Monday, May 10, 2010

EXAM TRANSFORMASI DIRI MENUJU KEJAYAAN


Allah is calling but I didnt answer…

And when Allah is calling I just listen 2 the voices…

Allah is calling I just answer sometime

And when Allah is calling Ijust listen to the whispers…. ~The Zikr~


Kini musim panas sudah menjelang tiba. Jam munjukkan pukul 4.05 minit pagi menandakan hampirnya masuk waktu subuh di sekitar kota Damascus ini. Inilah persiapan kita untuk menghadapi hari-hari dengan penuh rasa kehambaan dengan menjana iman agar terus utuh di jalanNYA. EQUIP!. Waktu pagi yang begitu sejuk ini mungkin ada yang tak mampu nak melepaskan “gebor” lembut malah ditarik lagi hingga menutupi kepala menahan kesejukan dan menikmati lagi kenikmatan tidur.

Namun perjalanan ini mesti diteruskan walau susah, payah, perit dan pahit sekalipun kita tidak harus mudah mengalah dengan ujian!. Sekali-sekala diuji itu tanda “warning” dari Allah untuk kita. Mungkin di sana ada dosa yang pernah dilakukan lalu didatangkan ujian sebagai kifarah dari dosa-dosa lalu. Mungkin juga untuk membina keteguhan hati kita sebagai tarbiyah terbaik dari Allah untuk lebih ingat kepadaNYA DAN MENAMBAH KASIH SERTA PERGANTUNGAN HANYA KEPADANYA. Tiada selainnya~.

Exam juga satu jalan transformasi untuk menuju kejayaan dan meraih ilmu ke tahap lebih tinggi. Dengan ilmu kita akan lebih dihormati, dipercayai oleh masyarakat dan yang paling penting adalah ilmu yang membawa kita untuk LEBIH MENGENALI ALLAH DAN MENTA’ATINYA~.

Jadi nasihat untuk insane faqir ini agar lebih mujahadah dalam menghadapi detik-detik penuh debaran ini. Menempuhi detik-detik ujian peperiksaan di dunia dengan tenang dan usaha yang gigih bagi meraih kejayaan. Buat sahabat-sahabat semua teruskan perjuangan di mana antum berada. Pastikan kita sentiasa bermuhasabah akan keberadaan kita di sini dan perbetulkan niat kita dalam menuntut ilmu ini. Jangan jadikan exam ini sesuatu yang memberatkan sehingga kita jadi “cuak” atau menjawab soalan dengan “cokia” saja. Maksudnya menjadi jemu dan menjawab ala kadar atau “ cokia” ( “kia” tu bunyikan agak sengau sikit) kurang kualiti, less in quality.

Tumpo!.

Sebelum apa-apa terjadi dan kita terlajak jalan jadi marilah kita sama-sama membina kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi saat-saat ini dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan selaku orang-orang beriman. “Gostan”lah ke pangkal jalan (u turn) dengan banyakkan doa dan tambahkan usaha agar perjalanan ini sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi…









ok la kome..semoga mendapat manfaat dari N3 ini…

Awok berghanso sekarang!


0 pendapatan:

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie