Saturday, January 23, 2010

Bersamamu Palestin~






















Khaibar, khaibar ya yahud! Jaisyu Muhammad saufa yau’ud!!

Allahu Akbar!!!

Walillahilhamd..

Satu selogan yang dilaungkan oleh umat Islam ini bisa melumpuhkan para musuh Allah. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai mahrajan anjuran Hamas di Syria. Mahrajan ini pula adalah yang julung kali dapat diadakan di sini. Kebetulan saya juga mendapat jemputan dari ummu Muhammad wakil muslimat Hamas yang selalu menyambut kami apabila berziarah ke pejabat mereka. Temujanji telah dibuat bersama beliau di kawasan penduduk Palestin iaitu di Yarmouk. Kami selamat berada di tempat yang dijanjikan tepat pada masanya walaupun sebelum menuju ke tempat kejadian kami mempunyai bermacam-macam halangan. Alhamdulillah, pada pukul 4.00 petang 8 orang mujahidah selamat berkumpul dan menaiki bas yang disediakan oleh pihak beliau.

Seusai sampai ke sana kami semua terkejut dengan persediaan mereka untuk bergerak ke stadium Faiha’ kerana kenderaan yang akan kami naiki itu dipenuhi dengan bendera-bendera Hamas!. Saya merasakan seolah-olah kami semua akan menuju ke medan jihad qital!. Perasaan ketika itu bercampur baur kerana keadaan kami di sini yang membimbangkan. Gembira, takut dan yang tidak tahu nak cakap apa pun ada. Namun saya tetap rasa beruntung kerana dapat bersama-sama dengan mereka semua.

Kami tiba di stadium Faiha’ lebih kurang pukul 5.15 petang. Keadaan di pintu masuk sesak dengan orang ramai yang tidak sabar lagi untuk masuk ke kawasan stadium. Ketika ini saya dan sahabat-sahabat cuba membayangkan suasana berlakunya “yaumul qiyamah” . Masya Allah, manusia berpusu-pusu untuk masuk menuju ke destinasi yang ingin dituju. Apabila kami sampai di pintu masuk dalam stadium kelihatan ramai manusia telah mengambil tempat masing-masing. Kelihatan bendera, rayah-rayah jihad berwarna hijau, putih dan merah berkibar di sekeliling. Saya sekarang betul-betul berada di medan jihad!.

Semasa di Malaysia saya ti
dak pernah berpeluang untuk menyertai perhimpunan atau muktamar PAS pusat tetapi Alhamdulillah Allah memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perhimpunan seperti ini. Ini medan jihad mereka “Ahlu Ghazzah” dan “Ahlu Filastin”. Medan saya Adalah di Malaysia tanah air tercinta iaitu berjuang bersama Harakah Islamiyah yang syumul. Walaupun demikian mereka dan kita tidak ada bezanya kerana kita sama-sama mempunyai tujuan dan matlamat yang satu. Li I’lai Kalimatillahi al-Haqq!~

Anda boleh juga ke link ini.

Jumaat : 22 januari 2010 ..Bersamaan 6 Safar 1431..Bertempat: Nadi Al-Faiha’ Ar Riadhi, Damascus Syria.. Anjuran: HAMAS


SAMBUTAN MEMPERINGATI SETAHUN KEMENANGAN MEMPERTAHANKAN GAZA DAN ULANG TAHUN PENUBUHAN HAMAS YANG KE 21


Persembahan Kebudayaan Islam :




Muqawamah..Jihad!!! :





Amal Hamas..~:



Wednesday, January 20, 2010

Di Mana-Mana Ujian

Photobucket

Suatu hari saya terdengar perbualan seorang student di sini yang barangkali sedang membuat panggilan kepada keluarga di tanah air. Dari sayup-sayup suaranya saya dapat menangkap beberapa patah dari perbualan yang menceritakan di sini dia bangun pukul 4.00 pagi kemudian terus study sampai lepas subuh. Subhanallah~. Bagaimana saya tidak mengagumi kekentalan jiwanya yang mampu untuk menjadi sebegitu kerana ketika ini berapa ramai sahaja yang mampu untuk melawan nafsu dalam diri?. Tambahan dengan musim sejuk di Syria yang tempoh malam lebih panjang dari siang dan waktu inilah datangnya nafsu tidur, nafsu malas, nafsu makan dan banyak lagi ujiannya.

Lalu saya teringat akan pesanan sheikh Khalid Yaasin yang mengajar subjek tafsir di Mujamma’ Fatah tempat saya belajar. Katanya, “ saya harap kamu sebagai tolib ilm syariah dapat mentatbiqkan (praktikal) segala ilmu yang dipelajari. 1 jam sebelum masuk fajar subuh itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana ketika itu adalah waktu paling baik bagi seorang hamba yang tahu menghargai peluang yang dikurniakan Allah ”.

Terdetik di hati saya menyebabkan saya berkata-kata sendiri di dalam hati, “ bagusnya dia bangun awal pagi, saya??..”. kadang-kadang Allah datangkan orang di sekeliling kita untuk memberikan peringatan kepada kita. Ada kalanya DIA tarik sementara nikmat yang pernah diberikanNYA kepada kita. Menurut kata murabbi, kalau kita fahami sesungguhnya Allah lebih cemburu kepada hamba-hambanya. Cemburu apabila hambaNYA lari daripadaNYA lalu dihantar segala macam cara untuk membuatkan hamba itu kembali kepadaNYA. Tarbiyah dari Allah sungguh indah dan unik~

Apabila tersingkap segala macam kejadian dalam hidup, maka akan tercetuslah transformasi dalam diri untuk mencapai tahap yang lebih hampir kepadaNYA. Waktu itulah kita akan berazam dengan bermacam-macam azam dan semangat yang begitu membuak-buak bak buih panas di permukaan gunung berapi yang hampir meluahkan lavanya. Jangan kita sangka keadaan itu sudah sampai ke kemuncak usaha. Kita perlu berwaspada!, kerana ketika ini juga kita bisa tertipu dengan diri sendiri. Di mana-mana pun ada ujian dariNYA. Jadi kita perlu sentiasa bersedia di setiap waktu dan ketika agar terus redha dan sabar ketika dipanah dengan panahan ujian yang begitu dahsyat.

Hari ini mungkin kita telah berazam bahawa kita akan membuat sesuatu kebaikan namun terkadang kita diuji lalu kita tidak dapat melaksanakan azam itu. Kemudian kita berazam lagi untuk kali yang kedua dan seterusnya, namun masih jua tidak dapat dilaksanakan. Apakah yang dimaksudkan di sini?. Inilah dia namanya PERJUANGAN!. Apa yang perlu kita lakukan bila kita diuji sebegitu?. Sudah tentu terkadang ada yang merasakan bahawa doanya tidak dimaqbul, kehampaan, kekecewaan, rasa semakin jauh dan sebagainya.

Hakikatnya bila kita diuji dengan ujian yang hebat itulah yang akan memberikan kekuatan untuk terus bangkit bagi menongkah arus rintangan di masa hadapan. Paling utama Adalah husnu zhan kita kepada taqdirNYA. Walaupun usaha kita masih tidak berhasil untuk kali pertama, kedua dan ketiga namun jika kita terus istiqamah dan berusaha lagi untuk melakukan amalan kebaikan insya Allah, berkat dari kesabaran itu akan membuahkan hasil ketaqwaan dan bertambah lagi keimanan kita kepadaNYA.

Pernah seorang naqib ditanya oleh anak buahnya soalan mengenai pengorbanan dan kesabaran.

“ Ustaz, apakah peranan seorang suami ketika berlaku sesuatu yang menyebabkan kita harus berkorban dan bersabar? ”.

Lalu dijawab oleh naqib tersebut, “ di sini saya bawakan satu contoh yang menarik…”.

Ada 1 kuliah yang mana salah satu dari ahli kuliah itu tidak dapat hadir. Lalu ditanya oleh ustaz yang mengajar; kenapa kamu tidak datang?.

Jawab muridnya, “ maaf ustaz saya sudah bersiap ustaz..ibu-bapa saya pula datang. Jadi saya menguruskan ibu bapa saya dahulu ”.

Kemudian minggu seterusnya ada lagi pengajian lalu ditunggu lagi oleh ustaznya namun dia tidak hadir juga.

“ maaf ustaz, saya sudah bersiap tapi ibu saya datang pula. lalu saya menguruskan ibu saya ustaz ” .

Rupanya kita diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang sama. Kalau kita belum lulus dengan ujian itu Allah akan menguji lagi dengan ujian yang sama.


Akhwati fillah, kita sangat memerlukan kesabaran, tadhiyah dan keikhlasan. Mungkin yang sabar di atas sabar. Kita sangat memerlukan tadhiyah dan pengorbanan. Kita juga perlukan keihklasan!. Kerana di mana-mana pun kita tetap akan diuji oleh Allah SWT…

Monday, January 18, 2010

"Lau kana bainana..."

“Lau kana bainana al-Habib” - Seson 1 (Al-Musim 1)

Photobucket

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Rancangan ini mula ditayangkan sekitar April 2009. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.


Kebetulan saya juga berkesempatan menonton satu rancangan “RSP” di astro berupa sebuah permainan yang dianggotai oleh artis Malaysia dan masyarakat setempat. Rancangan hiburan yang sangat tidak berfaedah dan sedikit sebanyak menjatuhkan maruah seorang Islam juga menambahkan ‘kedunguan’ sahaja. Jauh sekalilah untuk ingatkan kita kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. Malahan banyak lagi rancangan hiburan seperti ini di Malaysia. Inilah tanah airku yang penuh dengan kebejatan akhlak dan maksiat.


Hiburan adalah suatu yang dibenarkan di dalam Islam tetapi cukuplah kita berhibur sekadarnya kerana hiburan ini ibarat garam dalam masakan. Garam mestilah secukup rasa sahaja. Kalau kita memasak seperiuk kecil “tom yam” tak kan lah kita akan meletakkan 1 kg garam?. Sudah tentu ada yang akan mengatakan kepada kita, “lori garam terbalik ke yong?”.


“Lau kana bainana al-habib” sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah SAW selepas cinta kita kepada Allah SWT.


Kita dapat melihat gelagat umat Islam di jalan raya dan lain-lain tempat awam. Bagaimana akhlak mereka. Kemudian mereka diberikan tazkirah untuk mengingati Rasulullah SAW. Mereka akan diajukan soalan bagaimana dan apakah perasaan jikalau Rasulullah masih ada bersama kita??. Banyak lagi siri dan slot menarik seperti tarbiyah, amanah, "yashkuru an nikmah" dan banyak lagi. ~masya Allah~


Ya Rasulallah~ rinduku kian mendarah!

1000 mustahil!! :

opening "Lau kaana bainana al-Habib" :

lanjutan link " Lau kaana bainana al-Habib" di sini.

dan lagi, di sini.

Monday, January 11, 2010

Ya hafizal Qur’an~

الحلم قرآنى


يا حافظ القرآن بوركت من انسان
من عنده الرحمٰن عليك بالاءيمان

يا ربنا نور دربنا
اهد قلبنا ربنا، ربنا



Ya hafizal Qur’an~ buurikta min insaan..

Min ‘indihir rahmaan..’alaika bil Imaan...


Ya rabbana, nauwir darbana..

Ihdi qalbana rabbana, rabbana~…


Anasyid deeny ini antara mp3 favourite yang selalu saya dengar. Pertama sebab saya suka part lirik ini kerana sedap didengar dan boleh memberikan ketenangan. Kemudian maksud lirik ini penuh dengan nasihat dan doa buat kita.

Tambahan pula yang
mengalunkan nasyid ini adalah kanak-kanak. Jadi saya nak share mp3 ni dengan anda semua. Selamat mendengar, menghayati dan menjadi pedoman hidup kita yang sangat singkat ini..~ Ya Rabbana..







bi indal fajri.mp3 :

http://www.mediafire.com/?4qyzxmo3jgm

ya hafizal quran mp3.mp3:

http://www.mediafire.com/?lnonfe2qmnj

ya hafizal quran.mp3:

http://www.mediafire.com/?ndh3nkz5qiy

Monday, January 04, 2010

MemBer PPMS & Muhadharah Mantop

Baru-baru ini pihak persatuan pelajar Malaysia Syria telah mengadakan program memori bersama PPMS bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baru dan gerak kerja tahunan bagi sesi ini. Di kesempatan ini juga PPMS telah menjemput sheikh daripada Abu Nour untuk menyampaikan muhadharah bertajuk “ Ulama’ Negarawan”. Saya amat berharap agar ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan bersama sahabat semua.

Maudhu’ utama N3 pada kali ini adalah untuk mengajak anda semua agar mengetahui hakikat ilmu serta mengetahui hadaf yang jelas dalam menuntut ilmu juga kita dapat menghormati para ulama. Kerana ilmu dan ulama itu tidak dapat dipisahkan. Sangat menyedihkan apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan berjaya dengan cemerlang namun tidak mahu menghormati para ulama. Inilah yang dikatakan tidak mempunyai adab dengan ilmu. Kerana seseorang yang melazimi akan ilmu agama sewajarnya menghormati ilmu itu sendiri dan para ulama.

“Ulama adalah pewaris para nabi”. Jadi siapa kita jika tidak menghormati para ulama?.

Di antara isi kandungan muhadharah bersama Dr. A’lauddin El-Hamwiy (hafizahullah)pensyarah kuliyah Usuluddin di Mujamma’ Abu Nour dan Dekan kuliyah Auza’ie, dengan tajuk “Ulama Negarawan”. Beliau telah memulakan sesi muhadharah dengan mengatakan kepada semua pelajar agar menjadi Ulama Negarawan “kun a’liman aa’lamiyan!”.

Dr. juga berkata mengenai hakikat ilmu pada awal muhadharah bahawa ilmu perlu dijadikan ibadah, “al ‘ilmu bi la I’badah ka syajarah blastik!”. Ilmu tanpa ibadah seperti pohon plastic!. Kerana ibadah tidak ada hadnya. Pesan Dr lagi, tuntutlah ilmu seperti kita ini seorang yang kelaparan sehingga tidak memilih apa yang ada di depan mata ketika itu. Dia akan makan segala-galanya tanpa berfikir untuk memilih lagi. Sebagai penuntut ilmu, kita juga perlu itqan dan mempunyai hadaf yang jelas dalam menuntut ilmu.

Ada satu kisah mengenai salah seorang sheikhul Azhar yang begitu menarik untuk dikongsikan bersama. Namanya sheikh Muhammad Zuwaily al Misry ketika usianya 4 tahun ibunya telah menulis di pintu biliknya dengan nama “ bilik Dr. Muhammad Zuwaily”. Apakah maksud dari kalimah ini?. Ianya membawa maksud supaya tertanam dalam pemikiran anak kecil ini akan tujuan dan matlamat yang jelas dalam kehidupannya. Sesungguhnya tarbiyah itu bermula dari kecil (tarbiyah al-atfaal) untuk menanam tekad dan hadaf yang mantap.

Kisah sheikh Muhammad alkhadry daripada Tunisia pula, semasa kecil ibunya selalu menyebutkan kepadanya, “insya Allah suatu hari nanti kamu akan menjadi seikhul azhar”. Alhamdulillah berkat doa ibunya dari kecil al fadhilah sheikh adalah satu-satunya sheikhul azhar yang bukan misry.

Teringat kalam dari sang Murabbi,


“Kematian hati, banyak orang tertawa sedang maut mengintainya..”

“Di antara banyak-banyak kemiskinan, yang paling menyedihkan adalah kemiskinan azam dan tekad. Bukannya kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa kepada kemiskinan harta. Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuatkan kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang mampu keluar dari jahiliyah dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras”.

Jadi, apa hadaf kita? Kita perlu punya hadaf dan semangat juang yang tak pernah pudar. Apa erti usia panjang tapi tidak punya isi?.

mp3 muhadharah di sini.
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie