Tuesday, June 16, 2009

Saya Anak Seni…

Pada N3 kali ini saya ingin berkongsi mengenai minat dan beberapa perkara yang saya suka. Seperti tajuk n3 di atas, saya adalah seorang anak seni . Darah seni itu mengalir dari mak dan ayah saya. Ayah mempunyai kelebihan dalam seni suara dan seni ukir. Mak pula dalam seni lukis (siap lukis corak batik lagi) kalau seni suara saya tidak pernah berpeluang menguji kehebatan mak dalam bidang itu. Tapi memang family saya adalah family seni. Alhamdulillah, saya dan adik-adik semuanya mewarisi salah satu dari bakat seni mak dan ayah. Semenjak kecil saya sangat suka melukis. Adik-adik juga sama. Saya dan adik-adik suka sangat melukis sampai menconteng dinding rumah. Kemudian mak pasti memarahi kami. Tapi setelah saya belajar seni khat saya bercita-cita satu hari nanti saya akan melukis seni khat untuk dihadiahkan kepada mak dan ayah.


Semasa di sekolah rendah saya selalu mendapat A+ dalam pendidikan seni. Tapi sebenarnya mak yang selalu menolong dan mengajar saya melukis di rumah. Hehe. Ayah mengajar dan mengajak saya menolongnya bekerja di bengkel. Mencetak design pada tembikar hasil kraft tangan ayah dan mak.



Jadi bertambah lagi kesan-kesan seni pada jari-jemari ini. Di sekolah juga saya aktif dengan kegiatan nasyid dan juga selalu dipuji apabila bersajak. Kenangan manis apabila saya diminta oleh ustazah untuk menyampaikan sajak semasa menyertai persembahan kanak-kanak di dalam program amal nisa’ di sekolah saya iaitu Madrasah Ulum Syar’iyah Wal-Qur’aniyah, Lubuk Merbau, Perak. Saya juga aktif bersukan. Sukan yang paling saya minati ialah bola jaring dan merentas desa. Saya adalah naib johan bertahan pada setiap tahun kerana selalunya kawan saya yang mendapat tempat johan pertama.;-) akhirnya saya diberi penghargaan oleh pihak sekolah sebagai pelajar cemerlang pada tahun akhir persekolahan.




Apabila meningkat sekolah menengah, saya masih aktif dengan kegiatan seni. Seperti nasyid, sajak, pantomim, seni khat, menulis cerpen dan juga esei. Saya juga aktif dengan aktiviti sukan bola jaring dan pidato juga debat. Kenangan indah pada tahun akhir di Sek. Men. Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah,saya telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan debat, tempat pertama dalam pertandingan pantomim dan tempat pertama dalam pertandingan sajak. Inilah antara serba sedikit pengalaman aktiviti seni saya semenjak kecil sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.


Sebenarnya minat saya itu masih segar lagi hingga sekarang. Namun sekarang ini kesemua minat saya itu telah saya jadikannya lebih serius dan bermatlamat. Saya lebih banyak menumpukan dalam bidang penulisan dan aktiviti yang boleh menambahkan keperibadian seorang da’ie. Minat saya dalam seni dan karya penulisan kreatif telah saya gabung jalinkan dengan tulisan ilmiah yang lebih agresif. Dalam seni lukis pula saya selalu mempraktikkan suntikan seni itu pada design-design yang saya sumbangkan untuk sesiapa yang meminta pertolongan dan banyak juga koleksi simpanan peribadi. Seni suara pula bagaimana? Hehe.. yang ini saya sedang belajar dengan Anisah Arab (Ummu Muhammad) bagi memperbetulkan bacaan al-qur’an saya. Kerana bagi saya suara yang paling elok dan lunak adalah apabila kita berupaya memperelok dan melunakkan bacaan ketika kita membaca al-qur’an dengan bertajwid juga bertaranum. Saya juga telah berjanji dengan ayah yang saya akan pastikan bacaan saya lebih baik dari sebelum ini kerana ayah mahu mendengar bacaan saya bila pulang nanti…


N3 ini saja saya publishkan untuk berkongsi minat dengan para pembaca. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi supaya kita sama-sama menilai dan memikirkan bahawa kita semua sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semua kelebihan itu pula datangnya dari Allah subhanahuwata’ala. Jadi peliharalah dan jagalah ia dengan sebaik mungkin mengikut cara dan kehendak agama. Seperti doa yang diajarkan oleh Sheikh Ratib Nablusi di dalam kuliahnya dan supaya diamalkan bagi melahirkan rasa syukur di atas segala pemberian Allah kepada kita ;


اللهم ما رزقتني مما أحب، فاجعله قوة لي فيما تحب، اجعله عونا لي على طاعتك، وما زويت عني مما أحب، فاجعله فراغا لي فيما تحب.


Mafhumnya: Apabila Allah mengurniakan apa yang kita sukai, mintalah kebaikan dan ditambahkan ketaatan kepadaNYA. Jika sebaliknya, maka mintalah supaya diberi peluang pada apa yang diredhai olehNYA buat kita…


*Amen ya Rabb*


0 pendapatan:

Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie