Sunday, May 24, 2009

Hakaza Takuun Al Ummahaat { II }


﴿ وَمَنْ أحسَنُ قولاً مِمَّنْ دَعآ الى الله وعَمِلَ صالِحاََ وقال انَّنِى مِنَ المُسْلِمِيْنَ

سورة فصلت أية ۳۳


“ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : “sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.
(Surah Fussilat : 33)

Semalam saya sempat bermuzakarah ringkas bersama ahli bayt selepas kami sama-sama menunaikan solat isya’ berjemaah. Saya rasa tertarik dengan kisah sahabat radiallahu anhum dari tulisan seorang pautan blogger :

(http://www.fahinsproperty.blogspot.com/2009/05/al-waqieyyah-al-mithaliyyah-antara.html)

lalu saya menceritakan kisah pendek pengorbanan para zaujaat(sahabiyah) itu kepada mereka. Sehingga ada yang menyatakan bahawa tidak sanggup untuk mendengar kisah tersebut. Perasaan sedih dan pilu sebagai seorang muslimah yang mempunyai naluri dan hati nurani wanita yang begitu mendalam dapat merasakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabiyat tersebut.

Manusia mana yang tidak sayangkan orang yang dicintainya? Ibu mana yg tidak sayangkan anak, Isteri mana yang tidak sayangkan suami, sehingga sanggup melepaskan orang yang disayangi dan dicintai demi sebuah balasan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan maknawi ini?

Sudah tentu ianya memeritkan dan menghiris jiwa raga. Namun jika dilihat pada hakikatnya, itulah pengorbanan yang besar kerana memperjuangkan segenap kehidupan hanya dengan matlamat yang satu iaitu meraih redha Allah.

Al waqi'eyyah wal mithaliyyah yang telah diterangkan oleh penulis dan telah saya olahkan semula dengan membawa maksud seperti berikut :

Al waqi'eyyah(Realiti) : Menjalani kehidupan di dunia mengikuti ketetapan Allah tanpa menyempitkannya dengan mengetahui matlamat sebenar kehidupan adalah menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Al Mithaliyyah(Contoh Tauladan) : Mengamalkan Islam(Amal Islami) mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai tauladan kepada semua.

kedua-dua aspek tersebut merangkumi kesyumulan Islam dan ianya mempunyai perbahasan yg panjang. Ianya juga merupakan aksesori-aksesori khusus yang ada di dalam agama Islam sepertimana yg telah dibahaskan oleh Dr Abd karim zaidan di dalam kitabnya: Usul Dakwah.

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas panjang mengenai perbahasan tersebut kerana kefahaman saya mengenainya yang masih belum membumi ini.

Namun saya suka mengulas mengenai bagaimana Al Mithaliyah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dari kisah tersebut. Pandangan saya ini lebih menjurus kepada ”ahwal muslimat” khususnya dan semua peringkat secara umum. Mengulas mengenai pengorbanan besar muslimat(sahabiyaat) di zaman dahulu mencerminkan bagaimana nilaian ketaqwaan yang ada pada diri mereka kepada Allah s.w.t sehingga mampu meletakkan segala ketentuan di dalam kehidupan ini di bawah ketetapan Allah.

Oleh yang demikian wajarlah kita menjalankan segala tuntutan kehidupan di dunia ini tanpa meninggalkan hakikat kewujudan sebenar kita. Saya amat bersetuju mengenai idealisme dari penulis bahawa, dua entiti (dunia dan akhirat) tersebut dijalin dan disistemkan dalam satu ikatan yang satu untuk membentuk jatidiri Insan muslim yang sempurna.

Itulah nilaian sebenar kesempurnaan di dalam Islam. Berbalik kepada tajuk n3 ini iautu “Hakaza Takuun al Ummahaat”- ciri ibu mithali, telah dijelaskan melalui pandangan ringkas juga artikel link blogger yang telah saya paparkan di atas. Kita sering mendengar bahawa wanita ataupun muslimat merupakan sayap kiri perjuangan. Tapi adakah cukup sekadar kewujudan sayap kiri bagi menampung kekosongan pada sayap kanan untuk menghilangkan kecacatan dari zahirnya sahaja tanpa menilai dari aspek-aspek yang membawa ke arah kesyumulan?. Mari kita koreksi bersama apakah yang dimaksudkan dengan sayap kiri tersebut?. Pada hakikatnya sayap kiri tersebut bukan sekadar perhiasan tetapi ianya adalah keperluan bagi mengimbangi perjalanan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini. Begitu juga jika sebaliknya. Jika salah satu sayap tersebut tidak benar-benar ampuh maka akan terkandaslah di pertengahan perjalanan.

Begitulah hakikat kehidupan selaku hamba Allah yang dituntut di dalam Islam bagi membuktikan kecintaan kita kepada Agama dengan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab bersungguh-sungguh. Mujahadah dalam beramal tanpa mengeluh walau sedikit juga terus bersabar atas apa jua ujian di dunia ini. Keyakinan dan keimanan yang dipupuk bukan untuk diri sendiri namun merasa tanggungjawab untuk disampaikan kepada semua. Teruskanlah perjuangan bagi menyeru manusia kepada Islam sehingga seluruh alam dapat merasakan keamanan dan keindahan apabila berada di bawah naungan kebesaran Islam.

** fikrah pertama dari ayat alqur’an tersebut dipetik dari kutaib yang bertajuk: “Al Mar ah Ad Da’iyah”- Dr. Muhammad Musa As Syarif(www.altareekh.com). Kutaib hadiah dari seorang sahabat yang begitu berharga buat saya. “Nas alullah an yaj’alana minallazina yastamiuu’nal qaula wa yattabi’uuna ahsanah”.**

0 pendapatan:

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie