Tuesday, December 29, 2009

Kesedihan Ummah Ini…

Kesedihan Ummah Ini…Aina Shababuna..?Memori Muassasah Dan Sang Murabbi…Salam sinar Syam dari perantau akhirah di bumi Anbiya’ lagi barakah ini buat semua yang mengenali insan hina ini. Sekalung terima kasih tidak terhingga buat mak dan ayah yang mendidik dan mentarbiyah diri ini agar sentiasa berada di jalannya, para Murabbi yang dikasihi, sahabat dan teman seperjuangan semoga kalian terus tetap istiqamah...

Wednesday, December 23, 2009

Hidup bagai mimpi!

Melihat akan semangat sahabat dan teman masing-masing ghairah mengupdate blog saya juga rasa terpanggil untuk sama-sama mengpublishkan n3 di blog ini. Biar apa pun orang kata asalkan kita yakini dengan amal yang sedikit ini dapat menjadi pembantu kita di akhirat kelak. Walaupun saya agak lama tidak dapat mengambil tahu akan keadaan semasa dan isu-isu yang panas dan hangat di Malaysia dan dunia, tetapi...

Thursday, December 17, 2009

Apa Bisa Ku Jadi Mujahidah?

Kehidupan kita di masa akan datang hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Siapa tahu akan ketentuan Allah?. Semuanya telah tertulis sejak kita di alam ruh lagi. Yang pasti, semuanya adalah kepastian dan ketentuan yang tidak dapat disangkal lagi. Kata ukhti Hafizah di blognya, “ sekarang kita mendengar orang menyebut si fulan atau fulanah telah kembali ke rahmatullah..dan mungkin satu hari nanti…”,...

Tuesday, December 01, 2009

Zuhudlah Dengan Apa Yang Ada

“ zuhudlah dengan apa yang ada..”Berkali-kali saya cuba ulangi ungkapan kalam keramat itu di minda untuk mengamati maksud disebaliknya. Agaknya saya hampir hanyut dengan dunia. Bak kata cik Piah, “DUNIA semuanya ni!”. Saya teringat nasihat daripada sheikh Burhan yang mengajar subjek Hadis Nabawi bahawa untuk mencapai matlamat menuju redha Allah bagi rijal dan nisa’ memerlukan kepada Istiqamah dan...

Wednesday, November 25, 2009

Menuju Ruuhul Jaded

Insya Allah saya akan berpindah dari Fathul Mubin ke Ruuhul Jaded hari ini. Fathul Mubin akan ditinggalkan dan mungkin tidak ada lagi Bayt Fathul Mubin selepas ini. Kenangan bersama teman-teman akan tersemat di ingatan. Selamat tinggal Fathul Mubin.. semoga semuanya selamat dan berbahagia di destinasi yang dituju.Banyak peristiwa dari kisah salafussoleh di bulan zulhijjah ini yang boleh sama-sama...

Sunday, November 22, 2009

Ayuh Teman,Kita Warnakan Kemanisan!

Sudah tentu ada waktu dan ketika kita akan rindukan saat manis beramal dan mujahadah bersama teman-teman dan sahabat tika dikurnikan nikmat istiqamah beramal. Memang waktu kita ramai, berjamaah, semua kerja dan amal menjadi sangat mudah dan tika itu juga kita sama-sama berlumba-lumba mengumpul amal. Saat paling bahagia. Rasa diri sentiasa berwaspada dari melakukan dosa. Bersama bimbingan para murabbi...

Thursday, November 12, 2009

Kemilau Perjuangan Srikandi

Baru-baru ini ketika saya sibuk mencari bahan sejarah yang berkaitan dengan keterlibatan muslimat dalam perjuangan dan arena politik, saya tertarik dengan biografi seorang srikandi terbilang di Malaysia. Mungkin ramai yang sudah tidak mengenali beliau kerana masyarakat sekarang kurang berminat dan terbuka minda untuk mengetahui tentang sejarah lampau dan terus hanyut dengan peredaran zaman. Hakikatnya,...

Sunday, November 08, 2009

Cabar-Mencabar..!?Ver.2

Srikandi Islam Sumber InspirasiKronologi sejarah dunia dalam memaparkan tokoh-tokoh kepimpinan dari golongan srikandi wanita telah menunjukkan bahawa ianya satu fitrah dan merupakan hakikat daripada rentetan sejarah ini. Malahan, keterlibatan wanita dalam mencorak pemerintahan Negara dan dunia mampu menyumbang kepada kemurnian politik pemerintahan di sesebuah Negara.Seterusnya, saya ingin membawa...

Wednesday, November 04, 2009

Cabar-Mencabar..?

Prolog..Muslimat dari sudut tanggungjawab dalam masyarakat merupakan pembantu kaum muslimin.Di dalam al-Qur’an Allah SWT berfirman yang bermaksud :“Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada...

Wednesday, October 28, 2009

Tunggu, Singgah Kejap!

~Jika Aku Jatuh Hati~ “Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorangyang melabuhkan cintanya padamu, agar bertambah kekuatanku menyintaiMu. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hatiseseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh akudalam jurang cinta nafsu... ya rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Monday, October 19, 2009

Bersamamu Palestin

Bersamamu Palestin-Syawal1430HAlhamdulillah pada 18 okt 09, pukul 10 pagi waktu Syria saya dan sahabat-sahabat telah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bertemu buat kesekian kali dengan muslimat Hamas di Syria. Kehadiran kami di maktab Hamas telah disambut oleh Ummu Hassan yang berkhidmat di pejabat tersebut. Kelihatan Ummu Muhammad (zaujah as-syahid Izzuddin) dan sahabatnya Ummu abdullah telah...

Saturday, October 17, 2009

Muslimat Dan Amal Islami

Muslimat Dalam Amal Islami Yang Ideal Pengenalan muslimat dan realiti dunia masakiniRealiti dunia masakini telah menyaksikan bahawa kepesatan umat manusia dan keruntuhan tamadunnya yang semakin hari semakin meruncing. Kebejatan masalah sosial tanpa mengira batasan usia, krisis politik negara dan dunia yang telah tercemar dan bermacam-macam lagi kerosakan yang melata di muka bumi ini. Segala permasalahan...

Monday, October 12, 2009

Pemerintahan Islam Berdaulat

Walaupun pemerintahan Islam dijatuhkan sudah sekian lama namun cahaya Islam tidak pernah dapat dipadam dan disekat. Sinar cahaya Islam itu terus menembusi tembok-tembok sempadan dan benteng sekatan yang dilakukan oleh kaum kuffar laknatullahi a’laihim. Di sana ada kekuatan yang tidak dapat dihancurkan oleh musuh-musuh Islam walau dengan apa cara sekalipun mereka tidak mampu untuk menandingi kuasa...

Thursday, September 24, 2009

Sinar Syawal Di Bumi Syam

Salam Aidil Fitri 1430 H.Maaf Zahir & Batin.Min: saffa@srar,Damascus, Syria. Kini hampir 4 tahun saya menyambut hari raya di perantauan. Kerinduan pada tanah air Malaysia terpaksa ditahan demi perjuangan untuk menuntut ilmu di bumi ini. Kerana inilah cita-cita dan perjalanan perjuangan yang telah dipilih. Kepada Allah diserahkan taqdir agar perjalan hamba berakhir dengan “husnul khatimah”. Amen...

Wednesday, September 09, 2009

Memaknakan Ramadhan

Memaknakan Ramadhan : Visi Menyelusuri Kebahagiaan MukminHari-hari yang berlalu tidak dapat diputarkan kembali. Sedar tidak sedar Ramadhan telah menjengah ke fatrah maghfirahnya. Sebagai manusia dan hambaNYA kita perlu redha dan tetap terus berjuang demi menjalani kehidupan mendatang. Pernahkah kita bermuhasabah sudah tahap manakah perjalanan kehidupan kita ini? Sudah yakinkah bahawa kita akan bertemu...

Sunday, August 23, 2009

ITQAN "EDISI KHAS" 09

Insya Allah, segala usaha dan amal yang dilakukan akan mendapat rahmat dan ganjaranNYA di akhirat kelak..~Selamat berjuang buat sahabat2ku..team ITQAN ...

Monday, August 17, 2009

Medium Pembentukan Fikrah

Membaca Medium Pembentukan Fikrah Semalam merupakan hari terakhir ‘Ma’rad Kutub Ad-Du’ali’ ataupun pesta buku yang diadakan di madinah ma’rad Damascus, Syria. Saya sempat pergi ke sana sebanyak 2 kali bersama achik dan ahlulbayt. Alhamdulillah, dapat juga saya membeli beberapa kitab yang telah disenaraikan sebelum ke sana. Tetapi kitab yang saya beli kesemuanya kitab mua’sirah bukan turath dan bukan...
Related Posts with Thumbnails
 

saffa@srar Copyright © 2009 Community is Designed by Bie