
IMAN.
Kita mudah sahaja mengungkap perkataan IMAN di bibir namun untuk menunaikannya belum tentu lagi. Saya lebih suka menyentuh tentang pemuda-pemudi sekarang kerana mereka yang akan mencorak dunia akan datang untuk mewarnakannya dengan warna IMAN atau KUFUR. Kerana saya juga salah seorang yang tergolong dalam golongan pemudi. Zaman muda ini adalah zaman yang penuh dengan fitnah. Tetapi inilah juga zaman yang paling manis untuk beribadah. Mengapa mesti ada sangsi dalam beragama dan pada janji Allah? Cuba kita lihat pemuda-pemudi sekarang. Masya Allah! Tidak kasihankah kepada mereka? Tidak kira lelaki dan perempuan semuanya tenggelam dengan kefana’an dunia. Itu tidak termasuk yang songsang gender dan banyak lagi yang songsang dalam dunia ini. Tersesat jalan di jalan raya boleh bertanya dengan orang, tetapi sesat dari jalan Allah sendiri mau ingatla!
LEMAH.
Mengapa pemuda Islam sekarang sangat lemah? Terlalu lemah sehingga mereka tiada pergantungan. Sanggup berjalan membontoti nafsu yang tidak pernah puas. Ditiup ke kanan melayang, ke kiri terterap!suka melayan perasaan yang sedikit pun tidak memberikan faedah kepada diri. Sepatutnya umat Islam adalah umat yang paling berkualiti dan berprinsip. Kita biasa mendengar bahawa pemuda adalah harapan bangsa, mencorak masa depan dan etc… Ke mana hilangnya keizzahan umat Islam yang pernah kita agungkan suatu ketika dahulu?
KEMBALI.

PIL PENENANG JIWA.
Seseorang yang jiwanya kosong pasti sentiasa ingin mencari “sesuatu” untuk di isi bagi menghadapi “tsunami ganas” yang melanda perasaan. Jadi tidak mustahil ramai yang tersalah isi. Kenderaan yang sepatutnya diisi dengan minyak tetapi telah ditukar dengan air tentulah akan rosak. Begitu juga jiwa dan hati kita. Kita perlu ada benteng yang kukuh bisa melindungi diri dari segala kerosakan. Di sini saya sertakan beberapa idealisme untuk panduan bersama:
- Menyayangi masa muda anda dengan menjaganya mengikut panduan agama.
- Memupuk kekentalan IMAN dan berprinsip dalam beragama.
- Menyibukkan diri dengan perkara berfaedah antaranya; beriltizam dengan Jemaah Islam yang syumul, mengikuti siri usrah dan tarbiah, menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat.
- Belajar dan mendalami ilmu agama sebagai asas kehidupan.
- IKHLAS dan SABAR dalam melakukan segala amalan kerana Allah.
- Mencari murabbi, sahabat yang baik, mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah.
- Yakin dan beriman bahawa dunia hanya tempat persinggahan, akhirat yang kekal abadi.
Ummah sekarang menantikan sinar kebenaran itu kembali menyinari dunia yang kegelapan ini. Kita harus bingkas bangun mengatur langkah bagi menongkah arus deras yang sedang melanda ini. Kita bina kembali ruh Serikandi Mujaddidah Islam bagi menyeru manusia kepada Islam.
“ Di Mana Ku Temui Cinta-NYA, Di Situ Hatiku KIBLATkan!” – bleach/“new spirit”-
