Thursday, December 15, 2011

✿•*¨Maysaa ♥ Al Quran¨*•✿


حديث أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه). (صحيح مسلم)

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara : Kecintaan kepada Nabi, kecintaan kepada keluarga Nabi dan Al Quran. Sesungguhnya para pembawa (penghafaz) alQuran itu berada di bawah naungan singgahsana Allah pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naunganNya bersama para Nabi dan manusia-manusia pilihannya."

(Thabrani dan Ibnu Najar)

Monday, May 09, 2011

Berukhuwah Di Mana Sahaja



Akhir-akhir ini saya agak sibuk menguruskan berbagai-bagai urusan peribadi dan seisi rumah. Seisi rumah tu!. Sibuknya seorang aku..! Sebenarnya tidaklah sesibuk YB malah ketua kampong sekali pun.. ketua muslimat, lagi-lagilah jauh… Ada hati tu nak jadi ketua muslimat!!

Bukan isu kesibukan yang melanda yang nak saya ceritakan di sini. Tapi coretan jaringan ukhuwah yang saya temui sepanjang saya di driving school. Pergi driving school pun saya tetap pakai jubah dan tudung labuh saya ni..Bukan tak nak tukar pakai t-shit labuh dgn seluar panjang sahaja ke…tapi sebab dah biasa dengan pemakaian sebegini dan ianya lebih selesa untuk saya bergerak..apa salahnya kan? Lagi pun saya berseluar panjang juga Cuma tidak Nampak sebab jubah labuh yang saya pakai menutupi seluar. .

Apa yang menggembirakan saya bila dapat berkenanalan dengan orang. Saya lebih suka untuk berkenalan dengan muslimah lah. Kerana saya ingin mengenali dan mendekati kaum hawa ini dengan lebih dekat lagi. Ingin tahu sendiri permasalahan dan kehendak mad’uu terutamanya “muslimah”. Sambil-sambil mengumpul dan berkongsi pengalaman masing-masing. Kadang-kadang orang lain lebih jauh hebat dari kita walaupun pada luarannya Nampak macam biasa-biasa sahaja.

Hakikatnya saya gembira dapat berkenalan dengan mereka. Suatu hari saya dapat berkenalan dengan 3 orang kenalan muslimat yang sempat saya berbual agak panjang dengan mereka. Gara-gara menunggu giliran dengan tempoh yang agak lama di pejabat driving school kami dapat berbual macam-macam topic. Kena-kena pula mereka juga peramah…

Salah seorang yang sempat saya berkenalan ialah seorang muslimah dari Sudan yang sedang menuntut di UIA, MA dalam bidang arkitek. Namanya Hanan, ibu kepada 5 orang cahaya mata. Mula-mula saya menyangkakan hanan warganegara Malaysia. Tapi bila saya cakap bahasa melayu dia tak faham. Saya Tanya dia dari mana?. Jawabnya dari Sudan. Bila saya mendengar dari Sudan, apa lagi gembiranya dapat jumpa dengan Arabian..! lama tak cakap arab… bila dapata berbual dengan Hanan semua nostalgia menuntut ilmu di Bumi Syam bermain di ingatan…Rindu Bumi Syam…SYRIA..!

Di akhir perbualan ketika saya bertanya berapa umur hanan, dia tidak menjawab tetapi mahu saya meneka umurnya dulu. Saya cuba meneka yang umurnya 30’an… dia ketawa apabila saya memberikan jawapan. Rupa-rupanya umur dia sudah 49 tahun. Hihi. Salah teka…! Katanya, rahsia nak Nampak muda ni kena amal selalu ambil wudhuk. Dia tidak mengenakan melainkan sedikit celak di mata kerana itu sunnah. Itupun sudah cukup memadai kerana sebaik-baik hiasan diri seorang wanita adalah menjadi “SOLEHAH” jika seorang isteri ia perlu menjadi “ISTERI SOLEHAH” kerana itulah perhiasan dunia yang paling indah..~


Wednesday, April 20, 2011

Mohon kekuatan, Ya Allah..


Di perjalanan penuh ranjau ini
ku melangkah dan terus melangkah
walau kepayahan sering menjelma
hati ini ku serahkan padaMu Allah

sedang mereka menempuh ujian
terkadang lebih berat dariku
apakah layak untuk aku mengeluh?
sedang aku tidak seperti mereka

laungan perjuangan sentiasa menyeru
marilah menuju kejayaan
lalu apalagi duhai jiwa
kita teruskan perjuangan ini

kita genggam bara api
kita teguhkan pendirian
walau susah, walau sendiri
Allah sentiasa bersamaMU


** muslimah mujaddidah~ teruskan perjuangan ini agar fikrah kita dapat disalurkan...jom kita buktikan..bersiap sedia jiwa raga untuk sama-sama bertemu di muktamar nanti...insya Allah.
walau suami tercinta tiada di sisi ketika ini, sebagai isteri yang bercita-cita untuk menjadi yang solehah penyejuk mata hati..akan terus berjuang di sini.


Friday, April 01, 2011

Degupan Jantungmu Pengubat Segala Rasa

Inilah pemberian dan kurniaan Allah yang tidak terhingga buatku dan suami tercinta. Anugerah cahayamata yang kian membesar di dalam rahimku ini. Apa yang kami dambakan semoga Allah sudi pandang kami dan terus mentarbiyah hati-hati kami agar tetap istiqamah di jalannya. Semoga usrah kami menjadi “ usrati jannati” yang di dalamnya tersemat kalam penawar dan penyejuk mata hati. Insya Allah.
















Syukran ya Habiby Albiy~=)

Duhai anakku, tiada yang terindah di dunia ini melainkan ummi dan abi dapat melihat dan menyentuhmu, mengucup dahi dan pipi gebumu nanti. Semoga anakku sihat dan sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat-NYA. Pertama kali mendengarkan degupan jantungmu terus hilang segala rasa yang terpendam di jiwa ummi…

semasa bayiku berusia 2 minggu

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan seorang senior yg berada di Syria melalui ruangan chatting YM. Alhamdulillah senior saya juga sedang menantikan kehadiran cahayamata pertamanya. Rupa-rupanya jangkaan tarikh kelahiran bayi kami dekat-dekat saja. Katanya, “tak seronokla sikit sebab baby lahir masa raya.. tak boleh makan makanan sedap-sedap..”. Jawab saya mudah saja kepadanya, “ takpe akak.. masa tu nanti kita dah x ingat kot makanan-makanan tu semua..tengok baby yang kat depan mata tu lagi sedap dari segalanya..”. Ada dah sifat keibuan ni kan..hehe =)

Apa-apa pun semoga kalian semua berbahagia walau di mana kita berada dan siapa kita asalkan semua yang kita lakukan mengikut garis panduan dan Redha Allah.~

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie