Friday, May 29, 2009

The Right Path.. “Muslimah Mujaddidah”


Saya pernah bertanya kepada beberapa orang yang apabila berbicara bersama mereka berkenaan dengan topic siapa ingin menjadi isteri solehah? Wah, apabila mendengar topic “isteri solehah” yang saya timbulkan sejurus mata masing-masing sudah mula bersinar menunjukkan bahawa semua orang mengidamkan “title berharga” itu. Tetapi cuba kita tanyakan soalan mengenai anak solehah. Sudah pasti keadaannya berbeza berbanding respon kepada topic yang pertama tadi. Masing-masing terpinga seolah-olah soalan itu asing dan bukan masanya untuk kita fikirkan tentang title “anak solehah” ini lagi.

Adakah dengan meningkatnya usia kita menjadikan title “anak solehah” itu tidak begitu sinonim lagi? Sedangkan seorang muslimah itu walaupun dia sudah baligh dan dewasa sekalipun, selagimana dia belum berkahwin maka tanggungjawabnya, kepatuhannya, hanyalah kepada ibu bapanya selepas Allah dan Rasul. Namun scenario yang berlaku sekarang ini sudah berubah dan ramai yang mengabaikan tanggungjawab tersebut.


Muhasabah diri.

Berapakah tempoh usia kita hidup di dunia ini?. Siapakah yang telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga Berjaya ke tahap sekarang?. Jawapan bagi persoalan tersebut adalah ibu bapa kita. Adakah kita sering memikirkan sudahkah kita menjalankan amanah yang telah ditaklifkan ke atas kita terhadap mereka?. Sudah kuatkah keyakinan kita bahawa mereka meredhai kita?. Sepertimana yang kita ketahui, redha ibu bapa adalah redha Allah jua bagi hambanya. Jika perbuatan kita tidak diredhai oleh mereka bagaimana jadinya?. Muhasabahlah…

Saya sangat tertarik dengan budaya masyarakat arab di Syria kerana mereka sangat menghormati kedua ibu bapa mereka. Inilah asuhan yang telah diajar kepada mereka sejak dari kecil. Cara mereka bermua’malah dengan ibu bapa meraka tidak dapat ditandingi oleh kita orang melayu. Kalau di Malaysia berapa ramai kita jumpa anak derhaka menengking, mengherdik ibu bapanya. Tetapi keadaannya amat berbeza di sini. Sehingga kita tidak dapat menyangka bahawa yang berada di hadapan kita adalah bapa dengan anak kerana perhubungan mereka yang rapat dan sangat baik. Jika dilihat di kedai-kedai dan juga gerai-gerai di sini pasti diletakkan frame atau steaker bertulisan khat arab dengan ungkapan “birrul walidain” iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Inilah bi’ah solehah yang kita inginkan.


Mendamba untuk menjadi isteri solehah.

Sebelum seseorang muslimah itu melangkah ke dunia baru kehidupannya pastikan bahawa tanggungjawabnya di kehidupan lalu sudah di selesaikan. Adakah tanggungjawab kepada ibu bapanya sudah lepas?. Sedang dia akan bermusafir ke alam baru yang akan mengubah segalanya. Keta’atan yang selama ini hanya kepada ibu bapanya akan bertukar arah kepada suaminya. Ianya adalah suatu yang memberi kesan mendalam bagi yang mampu menghayatinya. Bertukar milik barang yang kita miliki pun sudah merasa suatu kehilangan. Inikan kita yang menjadi pertukaran tersebut. Namun pertukaran itu bukan sebarang pertukaran, tetapi pertukaran bagi meneruskan perjalanan di jalan-Nya. Bukanlah pertukaran itu hanya menurut kata hati dan cinta kosong duniawi semata-mata. Cinta kita adalah cinta ukhrawi.

Saya melihat bahawa konflik rumahtangga yang sering berlaku ini adalah berpunca dari masalah didikan dan persediaan seseorang sebelum memasuki alam tersebut. Menyingkap dari aspek mengapa ramai isteri yang derhaka kepada suami, isteri nusyuz dan sebagainya, ini adalah berpunca daripada kelalaian ketika membentuk jatidiri menjadi “anak solehah” sebelum menjadi “isteri”. Bagaimana mahu menjadi isteri solehah jika sebelumnya dia pernah menjadi anak derhaka? Tambahan pula jika rumahtangga yang didirikan tidak mendapat redha kedua ibu bapanya.


Agama adalah asas kehidupan.

Seseorang yang tidak mengikut jalan agama maka rosak dan pincanglah kehidupannya. Walaupun seolah-olah dia mengecapi kebahagiaan dari apa yang diusahakannya, namun kebahagiaan itu bukanlah kebahagiaan hakiki. Ianya akan hilang dan pergi bila-bila masa sahaja jika Allah berkehendak maka semuanya akan terjadi. Saya amat berharap supaya para muslimat yang membaca N3 ini dapat mengambil istifadah dari respon yang serba kekurangan ini. Sebelum kita mendamba menjadi “isteri solehah”, persiapkanlah diri dengan sebaik persiapan. Rawatlah segala luka, perbaiki yang rosak, jagalah peribadi dan akhlak sebagai seorang muslimah. Muslimah yang bernilai di sisi agama adalah yang menjaga tingkahlaku dan akhlaknya. Kecantikan bukan pada wajah dan yang zahir semata-mata tetapi ia dinilai mengikut tahap ketaqwaan kita kepada Allah subhanahu wata’ala. Situasi kemungkaran dan sahsiah tempang penuh kebejatan masalah social yang mengepung serta menekan dan ancaman kelahiran gejala negative perlu dibasmi segera. Bentuklah diri kita mengikut acuan Allah iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat…


** Tajdid Wa’ie~ Islam itu fitrahnya sentiasa ke hadapan, jadi teruskanlah langkahmu ke hadapan dan tidak berganjak walau sedikitpun…IHSH! **

Sunday, May 24, 2009

Hakaza Takuun Al Ummahaat { II }


﴿ وَمَنْ أحسَنُ قولاً مِمَّنْ دَعآ الى الله وعَمِلَ صالِحاََ وقال انَّنِى مِنَ المُسْلِمِيْنَ

سورة فصلت أية ۳۳


“ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : “sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.
(Surah Fussilat : 33)

Semalam saya sempat bermuzakarah ringkas bersama ahli bayt selepas kami sama-sama menunaikan solat isya’ berjemaah. Saya rasa tertarik dengan kisah sahabat radiallahu anhum dari tulisan seorang pautan blogger :

(http://www.fahinsproperty.blogspot.com/2009/05/al-waqieyyah-al-mithaliyyah-antara.html)

lalu saya menceritakan kisah pendek pengorbanan para zaujaat(sahabiyah) itu kepada mereka. Sehingga ada yang menyatakan bahawa tidak sanggup untuk mendengar kisah tersebut. Perasaan sedih dan pilu sebagai seorang muslimah yang mempunyai naluri dan hati nurani wanita yang begitu mendalam dapat merasakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabiyat tersebut.

Manusia mana yang tidak sayangkan orang yang dicintainya? Ibu mana yg tidak sayangkan anak, Isteri mana yang tidak sayangkan suami, sehingga sanggup melepaskan orang yang disayangi dan dicintai demi sebuah balasan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan maknawi ini?

Sudah tentu ianya memeritkan dan menghiris jiwa raga. Namun jika dilihat pada hakikatnya, itulah pengorbanan yang besar kerana memperjuangkan segenap kehidupan hanya dengan matlamat yang satu iaitu meraih redha Allah.

Al waqi'eyyah wal mithaliyyah yang telah diterangkan oleh penulis dan telah saya olahkan semula dengan membawa maksud seperti berikut :

Al waqi'eyyah(Realiti) : Menjalani kehidupan di dunia mengikuti ketetapan Allah tanpa menyempitkannya dengan mengetahui matlamat sebenar kehidupan adalah menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Al Mithaliyyah(Contoh Tauladan) : Mengamalkan Islam(Amal Islami) mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai tauladan kepada semua.

kedua-dua aspek tersebut merangkumi kesyumulan Islam dan ianya mempunyai perbahasan yg panjang. Ianya juga merupakan aksesori-aksesori khusus yang ada di dalam agama Islam sepertimana yg telah dibahaskan oleh Dr Abd karim zaidan di dalam kitabnya: Usul Dakwah.

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas panjang mengenai perbahasan tersebut kerana kefahaman saya mengenainya yang masih belum membumi ini.

Namun saya suka mengulas mengenai bagaimana Al Mithaliyah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dari kisah tersebut. Pandangan saya ini lebih menjurus kepada ”ahwal muslimat” khususnya dan semua peringkat secara umum. Mengulas mengenai pengorbanan besar muslimat(sahabiyaat) di zaman dahulu mencerminkan bagaimana nilaian ketaqwaan yang ada pada diri mereka kepada Allah s.w.t sehingga mampu meletakkan segala ketentuan di dalam kehidupan ini di bawah ketetapan Allah.

Oleh yang demikian wajarlah kita menjalankan segala tuntutan kehidupan di dunia ini tanpa meninggalkan hakikat kewujudan sebenar kita. Saya amat bersetuju mengenai idealisme dari penulis bahawa, dua entiti (dunia dan akhirat) tersebut dijalin dan disistemkan dalam satu ikatan yang satu untuk membentuk jatidiri Insan muslim yang sempurna.

Itulah nilaian sebenar kesempurnaan di dalam Islam. Berbalik kepada tajuk n3 ini iautu “Hakaza Takuun al Ummahaat”- ciri ibu mithali, telah dijelaskan melalui pandangan ringkas juga artikel link blogger yang telah saya paparkan di atas. Kita sering mendengar bahawa wanita ataupun muslimat merupakan sayap kiri perjuangan. Tapi adakah cukup sekadar kewujudan sayap kiri bagi menampung kekosongan pada sayap kanan untuk menghilangkan kecacatan dari zahirnya sahaja tanpa menilai dari aspek-aspek yang membawa ke arah kesyumulan?. Mari kita koreksi bersama apakah yang dimaksudkan dengan sayap kiri tersebut?. Pada hakikatnya sayap kiri tersebut bukan sekadar perhiasan tetapi ianya adalah keperluan bagi mengimbangi perjalanan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini. Begitu juga jika sebaliknya. Jika salah satu sayap tersebut tidak benar-benar ampuh maka akan terkandaslah di pertengahan perjalanan.

Begitulah hakikat kehidupan selaku hamba Allah yang dituntut di dalam Islam bagi membuktikan kecintaan kita kepada Agama dengan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab bersungguh-sungguh. Mujahadah dalam beramal tanpa mengeluh walau sedikit juga terus bersabar atas apa jua ujian di dunia ini. Keyakinan dan keimanan yang dipupuk bukan untuk diri sendiri namun merasa tanggungjawab untuk disampaikan kepada semua. Teruskanlah perjuangan bagi menyeru manusia kepada Islam sehingga seluruh alam dapat merasakan keamanan dan keindahan apabila berada di bawah naungan kebesaran Islam.

** fikrah pertama dari ayat alqur’an tersebut dipetik dari kutaib yang bertajuk: “Al Mar ah Ad Da’iyah”- Dr. Muhammad Musa As Syarif(www.altareekh.com). Kutaib hadiah dari seorang sahabat yang begitu berharga buat saya. “Nas alullah an yaj’alana minallazina yastamiuu’nal qaula wa yattabi’uuna ahsanah”.**

Monday, May 18, 2009

Hakaza Takuun Al Ummahaat

Alhamdulillah, kesyukuran dirafa’kan buat RABBUL JALIL atas segala pemberian nikmatNya. Pada N3 kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang telah selesai dibaca baru-baru ini.


“Bidadari Dari Timur”

Memoir kehidupan isteri seorang Tok Guru yang begitu mengujakan. Sesuai untuk bacaan semua golongan kerana di dalamnya juga menceritakan bagaimana peribadi Tok Guru bersama keluarga, masyarakat dan perjuangan. Membacanya dapat meniupkan semangat… perajurit dan serikandi ISLAM!



“ KESENANGAN adalah apabila berada dalam IMAN, PENYEJUK HATI tersimpan dalam SOLAT, KESELAMATAN KALBU ialah REDHA, KECANTIKAN WAJAH muncul apabila TERSENYUM, KETENANGAN dengan banyak BERZIKIR”.
“ Sentiasa bersedia demi SEBUAH PERJUANGAN yang dituntut oleh ALLAH”.
“Nyalir cinta antara dua hati..” “ Perjuangan tanpa noktah..”.
-Pondok Cinta Kami -
“ Pandanglah hidup dengan kacamata CINTA dan OPTIMIS”.
“… dan semoga berdirinya aku di belakang dia akan terus mampu menjadi nyalir nyali yang terus membuatkannya tega merandai segala cabaran dalam perjuangan ini.
“ TERSENYUMLAH, cukuplah kepahitan itu di atas langit”.
– Bidadari Dari Timur –





Muslimah Pemangkin Ummah
(sedikit perkongsian ilmu sempena hari ibu)



Zainab Al-Ghazali pernah menyatakan IMAN adalah KUASA PEMBINA , membangkitkan KEHIDUPAN yang membawa seseorang dari ALAM MANUSIA kepada ALAM TANGGUNGJAWAB YANG BESAR.- Nahwa Ba’si Jadid -


Mempunyai sifat KESABARAN dan KETAHANAN dalam menghadapi ujian dan rintangan. Sifat ini banyak membantu individu ke arah pembinaan peribadi yang baik juga melahirkan insan mulia dan tahan lasak.



SESEORANG MUSLIMAH yang MANTAP AKHLAKNYA mempunyai SIFAT IKHLAS YANG BAIK. Keikhlasan dalam setiap kelakuan KERANA ALLAH SWT adalah KEMUNCAK KEJAYAAN INSAN. Sifat ini amat perlu dalam mujahadah menentang hasutan dan was-was syaitan serta hawa nafsu amarah. Sekiranya terjadi sedemikian, ianya dikira sebagai perbuatan yang benar-benar suci dan ikhlas kerana Allah swt. - Abdullah Nasih Ulwan “Sifatud-Dai’yah an-Nafsiah”-



JIWA YANG SENTIASA BERTAUBAT juga melahirkan peribadi yang murni dan tinggi di sisi Allah swt. Al-Ustaz Said Hawa menyebut bahawa manusia sering melakukan kesalahan yang tidak ma’sum melainkan para anbiya’, mereka dituntut supaya BERTAUBAT DI ATAS SEGALA MAKSIAT SEKALIPUN BERULANG KESALAHAN ITU.- Said Hawa – “Jundullah Thaqafah Wal Akhlak” –



SETIAP MUSLIMAH MESTI BERILTIZAM DENGAN SIFAT KEBENARAN yang merupakan asas utama dalam taqwim SAKHSIAH INSANIAH. Perbuatan yang dilakukan atas jalan kebenaran adalah bertepatan dengan Allah swt, Firmannya yang bermaksud:




“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar”.
Surah at-Taubah ayat :119



** langkah ini tidak akan berpatah semula..nekad,..fahamilah, maafkanlah..**

Tuesday, May 12, 2009

Allahu Akbar! Alhamdulillah, ALLAH~


Assalamualaikum w.b.r,

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، بلّغ الرسالة وأدى الأمانة..ونصح الأمة..وجاهد في الله حق جهاده، ونحن على ذلك من الشاهدين.


وبعد : فاِن هذا النصر هو من الله رب العباد و نجب علينا أن نعود الشكر كله لله...إن دعاة اسلام، وهم يكابدون ويجاهدون علاء كلمة الله، لرفع راية الحق، قامة دولة القرآن ..يجب أن يدركوا حقيقة أساسية أشار إليها إمام من أئمة الهدى في هذا العصر ألا وهي قوله :


( أيها اخوان : أقيموا دولة القرآن في قلوبكم تقم على أرضكم ).


و أخيراً .. فاِننا نسأل الله تعالى أن يرزقنا العمل، واخلاص في العمل، والثبات على العمل :


“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahaadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah Al-Taubah: Ayat 105)


Saturday, May 09, 2009

Tautan Ukhuwah, Tahniah Sahabatku!

3 Thanawi Bukhari 04 saat akhir bersama almarhumah ukh siti hajar izham-alfatihah

Baru-baru ini saya mendapat mesej di YM yang ditinggalkan oleh kak fiza (he2) dari mesir. Address blogger sahabat ustaznya(http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/laskar-pelangi-mengimbau-kenangan.html). Kak fiza menyuruh saya membaca N3 yang bertajuk “Laskar Pelangi”. Bersungguh benar dia menyuruh saya membaca N3 tersebut. Oleh kerana saya agak sibuk dengan study dan masa yang sudah nazak ini, saya tangguhkan dahulu untuk melihat apa yang ada pada “Laskar Pelangi” tersebut. Tetapi bila saya online di YM, kak fiza bertanya lagi adakah saya sudah membacanya. Bila saya lihat kak fiza exited menyuruh saya membacanya, saya terus membuka blog tersebut.


Setelah membaca N3 tersebut baru saya tahu kenapa kak fiza bersungguh menyuruh saya membacanya. Penulis blog menceritakan mengenai pengalamannya mengajar di SMIDU sebagai guru sementara di sana. Idealism yang di sebutkan oleh penulis sangat bagus dan saya juga berharap agar pelajar-pelajar lepasan MUASSASAH terutamanya SRIDU,SMIDU atau KIDU dan juga pelajar-pelajar agama yang lain dapat mengambil istifadah dari apa yang telah disampaikan. Bagi saya kita sewajarnya membangunkan sekolah-sekolah agama rakyat yang kian ditindas ini. Terutamanya sekolah yang ditubuhkan oleh jemaah hasil titik peluh para pejuang yang ikhlas di jalan Allah. Tertegaknya sekolah agama rakyat adalah hasil kesedaran para ulama dan masyarakat yang sedar tentang Islam juga mahukan Tarbiah Islamiyah yang syumul bagi mendidik anak bangsa.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai N3 tersebut di sini. Saya yakin sekiranya yang membaca N3 saya adalah di kalangan pelajar-pelajar agama mereka sudah pasti tahu apa yang harus dilakukan bagi menyelamatkan keadaan itu. “Tepuk Dada Tanyalah Iman!”. Semalam saya teleh dikejutkan dengan pertemuan yang tidak diduga bersama sahabat yang sekian lama tidak ketemu. Walaupun pertemuan kami hanya di alam maya, tetapi bagi saya ia adalah satu kurniaan Allah. Sumaiyah akhirnya telah Berjaya menjejaki saya melalui blog ini. Gembira dan berbunga di hati ini. Kami berbual tidak lama melalui YM. Rupa-rupanya sumaiyah telah tamat pengajiannya di peringkat diploma Lughah Arabiyah di UDM dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Katanya dia akan melanjutkan pengajian di salah sebuah Negara di asia barat( nak tau tanya dia sendiri..he2). Tetapi apa yang membanggakan saya kerana esok dia akan menjadi ustazah. Ustazah Sumaiyah!(fighting!) Sumaiyah insya Allah esok akan mula mengajar di SMIDU sebagai guru sementara di sana. Dia bertugas di sana sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya akhir tahun ini.
Tahniah Sahabatku, Ustazah Sumaiyah!

Enti, adalah perintis bagi perjuangan ini daripada ramai-ramai lepasan SMIDU dari batch kita yang telah keluar ke destinasi masing-masing, entilah yang Berjaya sampai ke sana. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh enti dapat membuka luas mata-mata yang masih tertutup. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu sahabat..walau kita terpisah jauh, namun kita punya ikatan ukhuwah yang tidak akan terputus dan asalnya kita dari tarbiyah yang satu…~ALLAH~
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie