sallatah fawakeh..Sebelum itu saya perlu
print file yang hendak difotokopi. Saya telah meminta khidmat dari ammu untuk membantu saya. Tetapi keadaan
ammu yang agak sibuk melayan pelanggan lain tidak mengizinkannya untuk membantu saya. Dia meminta agar saya uruskan sendiri di meja komputernya. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan saya. Semasa mengira untuk membayar jumlah bagi kesemua barang, sempat juga saya berbual ringkas dengan ammu ini. Katanya kepada saya
“ a’llamal insana ma lam ya’lam”. Subhanallah! Saya sangat gembira dengan ayat al-qur’an yang disebutkan olehnya. Kerana itulah jawapan bagi persolan yang saya sedang fikirkan dua-tiga hari sebelum itu.
Diajarkan manusia apa yang ia tidak ketahui. Ayat itu sangat bermakna buat saya ketika ini. Kerana memang itu yang saya fikirkan. Akhirnya jawapan itu terkeluar dari bibir seorang pak cik di kedai alat tulis. Seolah-olah dia tahu apa yang ada di dalam minda saya. Namun semuanya kembali kepada Allah.
Allah lah yang bisa menggerakkan hati hamba-hambanya. Sudah tentu anda tertanya-tanya apakah soalan yang difikirkan bagi jawapan tersebut. Begini kisahnya, sebelum ini saya pergi ke rumah
anisah (ustazah) khas untuk membaca al-qur’an dan belajar tajwid.
Anisah mempunyai anak kembar lelaki yang comel berumur lingkungan 3-4 tahun. Namanya Umar dan Hamzah. Jadual saya belajar dengan
anisah adalah 3 kali seminggu. Hendak dipendekkan cerita sebelum pulang dari rumah
anisah, dia telah menjamu saya
sallatah fawakeh( koktel buah-buahan).
aiskrim tumbuk Syria..Pagi itu Umar dan Hamzah bangun awal kerana tahu
khalahnya datang belajar qur’an. Asyik mengacau
mamanya mengajar
khalah sahaja. Sibuk juga untuk bercakap bersama mereka. Semasa saya menjamah koktel bersama
mamaanisah, anak-anaknya juga duduk bersama kami. Umar diam sahaja duduk di sebelah ibunya untuk disuapkan koktel. Tetapi hamzah sudah bising untuk menyuap sendiri koktel tersebut. Asyik merengek selagi tidak dapat apa yang dihajati. “
a’thini, aakal bi aidii..” itulah yang diulang-ulangnya beberapa kali. Comel sekali bunyinya mendengar
baby arab bertutur agak pelat dalam bahasa arab.
bermacam2 jenis juadah..,tunjuk je nak yang mana!Saya hanya memerhatikan gelagat hamzah kerana dia pemalu orangnya. Setiap kali saya datang ke rumah mereka, tidak pernah mereka mahu bercakap dengan saya. Hanya senyuman sahaja yang dibalas dari pertanyaan saya. Apa yang saya fikirkan dari perbuatan anak fitrah itu ialah bagaimana proses seorang manusia? Dari lahir, bayi dan seterusnya membesar sehinggalah kita kembali menghadapNYA. Proses yang akan melalui pelbagai perkara dan keadaan. Bagaimana saya boleh begini? Dari tidak tahu menjadi tahu. Dari tidak boleh membaca boleh membaca. Tidak lain tidak bukan, Allah lah sumber segala-galanya. DIA lah yang mengurniakan segala kebaikan buat kita. Benarlah kata-kata bahawa jauh perjalanan luas pengalaman.
~ moga dibukakan pintu khazanah ilmuNYA-amin~