Tuesday, June 05, 2007

LAMBAIAN CINTA DI JABAL QASIOUN

oleh: saffa_atma
“Menggamit rasa, menghulur cita..”

Tenang sungguh suasana petang itu.mataku tertumpu pada sang camar yang berterbangan riang.sang camar pulang petang selepas mencari secicip rezeki buat yang sedang rindu menanti.suasana petang itu sungguh indah bersama tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menembusi denai hatiku.serasa hilang sudah segala kekusutan yang menyelirat di fikiran.petang-petang begini bersantai di sutuh rumah sambil menghirup udara segar, sangat mendamaikan.langit biru dengan gerombolan awan putih bersih musim bunga menyejukkan pandangan mata.Aku berpaling ke belakang, pandangan mataku tertancap pada Jabal Qasioun yang masih berdiri teguh.ah, bila lagi akan ku daki bukit itu!

Ting tong..ting tong..kedengaran loceng rumahku dipetik dari luar.dua kali pula tu.mutazawij!masakan aku sudah dapat meneka, kerana bait kami telah melekatkan label bilangan untuk memetik loceng bagi sesiapa yang datang.1x untuk akhwat,2x untuk mutazawij dan 3x untuk shabab.aku terus meluru ke bawah untuk membuka pintu."min?""assalamualaikum".aku segera menjawab salam.eh,akhwat rupanya..kenapalah petik loceng ni 2x?setelah berbual seketika dia memperkenalkan dirinya sebagai Fatimah.orang Pattani rupanya.teman sekuliah ahli baitku Raihana.mahu murajaah pelajaran katanya.

Bait al- Faizzin riuh rendah pagi itu.Ilyana menjerit bagai dirasuk berlari dari ruang dapur terus menuju ke dalam bilik."kenapa ni?terjerit-jerit pagi-pagi hari ni?mengganggu ketenteraman awam betullah yana ni!"tegas ritma suaraku menegur.aku sudah mula naik berang apabila masa studyku diganggu.aku pula mushrifah bait ini, perlu tegaslah."k.anim,ada tikuslah kat dapur tu…eee gelila..macam mana nak buat sarapan ni?""apa, tikus?dari mana pula datangnya ni..sepanjang akak tinggal kat sini tak pernah la pula ada tikus."kena panggil mushrif ni..pagi itu mushrif kami ustaz shahri telah berjaya menangkap seekor anak tikus.terkial-kial dia mencari tikus di dapur tadi.aku mengetap bibir.gelihati juga bila dikenangkan.tapi nak buat macam mana?dah semua penakut.

Perkenalan yang singkat dengan Fatimah akhwat dari Pattani itu membuahkan bibit-bibit ukhuwah.walaupun baru sekali bertemu,tapi kami seperti sudah lama kenal.dia seorang yang peramah dan sangat merendah diri.aku masih ingat kata-katanya.dia sangat cemburu melihat orang Malaysia, kerana Malaysia Negara merdeka.sedangkan Pattani masih di bawah jajahan Thailand.sampai sekarang mereka masih tidak mendapat hak mereka.rasa belas kasihan kepada rakyat Pattani amat menyentuh hatiku. Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 80% adalah Muslim.masyarakatnya berbangsa melayu.mengikut sejarah,asalnya Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berada di bawah pengaruh kerajaan Siam Sukhothai dan Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Siam sewaktu pemerintahan Raja Rama I.Hak mereka sebagai rakyat merdeka telah dirampas selepas berlakunya Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909.Pattani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam.

Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu.melalui perjanjian bangkok 1909 itu,kerajaan siam menyerahkan negeri-negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan inggeris.perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson(gabenor negeri-negeri selat) dan setiausaha luar negeri Siam.kerajaan melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand/Siam.padahal kerajaan melayu Pattani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.bermula dari sejarah hitam itulah penduduk Islam Pattani ditindas oleh kerajaan siam yang bukan beragama Islam.agak zalimlah kita membiarkan saudara seIslam kita ditindas.jangan mimpilah untuk selamatkan umat Islam di Palestin,Afghanistan,Iraq,Chechnya,Kashmir dan banyak lagi Negara umat Islam yang ditindas.sedangkan umat Islam di Negara jiran kita sendiri diabaikan.

Petang itu aku bertemu Fatimah beringan dengan Raihana di tingkat dua kuliah syariah, Universiti Abou Nour.mahu pergi membeli makanan barangkali.aku segera menghampiri meraka.sebungkus jajan yang dipegang ditangan kanan Raihana disuakan kepada ku.”rezeki jangan ditolak”.ritma suaranya lembut dengan senyuman sinis memandangku.”anim tak akan menolak kecuali hana yang akan menarik.”tawa kami bertiga berderai di situ.aku mengkhabarkan berita kepada Raihana bahawa malam ini kami akan pergi ke jabal Qasioun kemudian terus ke mat’am ruzz mandi hadhra maut di masakin barzakh.hatiku disuntik ghairah untuk menikmati sinar lampu malam Bandar Damascus.bukan tidak pernah melihat lampu malam sewaktu di Malaysia dahulu.tapi di sini lain.di sini lampunya banyak yang berwarna hijau.lampu-lampu daripada menara masjid.sinarnya melambangkan sinar Islam serta tamadun yang masih segar di bumi barakah ini.bumi syam, bumi para anbiya’,para auliya’ dan juga ulama’.aku juga menjemput Fatimah untuk turut serta bersama kami malam ini.Fatimah nampaknya tidak keberatan untuk bersama-sama kami.Rehlah kami adalah untuk meraikan kepulangan k.Lija ke Malaysia setelah 3 bulan berada di sini kerana mengikuti kursus bahasa Arab.

Jabal Qasioun ini tidak perlu didaki dengan berjalan kaki.tidak seperti Jabal Musa di semenanjung Sinai,mesir. Jabal Qasioun merupakan sebuah banjaran tempat untuk melihat Bandar Damascus,Syria. Aras ketinggiannya menjangkau 1,153 meter.di sana ada deretan restoran-restoran.kita boleh melihat pemandangan Bandar Damascus dari setiap arah.setelah Bandar ini berkembang maju,beberapa kawasan di kaki bukit itu telah dijadikan tapak pembinaan bagi menampung sebilangan penduduk Bandar yang semakin bertambah.Di sana juga terdapat maqam arba’in ataupun,the mihrabs of 40 saints.dikatakan bahawa mereka ini ialah para wali yang berjaga malam untuk bersolat pada setiap malam di tempat tersebut.sejauh mana kebenaran kisah ini wallahu a’lam.kami hanya perlu menyewa sebuah kenderaan awam yang dipanggil servis.Rupanya seperti sebuah van.Servis itulah yang kami tunggangi sehingga ke puncak bukit.kawasan yang disediakan untuk pengunjung melihat pemandangan Bandar Damascus.Subhanallah! kekaguman menjentik atma masing-masing.sungguh indah ciptaan tuhan.akulah yang paling seronok apabila dapat datang ke sini.sampai ada yang menyuruh supaya aku berkampung sahaja di sini.ah,siapa tidak kenal dengan perangai Tasnim,suka yang pelik-pelik.sejeda aku menghela nafas,melepas lelah yang tidak seberapa.aku melabuhkan punggung melihat saujana pemandangan Bandar Damascus dari puncak Jabal Qasioun,tiba-tiba aku terkenangkan nasyid yang pernah didendangkan oleh akhwat Pattani ketika program sehari bersama IPAS,iaitu ikatan pelajar Asean yang terdiri daripada Malaysia,singapura,Indonesia dan Pattani.program yang telah berlangsung selama sehari di dewan kuliah Niqabah Muallimin,Jami’ah dimasyq.nasyidnya menyentuh kalbu setiap yang mendengar serta bagi yang menghayati bait-bait liriknya."Fatimah,boleh tak anti nasyidkan nasyid Pattani Darussalam tu?kami nak dengar lagi.sambil kita hayati ciptaan tuhan ini, sambil memikirkan masalah ummah."

Darussalam bumi bertuah
Negeri Fathoni sebelum terjajah
Sebelum siam menabur fitnah
Fathoni tegak berdiri megah
Bumi subur amat terindah
Negeri bergelar serambi Mekah



Disambung pula dengan nasyid berjuanglah, dendangan kumpulan Jilul Qur’an yang dipasang di mp4 yang aku bawa ke mana-mana.

Berjuanglah,berjihadlah,
Bersama menghapuskan segala kemungkaran..
Jangan gentar wahai jundul muslimin..
Nikmat syahid menanti..
Rahmat tuhan bersemi…

Semua ahli bait al- Faizzin termasuk k.Lija menitiskan air mata setelah mendengar nasyid itu."kita doakan agar Pattani memperoleh kemerdekaan suatu hari nanti.jangan sedih Ima!kami sentiasa bersama kalian.doa orang yang dizalimi itu mustajab!kita perlu terus melangkah.teruskan perjuangan kalian dan jangan cepat mengeluh ya!"k.Lija menyuntik motivasi berguna buat Ima dan juga kami untuk membantu umat Islam di Pattani.aku teringat sepotong hadis diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir.


“ perumpamaan bagi orang-orang yang beriman itu umpama satu jasad, apabila sakit satu anggota maka sakitlah seluruh jasad.”

Di situ kami mengikat janji akan mencurahkan bakti untuk Islam agama yang shumul.k.Lija menyatakan bahawa setelah dia menamatkan pelajarannya dalam jurusan syariah perbankan Islam,peringkat master di universiti Malaya, dia akan membuka syarikat sendiri.bisnes woman katanya.syarikat yang mengamalkan sistem jual beli mengikut hukum Islam.mamnuk riba’-iaitu tidak mengamalkan sistem riba.aku pula akan melanjutkan pelajaranku ke peringkat master, kerana cita–citaku untuk menjadi seorang peguam syariah.Amal,Solehah,Raihana dan Ilyana masing-masing menyatakan cita-cita mereka. Semuanya bercita-cita tinggi.Ima juga tidak ketinggalan,katanya dia akan membuka pusat tuisyen bahasa Arab dan Alqur’an di Pattani.mudah- mudahan cita-cita kami tercapai.

Malam sudah merangkak pergi membiarkan waktunya berlalu.nampaknya kami harus pulang.mushrif yang membawa kami telah lama tercegat di tepi servis.sudah bosan barangkali.meraka berdua, apalah sangat yang boleh mereka lakukan.servis meluncur laju membawa kami terus ke mat’am ruzz mandi di Masakin Barzakh.rehlah kami malam itu memberi kenangan indah.Mengajar erti persahabatan, mengambil berat terhadap masalah yang melanda umat Islam sedunia.aku masih memerhati kerlip lampu neon di Jabal Qasioun.Ada sinar yang menanti.Rindu lagi untuk ke sana.Bukan kerana suka sangat melihat lampu-lampu sekitar Bandar Damascus.Tapi di sana pemandangannya luas.kenangan lama yang ku simpan rapi terhimbau di garisah.ada yang menanti lambaianku di sana.Qasiounn, “ menggamit rasa,menghulur cita..”


Glosari:
Ø Sutuh: ruang yang lapang dan tidak berbumbung di bahagian atas rumah yang bertingkat.
Ø Mutazawij: pasangan yang sudah berkahwin.
Ø Bait: rumah.
Ø Akhwat: siswi.
Ø Shabab: siswa.
Ø Min?: siapa? dalam bahasa ammiyah Syria.
Ø Muraja’ah: ulangkaji.
Ø Mushrifah: ketua ( bagi perempuan).
Ø Mushrif: ketua ( bagi lelaki).
Ø Jabal qasioun: bukit qasioun.
Ø Anbiya’:nabi-nabi.
Ø Auliya’:wali-wali.
Ø Ulama’:para ilmuan islam.
Ø Mat’am ruz mandi: restoran nasi mandi.
Ø Masakin barzakh: nama tempat.
Ø Jami’ah dimasyq: universiti Damascus.
Ø Shumul: sempurna.
Ø Mustajab: diterima oleh Allah.

Sumber Rujukan:
http://www.harunyahya.com/
http://ms.wikipedia.org/


8 pendapatan:

Ilham Purnama on June 5, 2007 at 7:17 PM said...

Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah tikus dari rumah-rumah kami dan rumah persatuan kami..aminn. (^_^)

syfusufy on June 7, 2007 at 12:38 AM said...

salam...
Aminn.. ilham.. : )
Idea dalam karya itu sungguh manarik.. mungkin boleh check penggunaan noktah, koma, huruf besar dan kecil.. InsyAllah.. teruskan larian.. utk Islam!

Ismi : Arjuna on June 7, 2007 at 12:41 AM said...

salam...
Aminn.. ilham.. : )
Idea dalam karya itu sungguh manarik.. mungkin boleh check penggunaan noktah, koma, huruf besar dan kecil.. InsyAllah.. teruskan larian.. utk Islam!

Michael on June 7, 2007 at 6:38 AM said...

Nice pictures and music.Wish I could translate.If you can read this,good job on blog view.

saffa@srar on June 7, 2007 at 8:58 AM said...

:ilham
amin..
tunggu dan lihatlah pas exam ni tikus cap apa yg akn keluar dari r.persatuan nnti.cap rumah,cap sekolah,cap maktabah..dan mcm2 cap lagi :p

:syfusufy
puji/ puja ni? :P insya Allah akan diteruskan lg usaha,selagi masih dikurnikan jari-jemari yg mampu menulis..

saffa@srar on June 7, 2007 at 9:03 AM said...

:michaelangeloh
peliks id ni?x pernah ku kenal pun..anyway,thanks a lot.

Ummu Hani binti Abu Hassan on June 7, 2007 at 3:17 PM said...

salam.. wah, tumpang seronok ada bakat penulisan siswi2 ppms:)
mabruk alaiki!

kak ummu

Asyraff Hafdzan on June 17, 2007 at 7:55 AM said...

Tahniah atas penghasilan cerpen ni. Bukan senang nak tulis cerpen walaupun orang ckp senang je nak tulis cerpen. Lepas tulis, baru kita tau nak nilai kemampuan diri. selagi tak tulis, selagi tu lah kita tak dapat nilai.

Nak komen tapi tak komen...

1) Isi bagus, pasal perjuangan rakyat pattani. ada isu yang yangboleh diangkat, dan jarang orang angkat.

2) Penyusunan plot yang agak kurang tersusun. cerpennya agak slow pada mulanya dan banyak perkara tak perlu, mungkin. Boleh baiki lagi. Sesetengah orang suka buat klimaks di mula2, dan selesaikan konflik satu persatu. ada juga yang mula dgn slow dan makin naik, lepas klimaks, penyelesaian isu.

3) macam syfusufy tegur, perlu perhatikan format penulisan dr sudut penggunaan noktah, koma, huruf besar dan kecil. ni subjek spm nih...takleh silap patutnya. :)

4) tajuk cerpen, em, agak klise, maksudnya dah banyak org guna perkataan lambaian cinta di blablabla...mungkin leh pk lagi tajuk yang lebih ringkas dan padat.

5)kemudian, sejarah pattani tu, nampak mcm copy paste buku sejarah. mungkin leh jernihkan lagi dengan emosi. boleh tanya kak ummu cemana nak elakkan nampak macam copy paste.

6)format cerpen, start dr headline, by name, sampai ke bawah, nanti saya tunjukkan contohnya. nak edit dulu cerpen kamu ni.

7) satu lagi penggunaan kalimah berbahasa arab yang dimelayukan. kalau mampu kurangkan, kurangkan. gunakan yang penting2 saja. dan gunakan selalu yang sikit2 tu dalam setiap karya. supaya orang boleh faham maksudnya dan tak perlu rujuk kamus atau glosari setiap kali baca cerpen.

overall cerpen ni ok. walaupun perlu banyak mekap sana sini....saya pun bukan pandai sangat. hasil pun takde lagi. tapi ada la sikit2 yang org tegur kita dulu2, sama la jugak...

ok..selamat menulis. menulis itu mudah kalau banyak membaca...

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie