Saffa@srar...
Hari ini hujan lagi dari petang hingga ke malam. Cuaca sejuk dan dingin sekali. Maysaa pun tidur awal dari biasa. Sejuk.. memang sedap tidur. Tapi ummi perlu meneruskan beberapa agenda hari ini yang masih belum selesai. Al maklumlah.. imtihan nisfi dah nak dekat.. Ummi kena baca kitab sayang..!
Makin meningkat usianya semakin banyak kerenahnya. Kadang-kadang ummi sendiri bingung mencari penyelesaian untuk mendidik anak kecil ini agar ia dapat didikan yang betul. Cabaran mendidik anak buat pertama kali memang banyak. Kalau tersalah langkah mungkin kita akan memarahinya tanpa kita sedari. Ya Allah, Ya Latif... Ultuf binaa..~
Kuliyah...
Lama sangat rasanya tak sibuk begini.. Lama dah tak pegang buku, belek kitab, buka kamus..Rindu yang amat.. Hanya Allah yang tahu. betapa di dalam hati ini membara semangat yang dipendam sekian lama.. Akhirnya berjaya ku keluarkan juga..
Alhamdulillah, dengan iziNya suamiku bersedia untuk memberikan ku jalan terus menuntut ilmu dan kejar cita-citaku. Ilmu ini bukan hanya untuk segulung ijazah malah azamku akan mendapatkan bergulung-gulung kalau boleh. Semuanya demi agama demi Islam, untuk suamiku dan anak-anak kami nanti.
Suamiku naik Haji...
Alhamdulillah, selesai sudah urusan ibadahnya di sana. Aku bersyukur ya Allah kerana dijemput suamiku ke sana.. Ke rumahMu. Walaupun perginya tanpa aku bersama namun aku pasti suamiku pasti mendoakan kebaikan untukku. Redhanya kunci SyurgaMU..
Berbaki lagi beberapa hari saja lagi Abang di sana. Harapnya Abang dapat menikmati dan menghayati sirah Baginda sallallahu alihi wasallam dan menjadikannya sumber kekuatan untuk terus bernafas dengan nafas perjuangan. Ketahuilah bahawa isterimu ini akan sentiasa berada disampingmu ketika mana Abang terus memperjuangkan Islam dan berdakwah untuk agamaNYA.
Selamat pulang Abang...!
# ok lah nak sambung baca kitab balik.. Good luck 4 allz..!