Seruan ini amat jelas sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah orang-orang yang beriman keluar semuanya(pergi berperang)oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang(yang tinggal)itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya(yang keluar berjuang)apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga(dari melakukan larangan Allah). (At-Taubah: 122)

Ayat tersebut jelas menunjukkan matlamat kita menuntut ilmu dengan memahami ad-Din seterusnya kembali sebagai pemberi peringatan kepada masyarakat. Kita membawa seruan ad-Din kepada manusia di seantero dunia bahawa Islam adalah penyelesai kepada segala masalah. Di zaman mutakhir ini umat Islam perlu menempuhi pelbagai ideologi yang dicipta oleh musuhnya bagi meracuni minda dan pemikiran.
Sejarah perubahan dan perjuangan di seluruh dunia asalnya dilakukan oleh para ulamak namun ianya telah dirampas oleh pemimpin sekular dan Islam diketepikan. Kita perlu mengambil pengajaran dari sejarah yg telah berlaku. Sedarlah bahawa kita tidak boleh melengah-lengahkan perubahan yang perlu dibawa kepada masyarakat. Masyarakat di malaysia terutamanya yang semakin terpesong dari landasan sebenar. Segala kerosakan serta ideologi-ideologi musuh telah masuk ke segenap lapisan masyarakat sekarang dengan mudah.

Pengorbanan yang dituntut daripada kita dengan mengorbankan jiwa-raga, harta-benda, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk tujuan mencapai matlamat. Di sana kita boleh melihat siapakah yang benar-benar ikhlas hidup selaku hamba Allah. Kerana hamba Allah tidak akan lari dari tanggungjawab.

Perubahan kepada masyarakat bukan sahaja terpundak di bahu muslimin sahaja malahan muslimat. Muslimat juga perlu sedar akan keberadaannya di dalam masyarakat. Bukan sekadar penjaga kepada keluarganya sahaja. Tetapi mereka juga merupakan ejen kepada perubahan masyarakat. Inilah produk yang ingin kita lahirkan daripada siswa dan siswi Islam. Produk yang mempunyai kualiti serta berkredebiliti bagi menyelesaikan segala permasalahan dan mengubah mentaliti masyarakat. Suasana krisis akidah umat Islam di malaysia sekarang telah diibaratkan “seperti telur di hujung tanduk” merupakan berita yang amat menyedihkan.

Keterlibatan muslimat dalam masyarakat dengan suasana yang berlaku sekarang merupakan suatu kewajipan. Allah subhanahuwataa’la berfirman yang bermaksud:

“Dan orang-orang lelaki mukminin dan oramg-orang perempuan mukminat sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh melakukan yang makruf dan melarang dari melakukan yang munkar..”
(At-Taubah: 71)

Di antara kerja amar makruf dan nahi munkar yang dilakukan oleh muslimat di zaman sahabat ialah dalam bentuk suatu teguran oleh seorang muslimat kepada amirul mukminin Umar Bin Al Khattab ketika sedang berucap untuk mengadakan sekatan terhadap kenaikan maskahwin. Muslimat tersebut dengan ikhlas dan jujurnya memberitahu saidina Umar: “ patutkah engkau berbuat demikian sedangkan Alllah subhanahuwata’ala mengizinkan para wanita menaikkan maskahwin walaupun dengan kadar satu pikul emas?”. Mendengar kata-kata itu, saidina Umar terus mengakui kesilapan beliau dan merujuk kembali kepada keadaan yang asal dengan tidak mengadakan sekatan terhadap naik turunnya maskahwin.

Pengajaran dari kisah tersebut menunjukkan betapa peri pentingnya keterlibatan muslimat dalam permasalahan masyarakat. Bukan sekadar hebat di gelanggang sendiri tetapi mampu beraksi di tempat lain. Perubahan yang perlu dilakukan ini langsung tidak menjurus kepada pemilikan hak feminisme sama sekali. Tetapi perubahan ini adalah perubahan untuk melihat masyarakat kembali kepada Islam. Bagi menentang musuh umat Islam kaum kuffar laknatullah.

Jika di malaysia ada pelbagai pakatan kaum kuffar antaranya golongan yang menyatakan bahawa mereka penyelamat masyarakat Islam tetapi ianya dusta belaka. Seperti yang kita ketahui sister in Islam (SIS) mereka hanya menggunakan nama Islam sebagai topeng. Sedangkan missionari kuffar adalah disebalik gerakan ini. Mereka lantang membicarakan soal agama dengan mempertikaikan fatwa ulamak serta menghina Islam. Siswi Islam dan muslimatlah yang dituntut bagi menentang golongan ini serta menjawab kembali segala permasalahan yang berlaku. Ini semua tidak akan dapat dilaksanakan melainkan kita perlu keluar dari zon masing-masing ke medan sebenar. Dengan penyatuan fikrah yang mantap serta berjemaah akan dapat menewaskan mereka.

Di dalam al-qur’an juga terdapat banyak ayat-ayat yang menyeru kepada muslimin dan muslimat serta mukminin dan mukminat supaya melakukan perubahan dan berkorban demi ad-Din tercinta. Tiada keterbatasan kepada satu-satu bidang sahaja sedangkan seruan Jihad itu begitu luas. Samada dalam bidang pendidikan, dakwah dan politik tidak dapat dipisahkan. Jika keterlibatan muslimat di bidang siasah di bawah kerajaan Islam yang adil juga diperlukan inikan jika di dalam kerajaan Islam yang menyeleweng. Sabda Rasulullahi sallalallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“ Sebaik-baik jihad itu ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
( riwayat abu dawud & ibnu majah)

Di dalam hadith yang lain pula nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya manusia itu jika melihat kezaliman yang dilakukan oleh orang yang zalim tapi mereka tidak membetulkan kezalimannya, nyaris-nyaris Allah akan menurunkan azabNya kepada seluruh mereka.”
(riwayat abu dawud, at-Tarmizi & an Nasa’i)

Perubahan segera perlu dilakukan dengan pengorbanan yang ikhlas merupakan agenda bersama bagi menegakkan kalimatul haq di muka bumi ini. Semuanya perlu kembali kepada syarak kerana didatangkan syarak bagi menyelesaikan maslahah hamba di segenap kehidupan dan tempat kembali. Perlu diingatkan bahawa dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tentang agama Islam sahaja dapat merealisasikan tuntutan tersebut. Oleh kerana itu mahasiswa masa kini, khususnya muslimat dalam menjalankan peranan selaku ejen perubah masyarakat wajiblah mereka membentuk peribadi mereka seperti yang dikendaki Islam. Yakinlah kepada Allah dan memberi sepenuh penyerahan dari usaha serta pengorbanan yang dilakukan dengan mengharapkan redhaNYA.

Tuesday, December 02, 2008

KETIKA UMMAH ROSAK, DI MANAKAH KITA??

Fatwas shouldn’t be law

Friday, 28 November 2008
The Nut Graph, 26 Nov 08
By Sisters in Islam


( from SIS website :
http://www.sistersinislam.org.my/ )



SIS semakin lantang dalam menjalankan agenda songsang mereka untuk merosakkan umat Islam di tanah air kita MALAYSIA. Perbuatan menghina islam serta majlis fatwa ulama’ adalah sangat tidak bermoral. Malahan mempertikaikan fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa ulama’. Membuat statement yang bukan-bukan menambahkan lagi ketidak cerdikan SIS dalam menafsir hukum Islam. Sebelum ini mereka mempertikaikan hukum keluarga Islam, poligami dan sekarang yoga serta penkid. Selepas ini, entah apa lagi agenda yang mereka akan lakukan bagi memuaskan nafsu semata. Mereka tidak sedar akan perbuatan yang melampau ini lama-kelamaan akan membawa kepada kekufuran.


Tidak syak lagi, memang sudah terang lagi bersuluh golongan ini hanya menggunakan Islam sebagai topeng bagi menyesatkan umat Islam. Jangan buat-buat pandai dalam bab hukum hakam ini kalau tidak mendalami dahulu ilmu agama. Ilmu agama bukan boleh ditafsir-tafsir sesuka hati berpandukan logik akal sahaja. Di dalam agama Islam sumber rujukan, panduan, semuanya berasaskan al-qur’an dan as-sunnah. Ulama’ adalah tempat rujukan ilmu. Seseorang ulama’ tidak akan mengeluarkan sebarang fatwa mengikut hawa nafsunya. Semuanya kembali kepada dua sumber tadi. Maka, janganlah SIS ini memandai-mandai lagi nak mempertikaikan hukum yang datangnya dari sumber yang jelas dan nyata tidak boleh dipertikaikan lagi. Lepas satu, satu agenda untuk merosakkan pemikiran umat Islam dilakukan oleh golongan ini. Samaada mereka sedar atau tidak, mereka sebenarnya bukan fight with ulama’ but with Allah. Perbuatan yang sebegini adakah memberi keuntungan kepada Islam yang mereka katakan bahawa mereka mahu membela Islam. Semuanya dusta belaka. Bawa-bawa bertaubatlah wahai sekalian hamba Allah!


Kita dapat melihat betapa beraninya mereka menghina Islam. Jadi, wahai srikandi Islam! Wahai Muslimah! Di manakah kita ketika ini?? Siapakah yang akan menjawab kembali segala tohmahan yang dilemparkan?? Siapakah yang berani bangkit untuk menentang semula?? Ingatlah akan kata-kata saidina A’li bahawa:
“ kebenaran yang tidak bertanzim akan dikalahkan oleh kebatilan yang bertanzim”..
Jangan pandang kecil dengan perbuatan mereka yang lama kelamaan akan menjadi barah dalam masyarakat umat Islam. Kita perlu sedar kalau tidak kita siapa lagi yang akan menyelamatkan akidah umat Islam hari ini. Lihat berapa ramai yang sudah hanyut dengan kononnya “ jalan ke syurga” yang dibentangkan oleh mereka...
~ renungan bersama, ayuh srikandi kita mara ke medan juang! ALLAHU AKBAR!

Thursday, November 27, 2008

SOLAT : Program Khusus Untuk Ingatkan Manusia Pada ALLAH.

“ kualitikan amalan fardhu, banyakkan amalan sunat.”~ Ukhti fILLAH.

“ jaga solat sunat insya Allah yang fardhu juga terjaga..”~Murabbi.


TUNTUTAN KHUSYU’ DALAM SOLAT


وأقم الصلاة لذكري


“Dan didirikan solat sebagai peringatan.”-surah Tahaa:14.


ولا تكن من الغافلين


“Dan janganlah menjadi di kalangan orang-orang yang lupa.”-surah al-A’raaf : 205.


Sesungguhnya jiwa solat itu ialah khusyu’ dan peranannya dalam solat seperti peranan jiwa bagi tubuh. Maka kita perlulah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan khusyu’itu. Khusyu’ dalam solat ialah tidak melihat segala yang lain dengan mata hati, tidak berpaling ke kiri atau ke kanan , tenang tidak mengalihkan pandangan dari tempat sujud. Mengarahkan seluruh fikiran dan perasaan terhadap solat dan tidak menggerakkan anggota badan tanpa hajat atau darurat . Allah berfirman yang bermaksud:


“Bahawa mereka yang beriman akan tenang hati mereka dengan mengingati Allah SWT nescaya tenanglah segala hati”


Abu Dardak menerangkan bahawa nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :


“Yang pertama sekali diangkat dari umat ini (umat Muhammad ) ialah khusyu’sehingga engkau tidak melihat lagi seorang yang khusyu’.



CARA-CARA UNTUK MENCAPAI KHUSYU’ DALAM SOLAT.



Imam Al Ghazali telah menggariskan panduan-panduan untuk mencapai kekhusyu’kan dalam solat:


1)Menghadirkan hati dalam solat dan mengosongkan diri dari segala urusan yang boleh mengganggu ibadah solat itu sendiri. Maka hendaklah geraklaku badan dan gerak-geri hati itu berasingan kedua-duanya sekali


2)Memahami setiap bacaan solat kerana ianya mengandungi banyak makna atau maksudnya yang halus dan patut difahami oleh seseorang di dalam solatnya. Dengan itu barulah solat dapat mencegah dari melakukan perkara-perkara keji dan munkar .


3)Merasakan kehebatan dan kebesaran Allah di dalam solat akan menimbulkan rasa takut pada Allah, kerendahan jiwa dan kehinaan sebagai hamba Allah. Oleh itu haruslah datang di hati dari dua cara:


i)Mengenal kebesaran Allah Taala dan keagunganNya dan ini adalah dari asal –usul keimanan.


ii)Mengenali kerendahan jiwa dan kehinaan nya serta keadaannya sebagai hamba.


4)Mestilah mengharapkan pahala yang banyak daripada Allah dan yakin dengan balasan syurga dan nerakaNya.


5)Wujudnya perasaan malu kerana ini akan mengingatkan tentang keaiban-keaiban diri, kecelaan dan ketidakikhlasan diri dalam setiap tingkah laku juga perlu menyakini bahawa Allah maha mengetahui dan menyingkap segala rahsia .


6)Memanjangkan ruku’ dan sujud.


7)Tidak terlalu banyak menggerakkan anggota seperti menggaru kepala, berpaling ke kiri dan ke kanan dan sebagainya.


8)Hendaklah dikosongkan hati dari apa sahaja yang boleh mendatangkan was-was seperti menahan hajat untuk membuang air besar atau air kecil dan sebagainya.


~SEMOGA SOLAT KITA MENJADI JAMBATAN DALAM MENUJU KEREDHAAN ALLAH~amiin.

Friday, November 21, 2008

Kutaib Jadid


Sedang berusaha untuk habiskan bacaan kutaib2 ni...
ya Allah, berikan kelapangan masa untuk ku isi dengan amal ibadah untukMU..
Amin ya Rabb~

FIGHTING!(",)

Wednesday, November 19, 2008

Ukhuwah kita...

: Di hadapan Masjid Umawi, Damascus, Syria.(my batch)

Andai rindu bertaut, tandanya ukhuwah bersemi keranaNYA.

Saturday, November 08, 2008

P.E.R.J.A.L.A.N.A.N

1.
P.e.r.j.a.l.a.n.a.n,

Suatu ketika Saidina Umar al-khattab bersandar di dinding masjid sambil menangis. Lalu ditanyakan kepada beliau “apakah yang menyebabkan kamu menangis?”. Jawabnya :“ aku menangis kerana Perjalananku Masih Panjang..”

Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kita akan terus dipilih oleh Allah untuk terus dalam perjuangan ini?..kerana untuk terus tetap di dalam perjuangan ini berlandaskan pilihanNYA. Jika kita dipilih olehNYA, itulah pilihanNYA buat kita selaku hamba yang sangat hina.


2.
T.a.u.b.a.t,

Kadang-kadang kita bertanya, mengapa Allah ciptakan kita berdosa? Jawapannya kerana Allah mahu menjadikan kita kekasihNYA..~Allah. Selalulah mengingati Allah dan bertaubat kepadaNYA.

Selaku seorang pejuang agama Allah, amalan harian, hati dan perasaan kita dengan Allah tidak boleh dipisahkan..itulah hakikat pejuang yang sebenar. Sepertimana Saidina umar radhiallahu anhu yang lebih takutkan dosa tenteranya daripada musuhnya.




3.
Z.u.h.u.d,
“ mereka berjalan di dunia dengan hati orang akhirat”~ Allah. Begitulah kehebatan para Sahabat radhiallahu anhum. Pesan Murabbiku “ jadikan akhirat selalu di mata hati dalam perjuangan”. Tambahnya lagi, seseorang itu akan mati seperti cara hidupnya dan akan dibangkitkan juga sepertimana matinya.
4.
D.o.a,

Ada persolan tentang doa. Bila kita berdoa, Allah akan perkenankan. Adakah Allah bagi itu ikut kita atau ikut Allah? Jawapannya Allah bagi itu kehendakNYA. Kerana kita berdoa untuk sesuatu itu adalah melalui ketetapanNYA sejak azali lg. jadi bersyukurlah apabila kita mendoakan untuk diri kita berada dalam perjuanganNYA..

5.

A.k.h.i.r.a.t,

Apakah matlamat hidup yang sebenar?-jawapannya : m.a.t.i . mahu pergi ke akhirat, jangan bawa dunia banyak-banyak. Konsep hidup di dunia ambil sekadar perlu. Cuba bayangkan kita menaiki perahu dunia yang sangat penuh muatannya menuju ke pulau akhirat. Sudah tentulah kita tidak akan mampu sampai ke pulau tersebut.~ renungkanlah di mana diri kita..

Wednesday, October 15, 2008

Tika tiba saat itu..

Akhir-akhir ini kalimah itu sentiasa berlegar di minda saya. Menyebabkan saya semakin banyak berfikir. Selama ini saya selalu lalai dengan dunia. Kalimah itu seakan menarik kembali insane lalai ini untuk istiqamah di jalan itu. Ramadhan yang telah berlalu, bisa kah ku temui lagi?. Bila kehilangan sesuatu baru kita sedar akan kepentingannya. Selepas pemergian seorang teman lama yang sangat baik pada awal Ramadhan menimbulkan manik-manik keinsafan di dalam diri. Bahawa hayat saya juga belum temtu sampai bila. Hanya Dia yang tahu. Tika itu juga saya selalu ingat kalimah itu. Dia yang pergi bertemu tuhannya didoakan moga ruhnya dinaungi rahmat Allah. Kita yang tinggal perlu jadikannya sebagai peringatan. Selepas itu saya dikejutkan dengan pemergian Tok Alang. Atok saudaraku. Semalam, bapa kepada housemate ku juga telah selamat kembali ke rahmatullah. Dalam sedar atau tidak saya deberi peringatan dengan kematian dalam tempoh yang singkat. Teringat semasa di Muassasah dahulu. Murabbiku selalu pesan supaya kita perlu selalu ingat mati. Sebab orang yang ingat mati sahaja yang akan ingat Allah. Dosa dan pahala. Azab kubur, padang mahsyar, titian siraat, syurga atau neraka. Manusia sekarang ramai yang sudah lupa tentang ini semua. Semuanya sudah di kiblatkan kepada dunia. Akhirat jauh sekali.

Segala yang diceritakan di dalam alqur’an dan hadis tentang kisah-kisah akhir zaman kini kebanyakannya telah berlaku. Namun manusia makin hanyut. Hanyut dalam mendengar kisah-kisah itu sedangkan mereka yang sedang dihanyutkan. Syariat telah dicampur adukkan. Sehingga seperti tiada agama. Jangan sampai ketika nyawa dipisahkan dari jasad baru hendak bertaubat.~ cukuplah dengan kematian sebagai peringatan!

Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peringatan seperti itu. Setiap masa kita akan rasa mahu bersedia untuk mati. Bukan minta untuk dimatikan. Tetapi bersedia buat amal bekal kita di sana. Apalah ada pada diri hina ini. Tetapi, ya Allah, sudilah pandang kami
-al Faqirah ila Rabbiha.
# al-Fatihah buat Opah,Tok, k.Hajar, tok Alang, ayah & ibu saudara, bapa saudara housemate, serta arwahul muslimin & muslimat.

Thursday, September 18, 2008

Tanda-Tanda Hati Yang Hidup.


Pemuda Islam hendaklah mengambil berat tentang hati, mengawalnya dan meninjau keadaannya untuk mengetahui sejauh manakah kasar atau halusnya, lembut atau kerasnya. Suatu petanda yang menunjukan hati yang sihat ialah hati yang cenderung kepada dorongan baik dan ingatan ke arah hidayah, sesuai dengan firman Allah swt:

"Orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatnya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal".-surah al-Anfaal :2

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka."
- surah al-Hajj :34-35

Tanda lain yamg menunjukan hati yang sihat ialah tegas di dalam perkara berhubung dengan agama dan berani pada jalan kebenaran. Benarlah sabda Rasulullah saw:

“Bagi Allah, di buminya ada bekas iaitu hati. Maka yang paling dikasihi Allah ialah orang yang hatinya lembut dan bersih, iaitu hati yang keras dalam agama, bersih dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudaranya.”


Antara hati yang hidup, takutkan Allah dan apa sahaja yang dimurkainya, iaitu dengan menjauhkan diri dari segala larangan dan maksiat. Ini sesuai dengan firman Allah swt:

“Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga ia melihat kesalahan-kesalahannya." – surah al-A’raff : 201

Tanda lain yang menunjukkan sihatnya hati ialah tidak ada perasaan hasad dengki dan menipu.

Di dalam sebuah hadis telah ditanyakan kepada Rasulullah saw:
'Hai Rasulullah, siapakah manusia yang baik?Jawabnya: Setiap manusia yang hatinya 'makhmum'. Ditanyakan apa ertinya ‘makhmum’. Sabda Rasulullah: iaitu orang yang bertaqwa yang tidak ada padanya penipuan, kezaliman, mungkir dan hasad dengki.

Begitulah tanda-tanda hati yang sihat, penyerahan diri kepada Allah dalam semua keadaan.

Firman Allah swt:
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya.” Surah-az Zumar :22

Telah bersabda Rasulullah saw dalam menafsirkan ayat ini:

“Iaitulah cahaya yang dicampakkan di hatinya menjadikannya berlapang dada.”

-petikan : Fathi Yakan

Saturday, September 06, 2008

Dinamakan Madrasah Itu..


Muzakkirat Ramadhaniah.- daripada durus2 masyayeikh.

Kehidupan sebagai seorang muslim yang menjaga akhlak, adab serta adat adalah sangat disarankan oleh agama Islam. Terutama kita sebagai “abana’ul harakah” perlu menjaga peribadi menjadi seorang muslim yang sebenar. Menjaga tingkah laku dengan tidak terlampau bermudah-mudah juga tidak terlalu tertutup. Pilihlah jalan tengah sepertimana yang disarankan oleh Islam iaitu dengan mengamalkan sikap “wasatiyah”.

Di dalam agama Islam terlalu banyak muzakkirat buat penganutnya. Orang muslim mendapat banyak muzakkirat di dalam kehidupannya. Cuma mereka sedar ataupun tidak dengan muzakkirat itu. Antara muzakkirat yang telah dikurniakan oleh Allah ialah :

Muzakkirat Yaumiyah : dengan solat 5 waktu.
Muzakkirat Usbui’yah : khutbah Jumaat.
Muzakkirat Thanawiyah : Ramadhan & ibadah haji.

Ini menunjukkan bahawa bagi seorang muslim terlalu banyak peringatan yang diberikan. Peringatan tersebut bagi menginsafi diri serta bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan. Jika benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama seseorang itu tidak akan dapat melanggar perintah Allah. Muzakkirat tersebut sudah cukup untuk dijadikan sempadan buat kita dari melakukan dosa. Contohnya seorang yang solat subuh jika dia menghayati solatnya itu, jika ingin melakukan dosa dia tidak akan melakukannya kerana akan datang muzakkirat selepasnya iaitu solat zohor.

Dengan adanya muzakkirat ini mengingatkan kita hayat yang tidak tahu bila akhirnya. Jangka hayat yang hanya Allah yang tahu. Jika kita menginsafinya jadikanlah muzakkirat ini untuk kita menambah amal. Ramadhan kali ini kita melangkah ke tangga yang lebih tinggi lagi. Bukan di tahap puasa orang awam lagi. Jika dalam beramal juga ada tahapnya inikan pula puasa. Sama-samalah kita berusaha berpuasa dengan puasa orang “khawwas” atau “ khawwasul khawwas”.

Di dalam bulan ini kita tinggalkan 2 perkara yang boleh merosakkan ibadah puasa iaitu : al-kazbu wa al- ghibah. Bercakap bohong dan mengumpat. Teringat pesan sheikh ketika muhadharah di Bayt Ittihad : “ Pengajaran yang paling besar di dalam bulan Ramadhan ini ialah Istiqamah”. Mengapa disebutkan Istiqamah ? kerana jika tiada istiqamah kita tidak akan dapat meneruskan amalan. Juga untuk istiqamah ini bukan perkara yang mudah. Ianya perlukan kesabaran dan ketabahan. RAMADHAN kali ini kita sahut kalam NYA supaya kita menjadi hambanya yang BERTAQWA.




Kalimah Ramadhan itu mempunyai makna yang tersirat disebalik huruf-hurufnya. Ra’ – Rahman, Mim – Maghfirah, Dhad – Dhaman minan naar, Alif – Amana minallah, Nun – Nur minallal. Hayati Ramadhan kali ini dengan penghayatan yang sebenar. –Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza.

Friday, August 29, 2008

Catatan 2 in 1

Tidak sangka saya telah melalui kursus keusahawanan dengan baik. saya tidaklah excited sangat untuk menyertai program ini. Tapi untuk mengisi masa lapang serta mencari pengalaman, saya cuba juga untuk menyertai program. Mula-mula memang tak berapa faham. Tapi setelah berusaha untuk memahami, saya dapat memahami skill2 bisnes walaupun tidaklah mumtaz. Tapi banyak ilmu baru yang saya perolehi.

Kalau dulu saya tidak berapa berminat untuk menceburi bidang ini, tapi sekarang saya sudah ada minat. Sebab saya dah Nampak masa depan saya di mana. Sebelum ni saya tidak fikir sangat tentang future economic. Sekarang saya bukan hanya perlu fikirkan apa yang ada di hadapan saya, tapi perlu fikirkan banyak perkara. Saya masih punya banyak tanggungjawab.





>>Antara mutiara yang dapat saya kutip di dalam program untuk penguat semangat:

“ Halakan sasaranmu ke bintang di langit, kalau tidak mengena bintang, pucuk kayu ara mengena juga.” – pak Sukarno.















>>Ada perumpamaan orang Perancis tentang opportunity:

“ Peluang itu diibaratkan sebagai jambul di hadapan dan licin di belakang. Tangkap waktu datangnya, kalau sudah terlepas sangat sukar bagi mendapatkannya.”

Sangat unik kan? Hmm..kalau anda tidak tahu apa maksudnya, jangan malu bertanya. Kalau malu sesat jalan!k, GAMBARE!


Al Quds Lana!

26 Sya’ban 1429

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki di pejabat Hamas ( bahagian Muslimat). Saya dapat pergi pun secara kebetulan setelah diajak oleh classmate saya. Mula-mula memang takut la juga. Tapi ni peluang keemasan. Jadi saya tidak boleh lepaskanlah. Saya dapat bertemu dengan isteri serta anak-anak kepada seorang syuhada’ hamas – as-Syahid I’zzuddin. Kematian beliau telah dirancang oleh yahudi laknatullah. Beliau telah dibom pada tahun 2004 di Syria dengan diletakkan bom pada kereta yang dinaiki oleh beliau. Sebelum itu beliau pernah dipenjarakan oleh yahudi sebanyak 2 kali. As-Syahid adalah antara anggota hamas. Masya Allah, melihat wajahnya sangat tenang.

Saya sempat berbual beberapa perkara dengan isteri beliau. Namanya Ummu Muhammad. Semangat juangnya sangat tinggi. Saya sangat mengagumi mereka. Melihat mereka membuatkan saya sangat cemburu. As-syahid meninggalkan isteri serta 3 orang anaknya Hibbah,Muhammad,Hadiil, menuju cinta Allah. Begitu tabah dan hebat pengorbanan seorang isteri. Ummu Muhammad yang tidak punya keluarga di sini berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan anak beranak selepas kematian as-syahid. Hanya dia dan anak-anaknya sahaja tinggal di sini. Keluarganya serta keluarga as-syahid semuanya di Gaza.




Gaza pula masih bergolak. Dia hanya dapat menelefon sahaja. Gaza masih disekat. Apa pun tidak boleh dibuat. Sebarang urusan keluar masuk sempadan tidak dibenarkan. Celaka lagi buat yahudi laknatullah! Walaupun kisah yang diceritakan oleh ummu Muhammad amat sedih, namun dia tidak menunjukkan kelamahan malah sangat tabah! Jawapannya SABAR! Nak tahu, bila ditanya kepada anaknya Muhammad di mana bapamu sekarang? Jawabnya dengan lantang sekali: “Fiil Jannah!”- di dalam syurga!. Dia juga bercita-cita akan membalas kematian ayahnya dengan memerangi yahudi laknatullah itu nanti.


Sebelum pulang sempat juga dia memberikan barang-barang hamas buat kami. Keychain, poster ramadhan dan macam-macam lagi. Saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan mereka. Nampak syahid di hadapan. Melihat mereka menaikkan semangat juang. Apa yang diperjuangkan bukan bangsa atau kemanusiaan semata, tetapi ISLAM serta umatnya!

Monday, August 18, 2008

Pucuk Anggur di Ribaan

Polisi 2 B : Bijak berfikir, Berani bertindak!

Polisi 2 S : Senyum Sokmo!

Bekerja untuk Islam. Bila kita fikirkan begitu, insya Allah segala kerja buat kita mendapat keredhaan dari NYA. Saya sudah pulang semula ke Syam. Kalau tidak ada kerja lain yang perlu dibereskan di sini, sudah pasti saya masih lagi di sana. Tapi kalau duduk sana lg, bukannye ade org dah! Huhu ;-p..poyo je!


Photobucket

Seperti N3 saya sblm ni, PCDII- Alhamdulillah, saya jumpa lg hikmah yang tercicir di sana. Walaupun saya bukan peserta program, tapi saya rasa seperti saya diprogram sekali lagi. Saya rasa sangat bersyukur! Sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta. Sehingga saya sendiri cemburu melihat apa yang mereka dapat! Setiap slot jadi muhasabah buat diri saya yang seringkali lalai ini. Sedang masyarakat menanti kita. Sedang medan jihad menanti srikandi yang tabah dan berani. Di mana aku ketika ini?


Kembali kepada diri. Adakah saya sudah bersedia? Apa bekal yang saya ada? Apa senjata yang akan saya bawa? Banyak lagi yang belum saya bereskan di sini. “ Ya Allah, buka kan lah jalan keredhaanMu buat kami”- amin.

Photobucket

Saya suka tengok pohon anggur tu. Jadi pic pucuk anggur ni saya jadikan title N3 saya. Hehe. Cuba anda fikir-fikirkan. Apa pengajaran dari sepucuk anggur? Ade tak? Kalau x de, bagitau saya ya! Haha. K, selamat menikmati pic anggur yang sedang masak ranum yang telah abis di telan oleh ktorg semua kt sane!- ittekimass!
Photobucket

Tuesday, August 12, 2008

PERGI CARI DIRI II

10 sya’ban 1429 – 12 ogos 08

Hari ini saya agak sibuk2 1x! bz dgn my daily schedule…persiapan HLT..pergi bank..jamuan dars wif my Usuluddin course..pastu mlmnya saya akn bertolak ke luar syam..waa! 4 hari tuh! Nanti saya pasti akan rindu teman saya. My new fwen;-p, red,blue,yellow.

Saya teringat masa jd junior dulu..hehe, tp saya x dpt rase lame jd junior..biase r sensei! Dulu saya yang akan sibuk2 prepair 4 training, tp skrg sy plak training org…ikhlas x ni? Tepuk dada tanyalah iman! Wish this program can be successful..wa, almuhimm- dorg semua dpt mcm mana yang saya pernah dpt sebelum ni. Bukan kena tengking r…tp, dpt nikmat sabar!

Saya antara org yg x suka ikut training. Bukan la sampai tahap benci. Tp x bape suke la..x suke org pakse2…tp, mase tu untuk berubah.. saya paksakan juga diri saya. Oleh krn sblm ni di sekolah saya dah biasa sgt ikut program2 camni..siap penah jd fasi lg…jd saya rase mcm cemuih!-bak kata org kedah. Mula2 mmng saya x ikhlas langsung nk join. Tp hati kecil saya masih kata pergi!..saya paksakan jugala kaki ni utk pergi. 1st day mmng x ikhlas langsung. X bagi komitmen. Tp nntah mcm mane nntah tiba2 smngt dtg. Sbb ade 1 slot talk show..saya ni jenis x leh x cakap..jd ape lg cakap banyaklah saya dlm slot tu…smpi x perasan rupe2nye geng fasi dok usher kt cek…x de la ape2 pun…dorg minat rasenye tu…hehe. ^_^- jgn salah sangka, fasi akhwat la.

Bagi saya kadang2 kita kena paksa diri kita utk berubah. Sbb, klu kita x paksa konpem dia x nak ikut kita. Saya telah cuba. Dan hasilnya saya dapat apa yang saya mahu. Saya jumpa apa hikmah yang tercicir selama ini. Kita jangan melihat siapa di hadapan kita waktu itu…tp kita perlu lihat siapa diri kita. Buka minda, lapangkan dada. Saya juga tidak tahu. Percaturan urusan tuhan ini tidak tercapai oleh akal kita. Waktu itu saya hanya baru melangkah sedikit. Tetapi apa yang saya dapat penghargaan trofi yg sangat berharga dariNYA. Sangat berharga!

“ Di mana ada Allah, Di situ hatiku KIBLAT kan”- insya Allah.

Doa saya kita semua memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat sana. Saya juga kerisauan result exam yg akan keluar nanti. Masih ada rahmat dariNYA? Doakan ya! 4 my batch, semoga kita ketemu di sanah thaniyah Usuluddin!- ameen-

Saturday, July 26, 2008

Al-Ukhuwwah Fillah

Manusia adalah makhluk yang hidup berkumpulan dan bermasyarakat. Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Manusia tidak boleh mengasingkan diri dan bersikap seperti kera sumbang. Walaupun begitu dalam berinteraksi dan mencari kenalan, manusia yang beriman perlu mempunyai pedoman yang tertentu. Mereka perlu mengenali hakikat orang yang mereka berinteraksi dengan mereka. Mereka wajar memahami perbezaan antara apa yang dipanggil sebagai kenalan, teman, rakan atau sahabat. Jadi dengan kefahaman yang jelas tentang perbedaan perkataan-perkataan tersebut mereka boleh berinteraksi dengan cara dan etika yang betul dan sesuai.

Kenalan
ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan pertama di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang di rancang atau tidak dirancang. Manakala teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu.

Rakan
ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengan nya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan. Manakala sahabat pula ialah orang yang mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan anda. Anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan. Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri, penampilan rupa diri, mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya.

Islam memang menggalakkan manusia membentuk hubungan kemanusiaan dengan orang lain dalam segala peringkat dan darjatnya. Islam menggalakkan umatnya berkenalan dan memberi salam kepada orang yang mereka kenal atau tidak kenal. Ini adalah tradisi hidup yang bertamadun. Manusia perlu menghargai orang lain dan menampilkan penghargaan dan penghormatan antara satu sama lain kerana mereka adalah setaraf sebagai manusia dan makhluk Allah. Sahabat adalah harta dan senjata bagi seseorang.

Walaupun Islam menggalakan persahabatan dan menganggap manusia itu adalah makhluk saraan Allah yang mempunyai martabat yang sama, semuanya berasal dari Adam, namun Islam menggesa supaya umatnya berhati-hati dalam memilih sahabat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”
[Riwayat Ahmad]

Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
[Al-Furqan: 27-29]

Rasulullah SAW bersabda:
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
[Riwayat Abu Daud]

Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud:
“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.”
[Al-Mustadrak ala al Sahihain]

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mu’min."
[Riwayat Abu Daud]

Persahabatan yang kental dijalin oleh keimanan dan semangat persaudaraan yang mendalam.
Persaudaraan perlu berlandaskan atas lunas-lunas berikut :-

1. Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah.

Persahabatan sewajarnya dijalin bukan atas dasar kebendaan dan kepentingan tertentu, tetapi hendaklah didasarkan kepada keimanan dan kerana Allah semata-mata. Ini adalah agar persahabatan tersebut diberkati oleh Allah.
Diriwayatkan oleh Muslim sabda Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa; ada seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung. Allah menempatkan di tengah jalan seorang Malaikat menunggunya. Apabila orang berkenaan bertemu Malaikat itu, Malaikat pun bertanya; apakah pemergian engkau ke rumah sahabatnya itu kerana engkau hendak mendapatkan apa-apa habuan? Orang berkenaan menjawab; tidak, saya pergi kerana saya sayang padanya kerana Allah.

2. Persaudaraan hendaklah digandingi oleh iman dan taqwa.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan)kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”
surah al-maidah :2

Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa.”
[Riwayat Abu Daud]

3. Persaudaraan hendaklah berlandaskan manhaj Islam.

Sesuai dengan maksud hadith yang menerangkan bahawa antara orang-orang yang akan dinaungi oleh lembayung Allah pada hari kiamat kelak ialah: dua orang yang bersahabat dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah, bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah.

4. Persaudaraan hendaklah mengamalkan dasar saling nasihat-menasihati.

Rasulullah SAW bersabda:
“Orang Mu’min adalah ibarat cermin bagi Mu’min yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya semasa ketiadaannya”
[Riwayat Abu Daud]

Jika temannya itu enggan menerima nasihat, sebaliknya terus berazam melakukan maksiat maka ia hendaklah menjauhinya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan:
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrantasi demi Allah, kasih demi Allah, bencipun demi Allah.”
[Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr]

Jauhkan dari prasangka yang tidak baik. kerana dengan sangka buruk akan menyebabkan natijah yang tidak baik serta akan merenggangkan ukhuwah. firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. “
Surah Al-hujurat:12

5. Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong menolong ketika senang dan susah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan mereka mengutamakan (muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan.”
Surah al hasyr:9

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah ia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan leibih maka hendaklah ia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.”
[Riwayat Muslim]

Di antara cara mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan ialah:

1. Memberitahu saudara kita bahawa kita sayang padanya.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam hadithnya:

“Jika seseorang itu sayang pada sahabatnya maka hendaklah ia beritahu bahawa ia menyayanginya.”
[Riwayat Abu Daud]

“ Aishi teru to itte kure..”- bahasa jepun ;-p

2. Apabila kita berpisah dengannya kita mengharapkan do’a daripadanya dari jauh.
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan;
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendo’akan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut.
[Riwayat Abu Daud]

3. Memaniskan wajah apabila bertemu:
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”
[Riwayat Muslim]

4. Segera menghulurkan tangan untuk berjabat apabila bertemu.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[Riwayat Abu Daud]

5. Kerap melakukan ziarah dari semasa ke semasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
[Riwayat Ahmad]

6. Mengajukan ucap selamat, tahniah dan menyukakan hatinya dalam kesempatan dan hari-hari tertentu.

7. Memberikan hadiah dalam kesempatan tertentu.

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati”
[Riwayat Thabrani]

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih”
[Riwayat Malik]

8. Bersikap prihatin dan suka menunaikan hajat serta keperluan sahabat.

9. Menyempurnakan segala hak-hak ukhuwwah dengan sempurna
.

Persaudaraan dalam Islam menuntut hak-hak tertentu. Rasulullah s.a.w. menerangkan:
“Tiap orang Mu’min telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mu’min yang lain:
iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan, menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya, menghulurkan simpati dengan harta sendiri, mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja sepeninggalannya”
[Riwayat Ibnu Babawaih]


Kalam mangsi-Tanda kasih buat sahabat-sahabat seperjuanganku~my batch;-)
Ukhuwah yang bersemi, Tulus dari hati. Kasih yang abadi hanya pada-Mu ~Ilahi Perjuangan ini moga diberkati!

Tuesday, July 08, 2008

ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BEBAS

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim. Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada. Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini. Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco. Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya. Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh. Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah. Sekarang marilah kita melihat kenapa terdapat perbezaan yang begitu besar dalam pemikiran dan pandangan dua golongan wanita ini. Pada pendapat saya, jika kita ketepikan sebab-sebab sampingan maka didapati masalah utamanya ialah tekanan jiwa yang dideritai oleh wanita 'bebas'. Baginya (dan juga lelaki sepertinya) nampaknya ia tidak ketahui dari mana ia datang dan ke mana kesudahannya. la tidak mempunyai konsep yang jelas tentang pengertian hidup dan dalam banyak hal, ia sekurang-kurangnya berasa sangsi tentang wujudnya Akhirat, tak kurang pula yang menolaknya sama sekali. Amat sukar baginya mempercayai kehidupan selepas hidup di dunia ini. Lantaran itu kehidupannya di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak sah jika sesuatu majlis tidak di sertai dengan minuman arak. Tidak hairan lagilah fikiran manusia yang mabuk akan memproklamirkan segala kejahatannya. Domir (hati) yang merupakan pemberian paling berharga yang dianugerahkan oleh Allah supaya seseorang itu dapat membezakan antara yang baik dan yang jahat, antara benar dan salah kini sudah diliputi oleh timbunan cita-cita yang palsu. Kepalsuan yang kerap mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia amat singkat dan lantaran itu akan melupakan perasaan takut kepada kematian sehingga sanggup pula mengorbankan segala-galanya untuk memanjangkan umur. Berbeza dengan ini, Muslimah sentiasa merasa selamat. Ia beriman kepada Allah. Kepada kitab-kitab yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dan hari pembalasan yang akan mempelawanya masuk ke mana-mana pintu Syurga yang kekal. Baginya hidup ini penuh pengertian sekiranya ia meninggalkan kenikmatan yang sedikit itu, malah ia bukanlah merupakan satu pengorbanan yang besar tetapi sebaliknya menolong mengukuhkan lagi keimanan dan ia lebih mengharapkan pembalasan di hari Akhirat daripada apa yang dikejar oleh kaum sejenisnya yang 'bebas'.

Di sini kita terkeliru antara cara hidup Muslimah dengan golongan tertentu seperti nun (paderi wanita) atau wanita yang dicorakkan seperti masyarakat yang berideologi 'hanya wanita'. Bagi nun (paderi wanita) hidup ini tertumpu kepada tunang rohaniahnya (spiritual bridegroom) Jesus dan hal ehwal keduniaan dianggap perangkap syaitan, manakala Muslimah pula disamping beribadah kepada Allah, ia digalakkan dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kenikmatan yang hakiki dan memikul tanggungjawab hidup sehari-hari. Dia seharusnya menerima kasih sayang dan perlindungan dari suaminya yang bertaqwa, kegembiraan menjadi seorang ibu, mengenakan pakaian yang menarik dan berhias diri (di hadapan suaminya dan kaum keluarganya sahaja — ia menitik beratkan kasih sayang mereka dan bukannya pujian dan sanjungan orang lain ), merebut peluang mengongsi tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat yang mana ia sendiri adalah merupakan anggota penuh. Bagi wanita 'bebas' (feminist) kehidupan ini tidak lain hanyalah satu perjuangan ideologi mereka dan untuk merealisasikan ini tidak kira samada ianya benar atau salah, setiap orang mesti menyertainya walaupun melalui jalan paksaan. Muslimah yakin sepenuhnya tentang kebenaran aqidahnya dan dengan ini ia tidak akan ragu-ragu mengorbankan hidupnya sehingga sanggup keluar berdemonstrasi untuk menegakkan pemerintahan Islam atau dalam usaha untuk membebaskan suaminya, ayahnya, saudaranya yang dipenjarakan kerana mempertahankan Deen mereka seperti yang berlaku di Iran, Syria dan Filipina. Ia lebih rela berhijrah daripada bertolak ansur dan tunduk kepada Mulhid (atheis yang zalim seperti di Afghanistan atau Eritrea; kadang-kadang mungkin terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dan meringkuk dalam penjara yang gelap sebagai tebusan kepada suaminya yang menjadi Mujahid bergerak secara senyap (sir) sebagai langkah berjaga-jaga daripada pemerintah-pemerintah yang zalim di kebanyakan negara-negara Muslim hari ini. Semua kesukaran-kesukaran ini dihadapinya dengan penuh kesabaran kerana ia menyedari bahawa ini adalah daripada ujian-ujian Allah. Dengan ini ia menjadi contoh gemilang di dalam penglibatannya untuk mencapai matlamat yang unggul ini dan akan bersinar bukan sahaja di dalam masyarakat Muslim tetapi kepada seluruh kaum wanita yang mana hati-hati mereka sedang mencari-cari pengganti bagi cara hidup kebendaan Barat dan Timur. Dia akan bersifat hikmah mengajak mereka mengamalkan apa yang diyakininya dan tidak akan memaksa sesiapa pun menerima aqidahnya. Pada pendapat saya, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun nampak pada zahirnya Muslimah ketinggalan beberapa kenikmatan yang dianggap oleh wanita 'bebas' sebagai keperluan untuk kebahagian, tetapi Muslimah tetap mengalami kehidupan yang lebih kaya dan bahagia kerana dibantu oleh keimannya yang teguh. Ia merasai kepuasan mendisplinkan diri sendiri dan berkorban untuk mencapai matlamat yang murni dan pada masa yang sama merasai keindahan hidup berumah tangga dan kepuasan hidup dalam batas-batas syara’. Ia juga merasai ketenteraman jiwa hasil daripada mentaati perintah-perintah Allah S.W.T. yang bertujuan memberi kesejahteraan kepada manusia itu sendiri. Bukankah kemerdekaan dan kemajuan yang sebenar ialah pembangunan kemanusiaan yang mana para ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk generasi akan datang, menggunakan seluruh kemampuan mereka yang ada bukan untuk keruntuhan tetapi memuliakan jiwa-jiwa yang dekat dengan mereka sekiranya mereka mengikut Cara Hidup Islam.
min : Al-Mukminah As-Solehah
-Fatimah Heran

Monday, July 07, 2008

Madrasah Hatiku...






Di sini hatiku diasuh...
Di sini aku diuji..
Skrg rindu sungguh utk menjejakkan kaki...
Kembali bertemu semua yg banyak mencurahkan bakti..
Nantikan kepulangan kami.."Ulama' Amilin yg Berjuang!"

Thursday, July 03, 2008

Isu MPKB- Apabila Hukum Islam Dianggap Remeh.

Dewasa ini, seperti menjadi adat dan budaya setiap hukum Islam akan ditentang oleh penganutnya sendiri samada mengenai perkara dasar mahupun cabang. Berbagai alasan dilontarkan agar ianya kelihatan tidak lagi relevan, kolot dan sebagainya. Fenomena ini memberi impak kepada masyarakat umum terutamanya masyarakat non-muslim yang memerhatikan pertikaian isu antara kita sesama Islam. Pertikaian ini menyebabkan musuh-musuh Islam terus menunggu ruang-ruang kosong untuk di celah masuk bagi memperkotak-katikkan umat Islam. Terdapat juga di kalangan mereka yang hanya menyokong keputusan yang dibuat tanpa sebarang bantahan agar segala kemudaratan dan kehancuran dapat dihalang dan dihapuskan. Amat menghairankan, bagaimana langit bertukar ke bawah dan bumi ke atas??.

Isu undang-undang pemakaian yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) baru-baru ini bukanlah sesuatu yang dianggap pelik apabila ianya lantang dipertikaikan oleh mereka yang berpendidikan dan beragama Islam. Kerajaan Negeri Kelantan melalui bidang kuasanya yang sangat terhad hanya menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin kerajaan yang amat prihatin terhadap rakyatnya juga bertindak sebagai ayah untuk melindungi dan memayungi semua anak rakyatnya dari segala kemudharatan malahan lebih besar dari itu bahana azab Allah SWT di dunia dan akhirat. Sikap bertanggungjawab kerajaan Negeri ini, tidak sepatutnya dipertikaikan. Tetapi yang amat menghairankan, mengapa segala penentangan datang dari luar Kelantan sedangkan majoriti puteri Kelantan menyokong dan menilai undang-undang itu sebagai suatu keputusan yang positif.

Hasil dari ketidakpuasan hati itu, timbullah puluhan alasan lapuk dan berbahaya seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bergelar ustazah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah menyatakan apa yang dilakukan kerajaan Kelantan sebagai memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial dan masalah besar yang lain. Menteri di Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil pula tidak kurang juga lantang berhujah dengan membuat kenyataan “It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide”.

Mereka menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tiada hak untuk mempersoal dan mencampuri urusan individu. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk memakai apa sahaja yang disukainya. Segala macam alasan ini terlalu terbawa-terbawa dengan hujah-hujah akal manusia yang cetek sehingga terkadang membawa kepada hujah-hujah dangkal yang semacam tidak siuman dan hilang punca. Seperti kes wanita yang dirogol, kenapa wanita yang menerima hukuman dan undang-undang?. Ada juga yang berpendapat kebanyakan mangsa rogol adalah wanita yang berpakaian sopan termasuk kanak-kanak yang belum pandai berlagak seksi dan sebagainya. Bila timbul perasaan hasad dengki dan tidak puas hati, maka masing-masing dengan ghairah membuat dan memasukkan segala “perisa tambahan” ke dalam kenyataan yang dibuat oleh MPKB-BRI termasuk mengatakan pamakaian tudung diwajibkan kepada semua wanita di Kelantan dan dilarang memakai ginju dan kasut tumit tinggi sehingga menyebabkan salah faham semua kaum dan agama di seluruh Malaysia.

Di dalam agama Islam, aspek berhak atau tidak sesebuah kerajaan mengenakan undang-undang ke atas rakyatnya telah lama digariskan oleh ulama. Kalau kita mengkaji ilmu usul fiqh, disana terdapat satu kaedah yang berbunyi :

Yang bermaksud: perbuatan atau tindakan pemimpin keatas rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah ( kebaikan). Garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam ini menuntut ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin sepertimana yang telah ditetapkan oleh Islam.

Allah SWT telah menegaskan di dalam Al Quran di dalam surah An Nisa, ayat 59

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Ketaatan yang dituntut oleh Islam hanyalah kepada pemimpin “dari kalangan kamu”. Kata ganti nama “kamu” di dalam ayat tersebut merujuk kepada kalangan orang yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang beriman. Maka segala ketaatan hendaklah diberikan kepada pemimpin tersebut selagimana arahan tersebut berdasarkan kepada maslahah. Akan tetapi sekiranya arahan tersebut membawa kepada mafsadah (kerosakan) maka ianya wajib diingkari berdasarkan konsep tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam urusan maksiat kepada Allah sepertimana arahan Rasulullah SAW di dalam hadithnya :

Daripada Abdullah RA daripada Nabi SAW bersabda :
Dengar dan taat keatas seseorang pada apa yang disukai dan dibenci selagimana tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila diperintah pada perkara maksiat, maka tidak boleh didengari dan ditaati.
(Riwayat At Turmizi)

Di dalam isu ini, maslahah yang dilihat oleh kerajaan Kelantan adalah besar kerana ianya berdasarkan suruhan dan tuntutan agama sepertimana yang telah digariskan oleh Al Quran di dalam surah An Nur, ayat 30 dan 31:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya”.

Allah SWT berfirman lagi didalam surah Al Ahzab ayat 59 :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Maslahah yang diambil kira di dalam ayat-ayat di atas bukanlah maslahah yang mendatang ataupun maslahah yang termasuk di dalam kategori hajiyyat
(keperluan) dan kamaliyyat (kesempurnaan), tetapi ianya termasuk di dalam perkara Dhoruriyyat ( keperluan asas) kerana ianya melibatkan urusan agama. Ia juga termasuk di dalam bab penjagaan Islam terhadap 5 perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu menjaga keturunan. Melihat kepada betapa Islam mengambil berat soal keturunan dan kemuliaan wanita, bagaimana pula dengan pandangan dari cerdik pandai Islam yang mengatakan bahawa hal yang sedemikian rupa adalah perkara remeh temeh, bukan perkara besar dan penghinaan terhadap wanita. Apakah definisi remeh temeh dan penghinaan bagi mereka??.

Mereka hanya bercakap melalui lidah dan perut tetapi tidak melalui hati dan iman. Bukankah kita sering mendengar mencegah itu lebih baik dari mengubati?. Siapa yang ingin menafikan gejala zina, seks bebas, pembuangan bayi, aids, sumbang mahram dan sebagainya adalah pada asalnya berpunca dari pandangan. Kita selalu mendengar pepatah “dari mata turun ke hati”. Dari hati sudah tentu beralih kepada perbuatan. Adakah pepatah itu hanya dilihat dari aspek cinta biasa sahaja?. Sudah pasti undang-undang yang dilaksanakan kerajaan Kelantan itu adalah untuk mencegah dari berlakunya punca kepada segala punca. Mengapa langkah yang diambil itu langsung tidak dilihat sebagai langkah pencegahan malah hanya dilihat sebagai modal perluasan landskap politik kerajaan Kelantan semata-mata?.

Di dalam Islam juga, aspek amar makruf nahi mungkar menjadi asas dalam kehidupan manusia. Menyuruh kepada kebaikan adalah dikira boleh dan mampu dilakukan oleh semua individu tetapi tidak semestinya semua individu boleh melaksanakan nahi mungkar. Tidak dapat tidak ianya mesti disempurnakan oleh kerajaan jika individu itu tidak mampu melaksanakannya berlandaskan kepada konsep fardhu kifayah. Rasulullah SAW pernah bersabda :

Daripada Abu Said Al Khudri RA berkata : aku mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda. Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia menghalangnya dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu hendaklah lengan lidahnya (kata-katanya). Jika tidak mampu hendaklah ia benci padanya dengan hatinya dan sesunggunya itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Dalil hadis di atas telah menjelaskan bahawa arahan kepada amar ma’aruf nahi mungkar adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan. Melaksanakannya dengan tangan atau kuasa hanya boleh dilakukan oleh kerajaan bukannya individu. Pemakaian wanita yang tidak menutup aurat dan tidak menepati ciri-ciri yang digariskan oleh Islam adalah satu perbuatan mungkar dan wajib dicegah. Maka pencegahan itu jika tidak dapat dilakukan oleh individu dan masyarakat, hendaklah ia disempurnakan oleh kerajaan. Kerajaan yang sah dan berautoriti wajib mencegah dan menghalang dari berlakunya perkara-perkara yang dianggap mungkar dari berlaku. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan sudah tentu dianggap menunaikan tanggungjawab yang tidak mampu ditunaikan oleh orang lain. Ianya juga adalah di bawah bidang kuasa mereka bertepatan dengan perlembagaan yang termaktub di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Perlembagaan manusia jika dibandingkan dengan perlembagaan Allah, sudah pasti perlembagaan Allah adalah Raja segala raja yang perlu diutamakan.

Beberapa pihak menyatakan perlaksanaan sesuatu hukum mestilah secara beransur-ansur supaya rakyat tidak memberontak. Dari fakta dan senario yang berlaku, kerajaan Kelantan sudah lama mendidik dan memberi penerangan kepada rakyatnya supaya menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan. Ianya dapat dilihat dengan pelbagai kempen dan tindakan yang dilakukan seperti Kempen Menutup Aurat, Bulan Solat dan sebagainya. Lihat sahaja polisi-polisi pengiklanan di Kelantan, wanita muslim perlu bertudung dan ianya kelihatan sungguh sopan dalam keadaan sebegitu sehinggakan dalam satu akhbar sisipan Bi Pop Berita Minggu menyiarkan perbandingan gambar Maya Karin yang anggun bertudung menghiasi papan-papan iklan Celcom di serata Kelantan berbanding di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain. Malah ianya ditiru oleh negeri yang lain seperti di Terengganu. Bukankah itu adalah suatu yang positif dan bukankah juga ianya adalah salah satu langkah pendidikan yang dilaksanakan kerajaan Kelantan untuk rakyatnya dan untuk rakyat Malaysia amnya?. Dengan sebab itulah kita melihat wanita Kelantan yang faham dan sudah terdidik tenang tidak terlompat melatah sebaliknya yang di luar Kelantan menjerit terkinja-kinja sehingga rebah.

Jika dilihat melalui soal hak individu, mengapa tidak dipertikaikan undang-undang jalanraya?. Mengapa anggota polis, para doktor, jururawat, anggota bomba diwajibkan memakai pakaian seragam, kad nama dan sebagainya ketika menjalankan tugas ?. Bukankan menurut hak individu, mereka berhak memakai apa sahaja yang mereka mahu. Mengapa undang-undang menutup aurat dan berpakaian sopan bagi orang Islam dan bukan Islam ketika berniaga di Kelantan tidak dilihat pada aspek yang sama?. Mengapa hak asasi manusia ini sentiasa dilihat dari sebelah pihak tanpa mengambil kira pihak yang lain?. Bukankah bilamana seseorang wanita berpakaian menjolok mata itu dalam masa yang sama telah mengganggu hak asasi kaum lelaki?. Persoalan yang sangat mudah dijawab tetapi sengaja disusahkan dan diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Teringat kepada kata-kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, “wanita yang berpakaian seksi sebenarnya telah melakukan gangguan seksual kepada golongan lelaki”.

Segala undang-undang, arahan, suruhan dan larangan di dalam Islam dan di dalam Al Quran sebenarnya tidak dapat lari daripada meliputi semua pihak samada hak individu, masyarakat, kerajaan dan negara. Segala kebaikan dari khitab Allah SWT adalah sentiasa kembali kepada hambanya walaupun dimata hamba ianya seperti mengganggu hak asasinya. Allah SWT telah menyebut di dalam kertas kerjaNya untuk kehidupan manusia di dunia :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Surah:surah yunus :57.

Allah SWT menegaskan lagi :

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah :surah Al Baqarah : 216

Setiap hamba perlu sedar bahawa hak asasi adalah pinjaman dari yang lebih berhak dan yang mencipta hak asasi tersebut. Hak asasi manusia adalah hak Allah SWT. Maka tidak layak bagi hamba untuk membuat pertikaian dengan Allah SWT berkenaan hak asasi yang hanya pinjaman dariNya.

Semua agama di dunia ini menyuruh dan menggalakkan kepada tingkah laku dan tindak tanduk yang baik. Kita percaya bahawa tidak ada agama yang melihat pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang baik. Sebab itulah di dalam semua agama adanya konsep perkahwinan untuk menghalang daripada menularnya pelbagai keburukan dan kemudharatan. Persamaan inilah antara sebab wujudnya toleransi antara semua agama, tinggal lagi kepercayaan, pegangan dan perlaksanaan sahaja yang membezakan. Mengapa undang-undang dan polisi dari agama lain dapat diterima secara berlapang dada tanpa mengaitkannya dengan hak individu?. Sedangkan apabila dikaitkan dengan Islam masing-masing cepat melenting dan mudah menghukum dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa segala alasan dan bangkangan yang dibuat adalah berpaksikan nafsu, kepentingan politik dan “rice cooker” sendiri semata-mata. Bukan berdasarkan fakta dan bukti apatah lagi berlandaskan dalil-dalil syari’e. Pandangan nafsu sentiasa menjadi hakim dalam setiap pertimbangan membuatkan mereka sentiasa melihat kaca bersinar seperti permata. Kompaun yang sedikit dan ringan membuat mereka lupa pada azab Allah yang jauh lebih besar dan pedih.

Namun, apabila segala perlaksaan undang-undang yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Pas di Kelantan, sudah tentu akan ditentang habis-habisan oleh juak-juak di dalam Umno dan Barisan Nasional samada kerajaan atau orang perseorangan. Ustaz dan ustazah hadhari akan dikerah bermuzakarah untuk menghalalkan penggezetan kalimah “boleh”, “tidak boleh”, “setuju” dan tidak setuju” menurut apa sahaja kemahuan mereka. Mereka bagaikan melihat kepentingan politik dan perut sudah menjadi kiblat di dalam kehidupan seharian. Tun Dr Mahathir dahulu pernah menyatakan untuk mengukuhkan sistem ekonomi Islam, penggunaan dinar emas adalah satu instrumen yang terbaik. Ketika itu ramai ahli-ahli ekonomi termasuk ahli-ahli politik bersetuju dan menganggap itu adalah satu pendapat yang sangat positif dan berpandangan jauh. Tetapi bila ianya dilaksanakan di Kelantan, ramai yang tidak bersetuju dan ada pula yang menentangnya. Adakah kerana dasar dan nama mereka yang berpaksikan Islam, maka mereka mesti dihentam di atas nama perjuangan hak asasi kemanusiaan?. Dalam hal ini kita melihat bahawa politik sempit diletakkan di hadapan dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan agama walhal ianya bukanlah matlamat utama manusia diutus ke dunia. Era politik diasingkan dengan agama sudahpun berakhir. Sudah tiba masanya politik dilihat dari perspektif dan pandangan yang universal bertepatan dengan sifat Islam yang sentiasa syumul dan sesuai sepanjang zaman.

Dari sudut keuntungan politik, kerajaan Kelantan tidaklah akan mendapat publisiti positif yang meluas malah akan dieksploitasi habis-habisan dengan dilabelkan sebagai ekstrimis Islam, mundur, tidak mengambil kira sensitiviti agama lain dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang berlaku, segala ancaman serta tohmahan tersebut diketepikan kerana tanggungjawab dan pandangan Allah diletakkan dihadapan. Malu kepada Allah melebihi malu kepada makhluk. Kerana kepentingan politik mereka rela dikorbankan demi menunaikan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di padang Mahsyar kelak.




Islam mengangkat wanita pada satu martabat yang mulia. Mereka ibarat barang berharga yang harus dijaga dan diberi sepenuh perhatian malah lebih dari itu. Segala kecaknaan itu seharusnya tidak dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan memberi mudharat. Sesuatu yang berharga dan bernilai bukankah sentiasa disimpan dan di”tutup” dengan selamat sehingga ianya hanya untuk dilihat bagi orang yang berhak dan layak melihatnya sahaja?. Kalau makanan dan barang berharga pun ditutup, inikan manusia yang lebih berharga dan indah ciptaannya. Sudah tentu ianya harus dilindungi dari segala kerosakan dalaman mahupun luaran.

Segala perancangan, arahan dan larangan yang datang daripada Allah adalah untuk membuka pintu-pintu kebaikan dan keberkatan buat manusia. Allah SWT berfirman :

“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan (pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
Surah :surah Al A'raff :96

Keberkatan yang dijanjikan datang dari langit dan bumi itu akan datang sekiranya manusia dan rakyat sesebuah negara itu sentiasa beriman kepada Allah. Beriman itu memberi maksud meyakini dan menerima apa sahaja yang datang dari Allah samada baik dan buruk. Sifat-sifat orang beriman yang berjaya mendapat keberkatan, keredhaan dan syurga Allah SWT telah disebutkan oleh Allah 1400 tahun yang lalu dan antaranya ialah bagi orang yang menjaga kemaluan dan kehormatan mereka.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya.”
Surah :al-mu’minun: 1-5.

Biarlah mereka yang tidak beriman kepada Allah sahaja yang menentang segala hukum hakamNya kerana itu adalah sifat dan kerja mereka sejak dari dahulu lagi. Biarkan orang yang bernama Richard, Guan Eng, Bush dan Vellu yang menentang. Jangan lagi orang yang bernama Mashitah, Shahrizat, Muhammad dan Abdullah yang bersama mereka menjerit lantang. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". dan Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.
Surah :al Baqarah :120
Wallahu a’lam.
Pena:
Perwira & Srikandi ISLAM.

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie