Friday, April 01, 2011

Degupan Jantungmu Pengubat Segala Rasa

Inilah pemberian dan kurniaan Allah yang tidak terhingga buatku dan suami tercinta. Anugerah cahayamata yang kian membesar di dalam rahimku ini. Apa yang kami dambakan semoga Allah sudi pandang kami dan terus mentarbiyah hati-hati kami agar tetap istiqamah di jalannya. Semoga usrah kami menjadi “ usrati jannati” yang di dalamnya tersemat kalam penawar dan penyejuk mata hati. Insya Allah.
















Syukran ya Habiby Albiy~=)

Duhai anakku, tiada yang terindah di dunia ini melainkan ummi dan abi dapat melihat dan menyentuhmu, mengucup dahi dan pipi gebumu nanti. Semoga anakku sihat dan sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat-NYA. Pertama kali mendengarkan degupan jantungmu terus hilang segala rasa yang terpendam di jiwa ummi…

semasa bayiku berusia 2 minggu

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan seorang senior yg berada di Syria melalui ruangan chatting YM. Alhamdulillah senior saya juga sedang menantikan kehadiran cahayamata pertamanya. Rupa-rupanya jangkaan tarikh kelahiran bayi kami dekat-dekat saja. Katanya, “tak seronokla sikit sebab baby lahir masa raya.. tak boleh makan makanan sedap-sedap..”. Jawab saya mudah saja kepadanya, “ takpe akak.. masa tu nanti kita dah x ingat kot makanan-makanan tu semua..tengok baby yang kat depan mata tu lagi sedap dari segalanya..”. Ada dah sifat keibuan ni kan..hehe =)

Apa-apa pun semoga kalian semua berbahagia walau di mana kita berada dan siapa kita asalkan semua yang kita lakukan mengikut garis panduan dan Redha Allah.~

2 pendapatan:

Insyirah on April 1, 2011 at 8:13 AM said...

Assalamu'alaikum kak Syuhada.

Alhamdulillah, moga bayi membesar di dalam rahim ibu yang solehah akan keluar sebagai insan yang taat kepada Allah dan rasul hasil tarbiyyah dari ummi dan abi yang soleh solehah.

Dah berapa minggu sekarang ni kak?

saffa@srar on April 1, 2011 at 8:39 AM said...

Walaikumussalam Adik Insyirah,

Syukran alaik, semoga adik juga sama-sama mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat sana...insya Allah sama-sama kita realisasikan segala impian..~ hehe...

Alhamdulillah, kndungan akak dah 4 bln lbh..

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie