Saturday, March 21, 2009

Al-kisah...Student di Syria


Kisah ini naqal dari housemate saya yang kelakar n kering orangnya. Huhu. Orangnya Nampak pendiam, tapi bila bersembang suka buat kelakar n x kering gusi! Itulah, setiap orang kan ada kelebihan n kekurangannya. Inilah keadilan ciptaan Allah kepada manusia. So, al kisahnya begini…

Solahiyah, makcik hamidiyah dan makcik sarijeyah…

Suatu petang solahiyah ni keluar berjalan-jalan bersama sahabatnya ambil angin petanglah katakan. Lalu bertemu dengan dua orang makcik arab di pertengahan perjalanan. Mereka ni beramah mesrala dengan kedua-dua makcik itu. Makcik sorang ni bertanyakan nama kedua-dua sahabat saya ni…mereka pun memberitahu nama masing-masing. Biasanya orang arab akan pelik bila dengar nama orang Malaysia. Mana tidaknya nama orang Malaysia ni macam-macam dan panjang-panjang. Kalau nama arab tu pendek je. Rama, rima, rumu? Eh takdelah, rama dan rima je..lepas tu kalau nama lain pula hana’, wafa’, asma’, kiranya nama-nama yang pendek dan mudah untuk dipanggil. Bila makcik ni tau yang nama sahabat saya ni solahiyah, dia dan kawannya pandang sesama sendiri. Lalu sahabat saya ni bertanyakan nama makcik tu.. dengan selamba makcik menjawab namanya hamidiyah dan kawannya sarijeyah..wahaha. Nampak sangat makcik-makcik tu buat lawak. Setakat ni mana ada lagi orang arab yang saya jumpa nama macam tu..

Solahiyah: biasanya nama bagi pangkal kepada nama jalan/ nama tempat
Hamidiyah: nama “suq hamidiyah” merupakan tempat membeli belah terkenal di Damascus.
Sarijeyah : nama “ suq sarejeh” pasar yang berhampiran dengan rumah kami.;-)

Syai-thani! Syaithan??;-p

Saya telah bertanyakan kepada kawan saya mengenai trip mereka baru-baru ini ke halab (Aleppo) kerana saya tidak turut serta dalam trip tersebut. Sambil saya melihat gambar-gambar sepanjang trip itu. Memang best. Macam rugi pula tak pergi. Saya demam masa tu jadi tak boleh nak ke mana-mana. So, kawan saya ni pun ceritalah tentang kisah syai-than! Huhu. Saya ni agak terkejutlah kerana tiba-tiba nak cerita kisah syaitan. Sebelum itu dia bercerita tentang mat’am (restoran) yang bagi dorang syai free (air teh). Katanya driver coster yang mereka naiki pun selalu singgah ke mat’am tersebut untuk minum syai free tersebut. Berkali-kali jugakla mereka turun ke mat’am tu. Kawan saya pun cakap kepada saya, “kami pun apa lagi, nak syai-than la jugak!”. Saya ingatkan apa yang syai-than-syai-than ni?. Rupa-rupanya dia nak buat lawak!perghh. syai-than tu…syai-thani! Itu yang mereka berulang-ulang cakap kepada tuan mat’am..disebabkan kerana air teh itu free mereka suka-sukalah nak minta lagi…huhu. Nakal-nakal dorang ni. Lagipun masa tu musim sejuk, dapat air teh panas free plak ape lagi…
Syai -thani! : nak air teh lagi!


Jadual kita jadual orang!

“ esok awak ada kerja apa-apa tak?” Tanya saya kepadanya.
“setakat ni takda apa-apa, tapi tak tau la jugak…kita ni kalau buat schedule pun last-last orang jugak yang tolong susun kat kita. Pastu satu pun schedule kita tak boleh buat!” balas solah.
“huhu. Besalah adat duduk dengan orangkan..kena sabarla sikit..” balas saya selamba.
Memang kalau saya bersembang dengan dia tentang schedule hari minggu itulah jawapannya. Kesian pulak. Katanya bila dia susun schedule je, datang sorang bagitau ada meeting, datang lagi sorang cakap ada diskusi, datang lagi sorang cakap ada kerja lajnah..BAKAN..lagi apa lagi entahla..macam-macam. Lastly, katanya semua sechedule sendiri tak sempat buat. Mujurlah dia ni bukan jenis yang memberontak. Kalau tak habisla “orang-orang” yang mengacau schedule dia. Huhu. Lastly, jadual kita jadi jadual orang…( saja je selit kisah ni..takde kena mengena dengan fikrah..Cuma suka-suka je..yang penting masing-masing sudah faham)


"yesterday is a history, tomorrow is a mystery, and today..is a gift!"- turtle sifuu

Wednesday, March 18, 2009

Menyelusuri Perjuangan Mereka…

3 Thanawi Bukhari ' 04 bersama guru kelas: Ustaz Damis

Baru-baru ini saya telah menyemak beberapa file di dalam pc yang telah banyak dan lama di dalam simpanan. Ketika sedang asyik menyusun file, saya tertarik untuk membaca satu artikel yang bertajuk “Penglibatan Muslimat Dalam Politik Tanah Air” dari manhal PMRAM. Kemudian saya membaca artikel yang lain dari manhal itu yang bertajuk “Halangan Dan Penyelesaian Perlaksanaan Islam Di Malaysia”. Apabila dilihat pada akhir kedua-dua artikel tersebut tertera nama ustaz Abd Ghani b Abdullah. Tidak syak lagi bahawa penulis itu adalah ustaz Abd Ghani! ( abuiffah pada pautan fikrah di blog ini) Kerana penggunaan author: darul-iffah pada file tersebut. Artikel yang pertama mengenai muslimat itu pula telah ditulis bersama dengan isterinya juga ustazahku iaitu ustazah Norazlina bt Zakaria.

atas: Ustaz Abd Ghani & Ustaz Zulkarnain
bawah: Ustaz Rusyaidi, Ustaz Mokhtar

atas: Ustazah Rohaya, Ustazah Siti Mekiah, Ustazah Hafsah
bawah: Ustazah Raudhah, Ustazah Siti Mekiah, Ustazah Mahani dan anak2

Sebelum ini saya hanya mengenali mereka sebagai seorang ustaz dan ustazah di SMIDU tanpa mengenali dengan lebih mendalam. Setelah membaca artikel tersebut barulah saya mengenali fikrah mereka secara mendalam. Ketika di sekolah saya telah ditaklifkan sebagai salah seorang AJK dalam Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) untuk beberapa tahun. Antara guru bimbingan adalah ustaz Abd Ghani. Saya sangat kagum dengan penampilan pasangan suami isteri ini. Mereka di antara yang me'wakaf diri’ dalam perjuangan.


kiri: ustaz abdullah, ustaz ayub(mudir), ustaz zulkarnain
kanan: ustaz abdullah, ustazah siti mekiah dan anak2


Tauladan kehidupan pejuang ini sebenarnya telah berlegar di hadapan mataku sepanjang tempoh pengajian di sana. Bermula satu permusafiran dan penghijrahanku ke bumi wakafan itu telah membuka luas minda dan fikiran untuk menjadi seorang pejuang agama Allah. Bagaimana kezuhudan yang ditunjukkan oleh para murabbi, Ketelusan untuk duduk dalam perjuangan, kesabaran, kekuatan dan kekentalan iman…jika dikenangkan boleh menitiskan air mata…tingginya pengorbanan kalian di mataku! Jika hendak menyelusuri setiap kisah guru-guruku sudah tentu berjela-jela jadinya. Belum masuk kisah ustaz Abdullah dan ustazah Siti Mekiah, ustaz Zainul Asri dan ustazah Mahani, ustazah Rohaya(BADAR), ustazah Hafsah(ibu tunggal) dan ramai lagi guru-guru yang pernah berkhidmat di sana. Jasa kalian amat berharga dan tidak mampu ku balas walau emas setinggi gunung!.apa yang dapat kunyatakan adalah:

Saya bangga menjadi anak didikan asuhan kalian!

Sehingga kini ruh perjuangan itu masih mengalir dalam setiap ruang jasadku. Walaupun sesekali ianya jatuh jua diruntun kelemahan diri, tetapi ‘bekalan’ dari kalian telah mendorongku untuk bangkit semula. Teruja rasa diri ini melihat semangat juang kalian yang begitu kental untuk terus istiqamah di jalannya. Mampukah aku untuk pergi sejauh itu?

kiri: Sir Jaafar / kanan: Al Fadhil ustaz Azizan (MB kedah), ustaz Ayub ( Mudir)

Doaku moga kekuatan dan semangat kalian itu dapat mengalir terus pada diri yang serba kekurangan ini. Walau tinggi nilainya, namun ku idamkan jalan itu. Akan ku usahakan jua untuk menggapainya lalu terus meletakkan kaki berusaha supaya dithabatkan langkah perjuangan ini. Langkah yang tidak akan berpatah balik walau bermacam mehnah dan tribulasi di hadapan..itulah perjuangan idamanku..perjuangan untuk meraih redhanya..~ fisabilillah~


wajah murabbi: ustaz Zainul Asri & Ustazah Mahani


wajah seorang muslimah yang kental...ustazah Rohaya

Sunday, March 15, 2009

Ightanim Khamsan!

Manfaatkanlah 5 masa sebelum datang lima masa:

Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu,

Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu,

Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu,

Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu,

Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.


{Hadis riwayat imam al hakim dan baihaqi dari ibnu abbar r.a. }


Pengajian umumi bagi muslimat yang disampaikan oleh sheikh rejab di jamie' Abu Nour

Masa
merupakan harta manusia yang paling berharga dimilikinya.
Tanda keredhaan Allah ke atas seorang hamba dengan masa menjadi seperti tentera di sisinya. Manakala tanda kemurkaan Allah ke atas hambanya pula adalah hilangnya keberkatan masa dan ianya menjadi raja bagi diri manusia itu, terus diperhamba oleh kejahilan diri. Hakikat kematangan dan umur seseorang bukannya diukur dengan panjang umur dan masanya tetapi dengan keberkatan pada masanya. Begitulah kepentingan masa yang perlu diambil perhatian bagi seorang muslim kerana Islam amat mengambil berat tentang masa dan menyeru manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Bagi menggambarkan kepentingan masa yang begitu besar nilainya di dalam Islam Allah s.w.t sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNYA :

“ demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan mal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran”.
(surah al-A’sr : 1-3)

Sebagai seorang pejuang Islam sangat perlu menitik beratkan tentang pembahagian masa agar masanya tidak berlalu tanpa perkara yang berfaedah. Ahli ilmu al kibar pernah berkata :

“ hak-hak masa itu tidak dapat digantikan, tetapi hak-hak pada masa itu boleh diganti”.

Maksud bagi kata-kata tersebut ialah jika seseorang meninggalkan puasa misalnya disebabkan oleh sakit maka dia boleh menggantikan puasa itu kemudiannya, ini menunjukkan bahawa hak-hak pada masa boleh diganti. Namun hak-hak masa tetap tidak boleh diganti…kenapa? Kerana masa yang telah ditinggalkannya tidak dapat dikembalikan semula.

Maka di sana sudah menjadi satu keperluan bagi seorang pejuang Islam bermujahadah untuk mendidik diri menghargai masa. Kita perlu sedar bahawa bagi seorang pejuang perlu berdepan dengan dua musuh utamanya iaitu dalaman dan luaran yang sentiasa meruntunnya untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan waktunya. Dua musuh itu ialah, hawa nafsu dan syaitan.Hawa nafsu adalah musuh yang mencabar bagi manusia kerana ia berada di dalam dirinya. Hawa nafsu adalah teman setia manusia yang sentiasa mendampinginya ke mana sahaja ia pergi. Namun hawa nafsulah yang bakal menghancurkan manusia jika ia tidak menghadapinya dengan mujahadah.

Beberapa tabiat buruk yang menjadi faktor kegagalan kita dalam menggunakan masa dengan sebaiknya sebagaimana yang dituntut oleh agama. Kita tidak mengetahui atau menyedari apa matlamat kehidupan kita di muka bumi ini?. Kenapakah Allah menjadikan kita di atas muka bumi ini?. Sikap malas, sambil lewa, tidak berdisiplin, sukakan kerehatan, leka, lalai, membuang masa dan sebagainya. Tidak mengetahui keutamaan-keutamaan dalam hidup di antara mana-mana perkara penting yang perlu diberi perhatian?. Dan mana pula perkara yang tidak penting yang perlu diketepikan?.

Pembahagian masa bagi setiap muslim

Setiap muslim mestilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya. Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy Syahid Hasan al Banna berkata:

“ kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan”…

1. Untuk agama : iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib atau fardhu dan yang sunat-sunat.

2. Untuk diri : dengan mencari rezeki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.

“ siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/ berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurnikan keampunan baginya”.
(Riwayat Imam at Tabhrani dari Ibnu Abbas r.a.)

3. Untuk orang lain : dengan berkhidmat kepada manusia dalam melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka. Sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“ sesiapa yang berjalan untuk keluar memenuhi hajat saudaranya ia seolah olah beriktikaf di masjidku ini (masjid nabawi) selama sebulan”.

4. Untuk kerehatan badan. Sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“ sesungguhnya badan kamu mepunyai hak ke atas kamu”.
(muttafaq alaih)

Ambillah contoh atau tauladan baginda sallallahu alaihi wasallam di mana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian, satu bahagian untuk ibadah, satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka dan satu bahagian lagi untuk diri baginda sendiri. Pejuang Islam perlu sedar dan segera bangkit, teguhkan keimanan terus menjaga masa di dalam hayatnya di dunia ini.

“ Allahumma aja’alana mimman yashtaghilluna auqatahum fi toa’atik. Allahumma aja’al waqta hujjatan lana, wala taj’aalhu hujjatan a’laina.”-amen.

~: Erti perjuangan pada memberi.:~

Thursday, March 05, 2009

Ruh Hidup Dengan Cinta & Kasihkan Rasulullah S.A.W


Bi Muhammad thobat lana al afraah..

Sedar atau tidak kita sekarang sudah menjengah ke bulan baru Islam iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Di antara sejarah penting yang mesti diingati bagi semua umat Islam adalah tarikh kelahiran junjungan mulia baginda nabi Muhammad sallalahu a’alaihi wasallam. Namun di sana bukanlah dengan memperingati tarikh kelahiran baginda sahaja dan yang paling penting adalah sejauh mana kasih dan cinta yang telah kita curahkan tanda sanjungan kepada pengorbananNya. Bersungguhkah kita mengenali serta menghayati sirah perjuangan serta sunnahNya? Apakah bukti kasih dan cinta kita itu? Jangan tidak-tidak! Bukti sebenar tanda kasih dan cinta kita kepada Rasulullah adalah dengan mempelajari, mempertahan dan mengamalkan sunnahNya. Jika kita boleh bergadai harta benda dan mempertaruh nyawa demi orang yang dicintai, mengapa kita tidak sanggup berbuat demikian demi kasihkan rasul. Apabila disebut kasih dan cinta kepada rasullullah ianya tidak lari dari kehendak agama. Saya teringat akan sebuah nasyid yang pernah didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid ketika di Sek. Men Darul Ulum dahulu. Nasyid yang sangat sesuai untuk diajar kepada anak-anak kecil bagi mengenal Islam dan erti cinta, kasih dan sayang yang sebenar di dalam Islam. Liriknya begini,

Satu, satu..sayang, sayang Allah


Dua, dua...sayang Rasulullah


Tiga, tiga...sayang ibu-ayah


Satu, dua, tiga sayang semuanya...


Jika kita hayati liriknya yang amat ringkas ini ia mempunyai makna mendalam serta itulah ajaran Islam yang sebenar. Islam mengajar umatnya seupaya meletakkan Allah yang utama kemudian Rasulullah, ibu-bapa dan seterusnya kasihkan sesama manusia serta makhluk selainnya. Anak-anak perlu diajar dari kecil supaya mengasihi Allah dan rasulnya. Nasyid bukan sekadar untuk berhibur tetapi ianya dijadikan medium mesej penyebar dakwah kita. Sebenarnya untuk menanam ruh kecintaan yang mendalam kepada Allah dan rasulullah perlulah bermula dari dasarnya. Seseorang yang telah dididik dan ditarbiah dengan ruh Islam dari kecil lebih mudah dibentuk menggunakan acuan Islam. Apa yang paling merisaukan di akhir zaman ini adalah kebejatan maksiat yang berleluasa tanpa menghiraukan batas-batas agama. Ke mana perginya perasaan malu yang dituntut oleh Islam? Islam pada perihal umatnya sekarang yang tinggal hanya pada nama dan tidak menjadi cara hidup serta panduan. Kehidupan seharian dan perkara ibadah di dalam agama diasingkan. Manusia sekarang sudah ramai yang tersimpang jauh dari landasan sebenar seperti yang telah diajarkan oleh rasulullah SAW. Jangan bicara soal cinta dan kasihkan rasulullah jika kita tidak pernah mengamalkan sunnahNYa.


Seorang yang beriman pasti akan rindu untuk bertemu dengan kekasih ALLAH itu. Sentiasa berusaha mengharap dan mendamba saat paling indah tika bersua denganNya. Seperti kata pujangga “tidak kenal maka tidak akan cinta”. Jika tidak kenal akan rasullullah bagaimana akan timbulnya rasa cinta kepadanya? Tanda kasih dan cinta kita bukan sekadar membuat majlis dengan sambutan besar-besaran bagi memperingati hari kelahiran baginda malahan perlu lebih dari itu. Ikuti sunnahNya dan amalkan dalam kehidupan seharian kita. Nescaya berbahagialah kehidupan kita di dunia dan di akhirat sana.



Sedarlah bahawa dunia ini tempat beramal sedangkan akhirat adalah wawasan kita. Berselawatlah kepada Rasulullah sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada baginda juga bagi menghidupkan ruh yang sentiasa kering-kontang ini. Bumi yang kemarau tidak akan subur tanpa siraman air. Begitu juga ruh dan hati yang kotor perlu disirami dengan air iman.


Semoga kita sama-sama memperolehi kemanisan iman~ A’la hubbun Nabi Sallallahu a'laihi wasallam..Sollu A’laihi wa sallimu tasliimaa.

Tuesday, March 03, 2009

Sumbangsih Tinta Ukhti

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh..
Keharibaan adindaku, jauh nun di syria sana... kudoakan semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmat Allah Azza waJalla. Beberapa purnama telah berlalu pergi, hari dan minggu terus berganti, usia kita kian bertambah menghampiri bilangan ketetapan ajal. Yang berlalu biarkan ia menjadi kenangan jua pedoman untuk menyempurnakan amanah kehidupan yang terus mendatang. Permusafiran jauh telah adinda tempuhi, dan sudah pasti sepanjang pengembaraanmu ini telah kau temui pelbagai pengalaman baru yang bisa membuakaluas ruangan minda dan hati.

Baarakallahu lakuma fil khair...

Kedewasaan ini ujian yang hadir semakin berbeza menuruti irama usia keberadaan kita. Oleh itu, cekalkan hatimu untuk melantik “ilmu” dan “akalmu” dalam tiap tindakan sebagai “ketua” dan “raja”. Biarkan nafsu diperhamba... Dirimu, adindaku.. telah berada dalam dunia baru. Harus kau sedari, punya jutaan hati yang berahi untuk menuntut di bumi barakah seperti yang didiamimu. Sering kejutkan hati, moga ia terjaga dari alam mimpi bahawa dirimu amat bertuah! Tuntutlah ilmu dengan sebaiknya. Ummah mengharap wahai adindaku, mengharap kepulangan cendekiawan Islam yang dapat menjadi pelita, penerang kegelapan kejahilan. Ambillah segala peluang yang ada di hadapan matamu. Sehingga kau punya kemahiran yang jitu. Ingat! Kita kini kepupusan ulamak amilin..jika bukan kita, siapa lagi??? Al-haqirah walfaqirah wazzalilah,

Hafizah addeen.

  • Warkah kakanda yang sekian lama tersemat dalam khazanah memori ku.. Terima kasih duhai ukhti. Baarakallahu fiik..
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie