Thursday, June 18, 2009

Itqan… ITQAN


Majalah itqan edisi 033 bagi sesi 08/09 telah diterbitkan pada bulan lepas. Edisi 033 merupakan edisi pertama setelah saya ditaklifkan sebagai Timbalan Ketua Editor ITQAN iaitu majalah rasmi PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia Syria). Saya mula bergiat aktif dalam kerja-kerja pembikinan majalah ITQAN ini semenjak tahun 2006. Bermula sebagai wartawan majalah sehinggalah sekarang ditaklif sebagai Timbalan Ketua Editor. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang saya ditaklifkan sebagai krew majalah ITQAN.

Kali pertama saya menyertai krew majalah ITQAN, saya telah ditaklifkan sebagai wartawan majalah. Saya telah diberi tugas untuk mencari penulis bagi artikel yang sesuai bagi keluaran majalah ITQAN edisi khas pada tahun tersebut. Oleh kerana saya tidak dapat mencari penulis, jadi terpaksalah saya menyediakan artikel itu sendiri. Saya masih ingat lagi betapa lintang-pukang dan bahasa yang digunakan agak kelakar. Nickname artikel tersebut saya letakkan dengan nama sensei. Sampai sekaranglah nick itu yang lebih dikenali.haha. artikel pertama saya yang bertajuk “Pandang-Pandang Syria Kita” telah mendapat teguran dari beberapa pihak. Termasuklah Kak Ummu Hani Abu Hasan Morad penulis novel “ Baramkeh Matamu Di Mataku”. Saya tidak kisah dengan teguran tersebut malahan berazam untuk lebih maju lagi kerana artikel itu adalah tulisan pertama saya ketika baru bergelar mahasiswi.


Sekarang, akan datang siapa tahu??. Bermula dari artikel “Pandang-Pandang Syria Kita” saya telah meneruskan aktiviti penulisan sehingga keluaran edisi terbaru dengan artikel focus yang bertajuk “ Peranan Gerakan Islam Di Era Pemerintahan”. Walaupun penyusunan bahan artikel yang masih banyak kekurangan itu saya masih mahu meneruskan perjuangan di medan penulisan ini. Bagi saya kesilapan di alam pembelajaran merupakan perkara biasa dan kita perlu mengambilnya sebagai pengajaran pada masa yang akan datang.

Saya amat mengharapkan sokongan padu dari krew itqan dan semua ahli PPMS agar dapat menyumbangkan buah fikiran serta teguran bagi melancarkan lagi pembikinan majalah ITQAN . Saya bukanlah yang terbaik dan masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbetulkan. Kepada krew majalah ITQAN yang kebanyakannya adalah wajah baru di dalam team ini, agar dapat memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan agenda PPMS.

ITQAN, Aktif-Kreatif-Dinamik.

1 pendapatan:

dekhaamohd on November 15, 2009 at 2:27 PM said...

boleh anda ceritakan serba sedikit mengenai Syam? kalau boleh tolong emailkan ke alamat dekhaa_familiar@yahoo.com.my Semoga permohonan saya ini tidak membebankan anda. Peace!

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie