Isu Krisis politik yang melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak bermula dari awal februari itu amat mengejutkan saya yang berada jauh di perantauan ini. Saya adalah salah seorang rakyat perak yang teraniaya! Selepas mendapat tahu berita tersebut, saya terus-terusan berdoa supaya Allah melindungi kerajaan PR di perak dan menghapuskan tindakan jahat BN. Satu demi satu dramatik politik jijik BN telah saya saksikan sehinggalah perhimpunan protes rakyat di kuala kangsar. Saya juga telah menghubungi ayah yang turut sama dalam perhimpunan tersebut. Soalan pertama saya adakah ayah saya kena juga water canon?. Jawab ayah, mahunye tak kene?. Habis semue orang kene. Memang biadab BN ni! Sampai masjid pun FRU nak serang!
Pada 6 februari 2009, Kuala kangsar telah mencatat sejarah reformasi kedua selepas reformasi DSAI pada tahun 1998. Himpunan raksasa ini telah menyaksikan protes rakyat ke atas tindakan biadab rampasan kuasa di perak oleh baginda sultan perak dan BN. Tanpa ada perasaan malu sedikit pun terhadap rakyat mereka merampas hak rakyat iaitu mandat yang sepatutnya diberikan kepada rakyat untuk memilih siapa pimpinan mereka. Pimpinan Pakatan Rakyat masih bertegas bahawa tindakan biadab dan tidak bermoral ini adalah tidak sah dan haram. Bagaimana mahu memimpin apabila MB yang naik dalam keadaan terhina sekali pada pandangan rakyat!!! Kalau sudah lanun, memang perangainya lanun juga di mana-mana!!!
Nasihat demi nasihat serta penjelasan daripada pimpinan Pakatan Rakyat kepada pihak terbabit langsung tidak dilayan. Dr M juga berkata bahawa imej Umno akan menjadi lebih buruk . Ini jelas menunjukkan mereka sendiri memang bersungguh-sungguh mahu terjun ke dalam lubang kehinaan. Tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku selepas ini. Sudah tentu kehinaan yang berterusan serta cemuhan dan tidak percaya rakyat kepada Institusi Beraja dan BN. Perasaan dan hati rakyat perak khususnya hancur dengan tindakan ini yang akan mendarah daging dan tidak mustahil akan mengubah terus kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Permainan politik pondan BN yang agaknya alergik dengan pilihan raya itulah menyebabkan mereka menggunakan taktik jijik seperti ini. Baginda Sultan yang sama bersekongkol dengan BN juga tidak berfikir panjang tentang kesan kepada Institusi Beraja yang akan busuk. Seperti pesan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Ziz Nik Mat tentang raja dan demokrasi bahawa tidak mustahil Institusi Raja di Malaysia juga akan tinggal sejarah seperti yang berlaku dalam sejarah dunia.
“Innallaha ma’assobirin”. Ayat alqur’an yang telah disebutkan oleh baginda sultan perak kepada YAB Mohammad Nizar ini seolah-olah dipermainkan. Baginda sultan yang berpesan, tetapi baginda sultan juga salah seorang pengkhianat rakyat serta kerajaan PR di perak. Bagaimana mungkin suasana yang berlaku ini dapat diredakan jika tiada kerjasama daripada semua pihak?. Kerana rasa hormat juga patuh pada perlembagaanlah pimpinan kerajaan PR di perak masih berlembut dengan baginda sultan. Namun, “madu diberikan,najis dibalasnya!”. Begitulah resmi puak-puak lanun agaknya.
Saya yang hanya mengikuti perkembangan krisis politik ini dari luar negara juga amat geram dan benci terhadap tindakan mereka. Rakyat perak seharusnya tidak redha atau menerima MB baru dan kerajaan haram yang akan dibentuk nanti. Bagi menzahirkan lagi protes ini rakyat perak diseru mengikut saranan presiden Pas supaya terus mendaftar menjadi ahli Pas ataupun bersama Pakatan Rakyat dan tidak lagi bersama BN lanun. Selaku seorang muslim, teruskan berdoa serta munajat supaya Allah membantu hamba-hambanya yang dizalimi. Suasana yang berlaku ini kita kembalikan pada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu baik buruknya kepada kita. Sepertimana pesanan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Ziz Nik Mat bahawa Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam."
(Surah Al An?aam: Ayat 45)..
Sila beri mandat kepada rakyat perak!!!
Wallahu a’lam.
0 pendapatan:
Post a Comment